Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Entri yang lepas MomsterCantik share apa itu simpul biawak atau tarik mengkarung, punca terjadinya kekejangan pada kaki terutama sekali betis wanita yang sedang hamil serta apa yang perlu dilakukan jika diserang simpul biawak.




    Saya senaraikan semula ya cara pencegahan simpul biawak:
    1. Elakkan berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 
    2. Jangan lupa buat renggangan otot kaki pada siang hari dan juga sebelum tidur.
    3. Sentiasa gerakkan sendi-sendi kaki dan jari supaya membantu pengaliran darah lancar.
    4. Munumlah air secukupnya.
    5. Makanan seimbang dan garam mineral. Garam mineral penting untuk mencegah kejang otot.


    Saya ada terbaca juga ada ahli yang arif dalam kesihatan beritahu salah satu cara untuk mencegah kekejangan ni daripada berlaku ialah dengan memastikan garam mineral dalam badan cukup. Juga memastikan aliran darah lancar.

    So kali ni saya akan share makanan tambahan yang kita boleh ambil selain daripada makanan harian kita. Pastikan makanan tambahan ni selamat dan sesuai untuk ibu hamil. 

    🌸 Ostematrix (120 biji)
    Merupakan sumber kalsium dalam bentuk tablet atau sering juga dipanggil pil kalsium. Ostematrix bukan setakat kalsium sahaja malah mengandungi vitamin D dan magnesium.




    Dengan adanya unsur mineral dalam Ostematrix sangat membantu keseimbangan garam mineral dalam badan dan dapat mencegah kekejangan otot.

    🌸 B Complex (120 biji)
    Kesemua 8 jenis vitamin B ada di dalam setiap tablet B Complex ni. Vitamin B sangat digalakkan ambil kerana membantu penghasilan sel darah merah, melancarkan peredaran darah dan membantu legakan stress serta membantu fungsi saraf.



    Kurangnya pengaliran darah ke kaki disebabkan di tekan oleh rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan simpul biawak menyerang. Sebab itu kita perlukan B Complex semasa mengandung.

    🌸 Apa kata mereka yang amalkan semasa mengandung?

    Baru tiga hari amalkan ostematrix sudah nampak kesan dan tiada lagi serangan cramp
    Dulu setiap hari kena simpul biawak, lepas makan ostematrix tiada lagi rasa sakit simpul biawak

    ikhtiar hamil dengan suplimen

    🌸 Harga 
    Ostematrix (120 biji) RM61.25 
    B Complex (120 biji) RM58.75


    Bagaimana untuk mendapatkan Ostematrix dan B Complex ni?

    Ada dua cara untuk mendapatkan kedua-dua makanan tambahan ni iaitu:

    Boleh order melalui whatsapp

    Atau

    Membuat pembelian sendiri secara online


    Syukur alhamdulillah sepanjang mengandungkan anak kedua saya, NA; saya memang bebas dari kekejangan mahupun simpul biawak yang sakit tu. Sebab tu saya happy untuk share pada Mommy-to-be di luar sana.

    Enjoy pregnancy tau,
    Nija
    Momster Cantik yang suka share tips.         
    Boleh order melalui whatsapp
    Continue Reading
    Saya teringat dulu semasa kandungan pertama saya memasuki trimester kedua, ada kenalan yang sudah beberapa kali mengandung kata “berjaga-jaga dengan simpul biawak bila perut makin membesar”.

    Simpul biawak atau simpul mengkarung atau juga tarik mengkarung rupanya memang selalu terjadi dan dirasai oleh wanita hamil.

    Keadaan ini sebenarnya adalah kekejangan yang dirasai di bahagian kaki dan betis; bahagian ini yang paling kerap terkena kekejangan.

    🌸Punca
    Apabila kandungan semakin membesar, bermaksud rahim juga mengembang untuk menyokong bayi yang membesar di dalam. Keadaan ini menambah beban pada bahagian kaki dan seterusnya lenguh.

    Tekanan rahim yang membesar juga menekan saluran darah dan mengganggu aliran darah ke bahagian kaki.
    Tekanan pada bahagian kaki ni membuang kekejangan dan terjadilah simpul biawak.

    🌸Apa yang perlu dilakukan bila kekejangan?
    1. Tuam ais masa kejang
    2. Urut betis perlahan untuk bantu aliran darah lancar di bahagian betis
    3. Berdiri di atas lantai dan angkat tumit untuk renggangkan otot betis dan hentikan cramp. Jangan lupa berpaut pada sesuatu supaya balance. Kang jatuh pula nanti kan.


    🌸Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan?
    1. Tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 
    2. Membuat renggangan otot kaki pada siang hari dan juga sebelum tidur.
    3. Gerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
    4. Please mommies, minum air secukupnya. Bukan air manis ya!
    5. Makanan seimbang dengan adanya karbohidrat, air dan garam mineral. Garam mineral penting untuk cegah kejang otot.
    Cinta pertama dengan shaklee

    Next entri MomsterCantik share lagi cara MomsterCantik elak cramp pada kaki ni masa mengandung okay 😊

    Nija
    Momster Cantik yang suka share tips
    Continue Reading
    Masalah hb rendah ni memang tidak lari dari perempuan mengandung. Hb atau hemoglobin ialah protein yang kaya dengan zat besi yang ada dalam sel darah merah kita. Hb berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Disebabkan itu pentingnya kita memastikan hemoglobin dalam darah pada tahap normal supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik.


    🌸Kesan hb rendah
    Antara kesan hb rendah ialah rasa lemah, keletihan, sakit kepala dan pening, sesak nafas, selera makan berkurang dan degupan jantung jadi laju. Kalau dibiarkan boleh jadi anemia.

    🌸Punca hb rendah
    Kurang nutrisi
    Penyerapan zat besi terganggu 
    Kehilangan darah
    Penurunan penghasilan sel darah merah
    Penghancuran sel darah merah

    🌸Cara naikkan bacaan hb
    Sumber makanan yang kaya dengan zat besi
    Sayuran hijau terutama sekali bayam, asparagus, hati ayam, telur, tiram, epal, delima, aprikot, tembikai, prun, biji labu, kurma, kacang almond, kismis

    Tingkatkan pengambilan vit C
    Vitamin C sangat membantu penyerapan zat besi. Sebab itu sangat disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C bersama makanan yang tinggi zat besi
    Buah oren, lemon, strawberi, betik, brokoli, grapefruit dan tomato

    Tingkatkan asid folik dalam menu makanan
    Salah satu jenis vitamin B, asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Apabila asid folik kurang, tahap hemoglobin juga menurun.
    Sayuran hijau, kacang tanah, pisang, brokoli dan hati ayam, beetroot

    Elakkan iron-blocker
    Ada makanan yang menghalang badan menyerap zat besi apatah lagi bila hemoglobin rendah. Antaranya kopi, teh, minuman kola, wain dan bir.

    Senaman
    Apabila bersenam, badan akan hasilkan lebih banyak hemoglobin kerana meningkatnya keperluan oksigen pada badan.

    🌸Makanan tambahan untuk ibu mengandung naikkan hb
    Selain daripada makanan dalam diet harian kita, Ibu mengandung juga sangat disarankan mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan badan dan tumbesaran bayi yang dikandung. Momster Cantik personally recommend untuk cuba amalkan Set anemia Shaklee ni sebab saya dah ada pengalaman hb naik pada tahap normal apabila mengamalkan Set ni semasa mengandungkan NA.


    Set 4 sekawan untuk Ibu mengandung naikkan hb

    ☘️Vita-lea Iron Formula
    Multivitamin yang mengandungi zat besi dan vitamin serta mineral yang badan kita perlukan.
    Satu botol ni ada 120 biji

    ☘️B complex
    Vitamin B yang lengkap mengandungi asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 untuk penghasilan sel darah merah.
    Satu botol ada 120 biji

    ☘️Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C sangat menyokong penyerapan zat besi oleh badan kita. Tidak guna ambil zat besi banyak Kalau vitamin C tidak cukup untuk menyokong penyerapan.
    Satu botol ada 180 biji

    ☘️ESP
    Hemoglobin ni adalah protein. Oleh itu antara cara untuk menambah lagi penghasilan hemoglobin ialah cukupkan protein. ESP ni ialah minuman protein yang kaya dengan protein dna kalsium.

    Jom saya tunjuk antara mereka yang dah dapat bacaan hb yang Cantik semasa mengandung dan selepas amalkan Shaklee (vitamin naikkan hb):


    Yeah hb naik lagi di minggu ke34

    Wahhh dari 11.1 ke 12.3 tu memang happy sangat bacaan hb normal macam tu

    Tu dia hb dari 9.7 ke 10.1 ke 10.5 ke 11 nampak ketara hb naik bila amalkan Set anemia Shaklee


    Harga satu Set naikkan hb ni ialah RM411.25
    Boleh dapat murah?
    BOLEH. Whatsapp Momster Cantik sekarang.

    Cara mendapatkan vitamin naikkan hb ni:

    Order secara online 

    Whatsapp untuk order

    Apa yang anda akan dapat apabila beli set ni dari Momster Cantik ialah:
    Konsultasi sebelum (cadangan info setiap vitamin dalam Set ni), konsultasi selepas pembelian (cara makan dan tips kesihatan semasa mengandung).

    Momster Cantik yang pernah give up makan hati ayam walaupun muak dulu kini dah tahu rahsia untuk naikkan hb. Sebab tu masa pregnant anak kedua, tidak perlu makan hati ayam dah. Legaaa

    Nija
    MomsterCantik
    Ex-makyong ada masalah hb dulu






    Continue Reading
    Disahkan mengandung dalam masa yang sama bekerja mungkin agak membimbangkan kerana faktor kesihatan.  Kesibukan dengan tugas boleh mengakibatkan Ibu mengandung susah untuk makan.


    Apabila tiada masa untuk makan, badan Ibu hamil akan kekurangan nutrisi dan boleh mengganggu tumbesaran bayi yang dikandung.

    Selain itu, bekerja semasa hamil juga menyebabkan keletihan yang lebih dari biasa. Apatah lagi jika morning sickness ketika di ofis seakan menghalang wanita mengandung untuk proaktif dan produktif.

    Namun jangan risau, Momster Cantik akan berkongsi tips mengatasi cabaran kehamilan semasa bekerja juga cadangan vitamin kehamilan. Momster Cantik dulu pun merasa juga bekerja semasa mengandungkan NA 😉

    Antara cara kita memastikan diri boleh bekerja dengan selesa semasa hamil ialah:

    🌸Jika bekerja lebih kepada duduk di bangku pejabat, letak bantal di belakang untuk alas pinggang dan bahagian belakang. Naikkan kaki ke atas (guna bangku atau kotak di bawah meja) supaya tekanan di bahagian kaki berkurang
    🌸Gunakan kasut yang selesa dan stoking yang tidak sendat. Sekarang ni banyak kasut yang khas untuk wanita hamil dijual kan
    🌸 Pakai pakaian yang longgar dan selesa memandangkan saiz badan akan bertambah dari sebelum ni
    🌸 Tidak berdiri terlalu lama dan duduk untuk jangka masa yang panjang. Buat sedikit senaman renggangan
    🌸 sediakan botol air atau jag berisi air kosong juga snek jangan lupa
    🌸Makan makanan yang bernutrisi. Elakkan minuman kafein secara berterusan. Kafein ganggu penyerapan nutrisi tau
    🌸 kurangkan stress sebab stress tidak baik untuk diri dan baby ya
    🌸 jangan malu atau ego minta bantuan dan terima bantuan orang sekeliling

    Hah banyak Momster Cantik list down cara kan pastikan diri selesa bekerja semasa hamil. Berikut Momster Cantik share pula vitamin kehamilan yang recommended untuk mereka yang bekerja.

    Momster Cantik dulu amalkan Set kehamilan Shaklee ni. Dalam Dan suka untuk saya share manfaat set ni masa saya amalkan ialah:

    ✅ rasa bertenaga
    ✅ morning sickness berkurang
    ✅ penambahan berat badan yang terkawal
    ✅ tekanan darah terkawal dan bacaan gula semasa hamil juga terkawal
    ✅ masalah kulit breakout semasa awal kehamilan juga mudah untuk di atasi
    ✅ bacaan Hb yang normal
    ✅ tiada langsung masalah sembelit
    ✅ cramp dan sakit belakang sangat jarang

    So inilah dia vitamin kehamilan yang Momster Cantik highly recommend untuk korang:


    🌸Vita-Lea Iron Formula
    🌸B complex
    🌸Sustained Release Vita C Plus
    🌸ESP
    🌸Omega Guard
    🌸Ostematrix 

    Boleh baca lebih lanjut pasal vitamin mengandung ni sini ya 👉🏻 
    vitamin semasa hamil yang saya perlukan

    Harga satu set
    RM608.75

    Boleh beli secara berasingan atau loose?
    BOLEH.

    Mahu beli dengan harga lebih MURAH?
    Whatsapp sekarang.

    Cara dapatkan suplimen ni:
    ✅Boleh buat pembelian online sendiri

    BELI ONLINE SET KEHAMILAN SECARA SEKARANG

    ✅order melalui whatsapp

    WHATSAPP SEKARANG UNTUK ORDER

    Kelebihan order online atau whatsapp, akan diberikan konsultasi dan info best pasal kehamilan.

    kulit lembut bayi

    Masalah perut buncit

    Serius walaupun penat bukan kepalang masa mengandungkan NA sebab masih bekerja waktu tu, saya bersyukur sangat jumpa set vitamin Shaklee ni. Saya enjoy sangat masa tu. 

    Untuk mommies semua, jangan risau jika mengandung dan pada masa yang sama bekerja. Walaupun agak mencabar tapi dengan tips yang Momster Cantik bagi ni hopefully dapat membantu banyak 😊

    Bekas makyong yang bekerja di ofis 
    Nija
    Momster Cantik

    Continue Reading


    Salams and hi.

    Antara banyak-banyak vitamin Shaklee kan, vitamin C Shaklee adalah my favourite. Sebab saya ni seorang beauty conscious jadi padanlah obses dengan vitamin C hehe



     Kulit saya sekarang 😊

     

    Sebelum saya makan vitamin C Shaklee, saya sudah cuba few brands which biarlah saya seorang yang tahu the list sebab saya tidak mahu ada yang terasa sebab seolah-olah buat perbandingan atau kutuk produk orang.

    Kenapa saya ambil vitamin C? Of course untuk cantik. Sebab vitamin C kan sinonim dengan kulit cantik. Tapi sebenarnya kan banyak lagi manfaat vitamin C yang ibarat wira yang tak didendangkan gitu. Siapa sangka vitamin C ni baik untuk sistem imuniti kita? Anndd vitamin C boleh elak gusi berdarah…

    So berbalik pada review saya berkenaan vitamin C. Dua minggu lebih kurang selepas saya consume multivitamin Shaklee, saya beli pula vitamin C. Masa mula-mula search internet pasal vitamin Shaklee ni hairan kenapalah panjang betul nama vitamin C Shaklee ni. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS panjangkan?

    Rupanya itu salah satu kelebihan vitamin C Shaklee. Shaklee guna teknologi pelepasan tertunda maksudnya vitamin C tu bila kita makan, perlahan-lahan dilepaskan dalam badan untuk badan kita serap. Supaya penyerapan secara optimum dan tiada pembaziran berlaku.

    Saya ingat lagi masa saya dapat vitamin C tu beberapa hari sebelum saya punya majlis graduasi. Lagi dua hari saya naik pentas tiba-tiba jerawat saya muncul. Atas bibir pula tu. Spoil betul rasa masa tu. But saya makan vitamin C konsisten dan masa hari konvo tu rasa lupa pasal jerawat saya haha

    Habis majlis tu, on the way balik rumah sempat saya selfie dengan AN. Skrol gallery ada beberapa keping gambar selfie dalam dewan. Baru perasan “eh mana pergi jerawat?” Mustahil juga hilang begitu saja. Ahh mungkin sebab filter dalam hati saya.

    Sampai rumah cuci muka dan bersihkan make up. Saya belek muka sendiri hehe
    Surprisingly jerawat tu kecut. Sangkaanku meleset. Ingatkan jerawat tu akan mula ketara in size. Rupanya kecut. Sambil tidurkan AN, saya google pasal vitamin c Shaklee. Dan banyak juga review vitamin C bantu kecutkan jerawat.

    Untuk pertama kalinya saya buat masker vitamin C. Rasa gatal sikit kulit. Tapi best sebab ada rasa sejuk. Saya tidak tahulah sebab larutkan dalam air ke apa huhu

    Masa kembalikan jubah konvo sempat saya ambil gambar ala-ala post-convo photoshoot (husband jadi photographer hihi). Saya puas hati sangat. Sebab gambar cantik daann parut jerawat tiada. Nadaaa!

    Ohya masa tu saya pregnant NA dan kulit muka saya masa early pregnancy memang macam selalu. Kenapa macam selalu? Saya ada 4 kali pengalaman mengandung (yang first two pregnancies saya keguguran) dan setiap kali mengandung saya akan ada masalah kulit.

    Boleh nampak kan perbezaan antara dua gambar ni.Gambar hamil anak pertama tu jerawat teruk dan gambar beberapa lapisan filter haha. Hamil anak kedua tu tiada filter langsung.



    Tetapi pregnant NA saya cepat dapat solusi. Saya makan vitamin C Shaklee. Jerawats yang mula datang berjemaah sekejap saja singgah sebab ku bendung dengan vitamin C hihi
    Dan sepanjang saya pregnant NA, ramai tegur kulit saya glowing la bersih la cerah la.
    Paling saya suka saya diberikan kesihatan yang lebih baik sepanjang 39 minggu kandungan.

    No filter. Betapa saya enjoy kehamilan kedua ni. Saya jadi yakin mahu selfie hehe



    Masa kandungan masuk 5 bulan kalau tidak silap, super upline saya ada buat satu cabaran. Dalam cabaran tu objektif dia untuk menunjukkan everyone boleh cantik dan berhak cantik bila konsisten makan vitamin C Shaklee with special dosage yang still safe for us.

    Cabaran tu bagus tau sebab dengan cabaran tu saya konsisten dan alhamdulillah saya antara yang rasa perubahan. Sebab cabaran tu juga saya makan vitamin C Shaklee sampai sekarang. Tahun ni masuk tahun kedua saya bersama vitamin C Shaklee which saya impress sebab sebelum ni untuk setia sebegini lama dengan vitamin C adalah mustahil seba saya akan lompat dari satu brand ke satu brand. Sebab apa? Sebab kesan bukan macam yang saya mahu. Eh saya konsisten makan each vitamin C ya so no point to say saya tidak dapat effect sebab saya mengharapkan kesan cepat. Ada satu brand tu saya makan berbotol=botol but kesan tidak sesuai dengan saya.

    Kalau fikir logik pun cemana saya tahan hampir two years kan kalau kesan saya tidak dapat?

    Ohya satu lagi vitamin C ni juga antara faktor bacaan hb saya masa mengandung NA okay. Sebab masa beli vitalea dengan B complex dulu, saya diberitahu kalau mahu hb okay ikhtiar Vitalea bersama vitamin C sebab vitamin C bantu penyerapan zat besi (dalam vitalea ada zat besi).

    Cemana rupa vitamin C Shaklee?
    Okay saya tunjuk yee
    Dalam satu botol vitamin C ni ada 180 biji. Banyakkan. Tahan sehingga 6 bulan pula tu. Jimat duit I hehe
    Warnanya agak perang sikit. One thing for sure tiada pewarna tambahan.

     


    Untuk yang first time tengok mungkin ada yang cakap besarnya tablet vitamin C ni. Saya tidak terkecuali dulu huhu
    Tapi bila saya bandingkan dengan vitamin C dari farmasi sebab masa tu dalam peti ais ada vitamin C dari farmasi hehe, rupanya vitamin C Shaklee ni kecil sikit, So tiada isu tidak boleh telan, Nija saya kata pada diri sendiri.
    Rasa? Masam. Tapi sebab bukan chewable, terus telan so isu tidak boleh telan sebab masa tu tolak tepi! Yang penting ada air dan zappp telan terus hehe

    Cemana saya makan vitamin C ni?
    Pagi-pagi after breakfast saya makan dua biji together with Vitalea. Dan saya kurangkan kafein masa mengandung sebab kafein tidak bagus untuk penyerapan vitamin.

    Ohya vitamin C Shaklee ni vitamin semulajadi bukan sintetik. Dibuat daripada kanji jagung. Sesuai untuk yang ada gastrik. Kan selalunya vitamin C ni dari buah sitrus macam oren. Sitrus boleh undang gastrik sebab asid kan.

    Sepanjang saya makan vitamin C Shaklee rasanya tidak pernah dah gastrik (saya ada sejarah gastrik teruk dulu).

    Saya buat review ni sebab saya tahu ramai yang mahu tahu kan. Saya dulu pun google mahu tau review dari pengguna. Katanya tak mahu review dari penjual. Dan sekarang saya buat reviw sebab Saya pengguna. Pengguna tetap confirm!



    Nija Nowamommy
    Mommy Cantik to AN & NA
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top