Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Dengar saja nama Perfomance ni tahu dah fungsi tentu sekali berkait rapat dengan sukan dan aktiviti lasak.


    Sesuai dengan namanya, PERFORMANCE® ni adalah minuman isotonik yang menjadi pilihan orang-orang hebat seperti angkasawan dan ahli sukan.  Jom baca info pasal Perfomance ni:


    1. Performance® Drink Shaklee merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat dan ia juga direka khusus untuk para angkasawan NASA.
    2. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance® Drink Shaklee sebagai pilihan utama mereka.
    3. Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
    4. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink Shaklee mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

    Mengapa mesti pilih PERFORMANCE®
    • Minuman isotonik yang bukan berkarbonat
    • Kandungan gula yang kurang
    • Kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus akan mengatasi masalah dahaga
    • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya-tubuh LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
    • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
    • Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)
    tips atasi masalah nafas berbau

    Kepentingan PERFORMANCE® 
    • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan – Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

    • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal – Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

    • Mencegah Penyahhidratan – mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

    • Mengekalkan Paras Gula – Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan kesembuhan akibat kecederaan otot


    Perincian PERFORMANCE®
    Harga: RM91.43
    Kuantiti: 539g

    Untuk dapatkan PERFORMANCE® ada dua cara iaitu:

    Belian secara online guna kad kredit/kad debit

    Atau

    Order melalui MomsterCantik

    Sekiranya ada persoalan atau perlukan info tentang Perfomance ni atau produk Shaklee yang lain boleh contact MomsterCantik:

    whatsapp MomsterCantik sekarang


    Musim-musim orang mendaki gunung, hiking dan marathon ni sesuai sangat ambil Perfomance kan 😉

    Jom Perform better!
    Nija
    MomsterCantik suka Tulis

    Continue Reading


     



    Beberapa hari sebelum raya minggu lepas kemain update bertalu-talu kat facebook. Of course update pasal persiapan raya. Baju raya. Duit raya. Juadah raya. Barang kemas raya. Berat masa raya. Pasangan raya.. eh? Haha!

    3hari sebelum raya dah ada yang ready isi balang kuih raya dan senarai lauk pauk pagi raya nanti. Ada yang saya nampak kat newsfeed facebook, seorang kakak tu dah mula stok daun pisang (buat buras kot untuk orang bugis) dan daun kelapa (nak buat ketupat kan?).

    Pagi raya saya alhamdulillah ada buras/burasak sebab raya pertama di rumah mak yahooo! Raya kedua baru balik rumah mertua. Rumah mertua pula wajib ada kuah kacang makan dengan kelupis! Aduhai benda ni boleh rosakkan 6kg yang turun masa puasa ni fikirku sebelum raya hari tu haha!

    Lepas tu kan masa raya selalunya banyak kena hidang daging kan. Daging ayam, daging lembu, daging kambing which semua tu protein. Sayur sayur ni jarang juga (tapi still ada tuan rumah yang titik beratkan fiber juga untuk tetamu). Tahu tidak bila kita ambil protein dalam sehari banyak lepas tu serat (buah sayur) pula kurang, risiko SEMBELIT tu ada? Serius lah! So takkan kita nak raya bersama sembelit kan? Kacau daun nak menikmati raya juga kacau dalaman kita.

    So better saya listkan tips untuk diri sendiri dan mungkin juga bermanfaat buat kawan-kawan lain. Belum terlambat kan sebab raya kan sebulan dan masih banyak yang buat open house 😉


    5 Tips Pantas Kawal Berat Badan di Hari Raya

    1. Sebelum pergi open house, minum air kosong 1L dulu supaya perut rasa kenyang cepat. So tidaklah melantak di rumah orang seperti esok tiada lagi 😆
    2. Hadkan berapa rumah sehari yang akan diserbu 🤔
    3. Guna korset bagi yang perempuan, guna tali pinggang bagi yang lelaki (guna di dalam) supaya bila perut rasa ketara maksudnya kena stop makan dah 😅
    4. Bawa sebotol air mineral dalam beg untuk elak perabis air manis di rumah orang 😜
    5. Telan Lecithin sebelum serbu rumah pertama, telan Alfalfa Complex masa lunch, telan Omega selepas serbu rumah terakhir dan telan Herblax sebelum tidur malam 🔥

    Fuhhh diharapkan saya bolehlah konsisten dengan tips ni sepanjang raya. Doakan! Saya juga doakan kawan-kawan pun dapat makan sedap sedap tapi berat tak naik mendadak bila syawal terakhir nanti hehe!

    Ohya Kalau rasa nak stok sedia benda-benda no. 5 tu mehlah contact saya sementara saya masih buka order ni:

    Saya pun makan tiga item ni. So far berat turun dan bantu detoks juga


    Untuk order sekarang boleh klik pada gambar di bawah:


     Set Kurus Shaklee




    Kalau perlukan konsultasi dan mahu berhubung terus dengan saya, do contact me:




    Atau direct whatsapp saya boleh klik link di bawah:

    wasap.my/60138748191/Saya%20Kurus%20raya

    Saya rasa nak share lah juga antara feedback kawan-kawan dan customer yang pernah ambil produk macam no.5 tu. Sharing is caring yedokkk?


    mak aih perut kempis pulak! Mesti seluar lama muat!

    triple XL jadi double XL. Set Kurus ni bantu kurangkan inci. Perut mesti flat kalau konsisten


    masalah sembelit masa raya settle kalau ambil herblax. Percayalah sebab saya dah rasa.


    Sharing sebab sayang, takkan nak kurus sorang❤️
    Nija
    Yang tidak sanggup 6kg ku datang Kembali haha!
    Continue Reading





    Bila banyak jenama minuman  kolagen dalam tong tu lahir (iklan tv dipenuhi macam-macam warna tong kan) lepas tu dalam bentuk sachet pula lahir, ada tidak yang macam saya fikir "apa bendalah kolagen ni?"

    Jom saya share sedikit pasal kolagen. Semoga bermanfaat.

    🍁Kolagen ni apa?
    Kolagen ni adalah protin terbanyak sekali dijumpai dalam tubuh badan kita manusia (protin kan banyak jenis).

    🍁Bahagian badan mana boleh jumpa kolagen?
    Tulang, otot, kulit dan tendon.

    🍁Fakta pasal Kolagen

    1) 20% dari berat badan seseorang adalah protin manakala 30% dari protin tadi adalah kolagen.

    2) Perkataan collagen itu berasal dari perkataan Greek "kolla" yang bermaksud gam.

    3) Kolagen memberikan kekuatan dan struktur pada kulit serta penting untuk menggantikan sel kulit mati.

    4) Penghasilan kolagen akan menurun seiring dengan usia dan akan berkurang bila terdedah dengan faktor persekitaran contohnya rokok.


    🍁Apa yang rosakkan Kolagen?

    1) Pengambilan gula berlebihan
    Gula berlebihan dalam darah + protin = AGEs (proses glycation).
    AGEs ni akan rosakkan protin yang lain dan Kolagen akan lemah dan cepat rapuh (kolagen ni ikutkan sangat kuat strukturnya).

    2) Merokok
    Kandungan rokok akan rosakkan kolagen & keanjalan kulit. Nikotin akan menyempitkan saluran darah which is kesannya akan menyebabkan kurang penghantaran nutrisi dan oksigen ke sel kulit.

    3) Cahaya Matahari
    Pancaran Ultraungu dari cahaya matahari menyebabkan kolagen akan rosak pada kadar yang lebih pantas, serat kolagen akan rosak dan menggalakkan lagi pengumpulan elastin yang abnormal (akan hasilkan enzim yang juga rosakkan kolagen).

    4) Penyakit Autoimmune
    Ada penyakit autoimmune yang mana kolagen menjadi target antibodi badan.


    🍁Kena makan apa untuk hasilkan Kolagen?

    Kena tahu yang kolagen ni protin yang terdiri daripada asid amino. 9 jenis asid amino ni penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. So kena dapatkan dari diet harian kita.

    Selain protin (asid amino), nutrisi lain yang menyokong penghasilan kolagen ialah:

    Proline: ada dalam putih telur, daging, keju, soya & sayur kubis

    Anthocyanidins: ada dalam blackberries, blueberries, cherries & raspberries

    Vitamin C

    Copper: ada dalam shellfish, kekacang, daging merah, drinking water

    Vitamin A

    🍁Cara Saya Memastikan hayat Kolagen dalam badan saya bertahan lama

    1. Elak terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Jika ada aktiviti di bawah cahaya matahari usually saya akan guna sunscreen/sunblock.

    2. Saya dalam proses kurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Saya perasan bila pengambilan gula berkurang, berat saya cepat turun dan kulit lebih sihat.

    3. Saya bukan perokok hehe

    4. Banyak minum air kosong. Try minum konsisten air (ikut keperluan badan ya setiap 25kg perlukan 1L air) akan nampak perubahan pada kulit.

    5. Ambil suplemen
    Mungkin ada yang cakap tidak perlu suplemen yang penting jaga makan. Tapi yakinkah tahukah kamu berapa jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh badan kamu? Masak makanan dengan suhu tinggi boleh kurangkan zat dan khasiat makanan tu tau. Dengan kurang minum air lagi. Dengan tidak makan sayur hijau lagi. Ish ish ish jangan ego. Saya pun dulu ego. Bab suplemen ni kena banyak membaca dan bertanya. Hampir setahun saya konsisten suplemen harian saya ni:



    ESP  - sumber protin non-GMO yang paling lengkap di pasaran (9 asid amino da dalam ESP). ESP juga bekalkan PROLINE kerana salah satu sumber Proline adalah soya!

    Collagen Powder - sumber kolagen sisik ikan merah yang berpartikel kecil untuk serapan optimum dan dikayakan lagi dengan bahan2 lain yg bantu boost lagi penghasilan kolagen dalam badan.

    Sustained Release Vita C Plus - vitamin C natural yang semestinya menyerap semuanya ke dalam badan tanpa ada pembaziran kerana teknologi Perlepasan Tertunda ( Sustained Release) melepaskan vitamin C dalam badan secara berperingkat ikut keperluan tubuh badan dalam satu2 masa.

    Carotomax - sumber beta karotin (vitamin A) yang semulajadi. Juga baik untuk mata dan bertindak sebagai anti oksidan yang baik.

    Itu untuk dalaman. Untuk luaran saya akan reveal soon 😍

    Jadiii apa yang penting kita tahu, kolagen tu bukan semata-mata untuk cantik sahaja 😊 Kolagen meliputi kesihatan kulit, otot, tendon dan tulang. Ohya satu lagi saya pesan, kalau pilih produk Kolagen kan baca dulu tahu dulu sebab kolagen ni selalunya saiz dia besar dan susah diserap dalam badan kita. Dan paling baik pilihlah kolagen yang berasal dari sumber semulajadi bukan sintetik 😊


    Itu sahaja sharing hari ni.


    Much love,
    Nija

    Continue Reading
    Banyak juga rupanya produk Shaklee ni kan. Eh yang dalam pasaran Malaysia ni bukan semua dah tau.




    Ada lagi yang belum masuk pasaran Malaysia contohnya barangan baby (body wash etc) dan baru semalam mama Shaklee saya tunjuk make up Shaklee di Jepun uwaaa jeles. Barang make up pun natural based tau!.


    Photo Credit: Master Aya Chalo


    Tapi dalam semua produk Shaklee, ada yang selaluuuu out of stock. Yang selalu out of stock (oos) tu sebab best seller la tu 😊

    Masa Shaklee Conference 29 April 2017 hari tu, ada kena display tau 10 produk Shaklee yang laku keras! Rugi saya tidak dapat datang hari tu. Betul betul rugi! kalau tidak, boleh dah selfie *sedih*

    Mujurlah ada kawan-kawan yang pergi conference tu share kan gambar-gambar. *senyum balik*

    Okay jom saya share produk yang jadi kegemaran rakyat Malaysia.




    Top 10 Best Seller:
    1• vivix
    2• ESP
    3• Omega Guard
    4• SR Vita C Plus
    5• Ostematrix
    6• Alfalfa Complex
    7• Vita E Complex
    8• Vita Lea Iron Formula
    9• Collagen Powder
    10• Lecithin

    vivix
    Suplemen dalam bentuk cecair yang dihasilkan daripada gabungan botanikal yang kaya dengan resveratrol dan polifenol. Formulasi Vivix tidak dapat di mana-mana sebab khas untuk Shaklee (dalam proses dipatenkan-patent pending). Once dah dalam proses paten, mana-mana pihak atau company dah tak boleh tiru tau.




    4 bahan utama je pun dah bagi banyak benefits pada kesihatan. Apa dia 4 bahan tu? 
    ✔️Polygonum cuspidatum
    ✔️Beri Eropah
    ✔️Anggur Muskadine 
    ✔️Lobak Ungu 

    vivix sangat dikenali oleh pengguna Shaklee tegar sebagai suplemen anti penuaan. Bila sebut anti penuaan mesti yang terlintas di fikiran adalah manfaat kecantikan. Tapi sebenarnya anti penuaan yang Vivix tunjukkan adalah sehingga peringkat sel! Maksudnya menyeluruh kesihatan dan kecantikan. Siap ada kajian yang menunjukkan vivix ni bantu melambatkan penuaan tau. Best ke best?

    ESP
    Ini memang berhantu! Sejak tahun lepas balik-balik OOS. Contohnya Shaklee branch Kat Sabah ni hah. Masa closing April, pagi tu saya sempat tengok ESP sampai dan baru keluar kaunter tau.

    Settle closing, terus dapat tahu ESP dah licin balik dah. Orang Sabah mandi lulur ke ESP ni hehe
    dan sampai sekarang di branches memang OOS. Hari tu online ada tapi tidak sampai 2 jam LICIN! Mujur saya sempat grab hehe




    Memang pilihan sihat cantik la minuman soya ni. Protin yang bekalkan asid amino yang badan kita perlukan. Kan badan kita ni sel daripada protin. Kalau protin cukup, organ kita pun sihat gumbira!

    Omega Guard
    Minyak ikan terbaik terdunia ni. Bagus untuk baby dalam kandungan. Bagus untuk bakar lemak. Bagus untuk jantung. 




    Sumber? Ikan beriklim sejuk laut dalam. Kenapa kena laut dalam? Sebab pencemaran kurang. Shaklee pula bukan guna minyak dari hati ikan tau.

    Jangan salah faham.

    SR Vita C Plus
    Hmmm ni fevret saya. Si Nija kan suka cantik cantik hehe



    Vitamin c ni bagus untuk kulit, kuku rambut gusi. Kuatkan sistem imun.

    Baru juga beberapa hari lepas bff saya 'komplen' vitamin C ni buat jerawat dia kecut. Siap tak da kesan pula tu. Nan hadooo diknon!

    Ostematrix
    Sumber kalsium, magnesium, vit D dan beberapa mineral yang bagus untuk tulang, metabolisme dan relax kan otot.




    Masa saya pantang anak ke-dua kan, ostematrix ni la yang bantu saya elak sembelit. Masa 1st baby dulu, nangis nangis dalam tandas peluh basah baju bila dalam tandas tandas punyalah lama kan. Uwarrghhh!

    Alfalfa Complex
    King of food yang kaya dengan nutrisi. Eh korang tau dak akar pokok Alfalfa ni siap boleh jangkau 20m ke bawah tau. Sebab tu la pack dengan nutrisi!




    Ohya Baik untuk resdung dan alergik sebab ada bahan yang bertindak sebagai anti histamin. Dannn Jamu moden aummm hehe 

    Vita E Complex
    Ada grape seed. Bagus untuk pudarkan parut jerawat. Pilihan untuk kesuburan.




    Tahu tak Kat US vitamin E dijual secara berasingan: vitamin E dengan grape seed dan vitamin E tanpa grape seed.
    Vitamin E dengan grape seed lagi mahal dari segi harga. Untung kat Malaysia ni, sebab dulu jual tanpa biji anggur harga sekian, bila dah improve ada biji anggur pun harga tetap sama!

    Vita Lea Iron Formula
    Multivitamin pertama di dunia! Tahun ni berusia 102 tahun. Saya makan ni memang bantu badan lebih bertenaga even mak pun cakap benda yang sama.



    Dr suggest untuk mereka yang berumur kena ambil vitamin tau. So multivitamin pilihan tepat!

    Collagen Powder
    Sumber kolagen yang ada gabungan vit c, vit e dan banyak lagi. 





    Ada ujian klinikal lagi. Memang ternyata pengambilan secara konsisten selama 8 minggu memberi kesan yang sangat best!

    Lecithin
    Ni pun antara fevret saya sebab bantu saya atasi bengkak susu dan pecahkan lemak masa berpantang.




    Antara sepuluh ni, saya sudah try semua hehe

    Semua pun best tapi antara semua yang paling fevret vita C dan vita E sebab nija kan suka bercantik cantik haha!

    Love,
    Nija suka cantik cantik ❤


    ️
    Continue Reading
    Salams & hi

    Hari ni saya share pasal radikal bebas. Radikal bebas ni bukan benda remeh pun. Jika dibiarkan boleh jadi penyebab penyakit lain. 

    Radikal bebas ni apa?
    Molekul air ialah gabungan hidrogen dan oksigen atau orang selalu panggil H2O. Badan kita sel sel kita pun terdiri daripada molekul kecil. Molekul ni dalam keadaan stabil dan terikat satu sama lain. Tapi bila ada faktor yang ganggu ikatan molekul tadi, elektron (tengok gambar) yang terikat pun boleh terlepas dan tiada pasangan. Bila tiada pasangan, elektron pada molekul tadi jadi tidak stabil. Sebab itu dipanggil radikal bebas. Bebas dari pasangan dan ikatan.

    Keadaan yang tidak stabil atau dalam kimia kita panggil reaktif buat radikal bebas ni ganggu molekul lain yang stabil. Radikal bebas akan curi elektron molekul lain dan bertindak macam teroris. JAHAT kan!

    Cemana radikal bebas ni jadi?
    Setiap hari radikal bebas ni terjadi dalam badan kita sebab kita terdedah pada cahaya ultraviolet (UV), metabolism kita pun hasilkan radikal bebas, keradangan (inflammation), pencemaran, asap rokok, radiasi adalah contoh keadaan yang dedahkan kita pada lebih banyak penghasilan radikal bebas.

     

    Kesan pada badan kita?
    Bila radikal bebas ni banyak dan banyak, ia menjadikan sel-sel kita 'berkarat' kerana tindakan oxidative stress. 
    Oxidative stress ni bila mana penghasilan radikal bebas melebihi keupayaan badan kita melawan atau detoxify kesan merbahaya radikal bebas. Badan kita neutralkan radikal bebas tadi dengan antioksidan.
    Secara semulajadi badan kita akan neutralkan radikal bebas tapi bila antioksidan kurang dalam badan dan radikal bebas pula bukan main bertambah dengan banyaknya tu yang badan stress (oxidative stress).

    Cemana bantu badan kita?
    Back to basic. Jaga makan dan ambil makanan yang seimbang dan sihat. Kenapa? Sebab pemakanan sihat tentunya akan ada nutrisi yang mengandungi antioksidan. Elak kan stress. Stress boleh hasil kan radikal bebas. Kalau perlu ambil masa untuk shortgetaway dan relaks go for it. Boleh juga ambil makanan tambahan yang mengandungi antioksidan. Makanan tambahan saya paling rekomen VIVIX.

    Cemana antioksidan bertindak?
    antioksidan meneutralkan radikal bebas sekaligus mengelakkan sel kita dari kerosakan akibat oxidative stress.

    Kenapa saya suggest Vivix?
    Sebab vivix terkandung sumber antioksidan yang powerful. Dan mudah untuk di ambil berbanding makanan tambahan dalam bentuk pil. Ada beberapa lagi vitamin yang bersifat antioksidan seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E. 

     


     


     


     



    Tahu tidak radikal bebas ni buat sel kita cepat rosak? Bila sel rosak penuaan berlaku. Sebab tu kita kena bendung cepat-cepat radikal bebas ni sebab siapa nak tua sebelum usia kan? 


    Nija Nowamommy 
    Beautiful mom of AN&NA

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top