Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Masalah hb rendah ni memang tidak lari dari perempuan mengandung. Hb atau hemoglobin ialah protein yang kaya dengan zat besi yang ada dalam sel darah merah kita. Hb berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Disebabkan itu pentingnya kita memastikan hemoglobin dalam darah pada tahap normal supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik.


    🌸Kesan hb rendah
    Antara kesan hb rendah ialah rasa lemah, keletihan, sakit kepala dan pening, sesak nafas, selera makan berkurang dan degupan jantung jadi laju. Kalau dibiarkan boleh jadi anemia.

    🌸Punca hb rendah
    Kurang nutrisi
    Penyerapan zat besi terganggu 
    Kehilangan darah
    Penurunan penghasilan sel darah merah
    Penghancuran sel darah merah

    🌸Cara naikkan bacaan hb
    Sumber makanan yang kaya dengan zat besi
    Sayuran hijau terutama sekali bayam, asparagus, hati ayam, telur, tiram, epal, delima, aprikot, tembikai, prun, biji labu, kurma, kacang almond, kismis

    Tingkatkan pengambilan vit C
    Vitamin C sangat membantu penyerapan zat besi. Sebab itu sangat disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C bersama makanan yang tinggi zat besi
    Buah oren, lemon, strawberi, betik, brokoli, grapefruit dan tomato

    Tingkatkan asid folik dalam menu makanan
    Salah satu jenis vitamin B, asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Apabila asid folik kurang, tahap hemoglobin juga menurun.
    Sayuran hijau, kacang tanah, pisang, brokoli dan hati ayam, beetroot

    Elakkan iron-blocker
    Ada makanan yang menghalang badan menyerap zat besi apatah lagi bila hemoglobin rendah. Antaranya kopi, teh, minuman kola, wain dan bir.

    Senaman
    Apabila bersenam, badan akan hasilkan lebih banyak hemoglobin kerana meningkatnya keperluan oksigen pada badan.

    🌸Makanan tambahan untuk ibu mengandung naikkan hb
    Selain daripada makanan dalam diet harian kita, Ibu mengandung juga sangat disarankan mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan badan dan tumbesaran bayi yang dikandung. Momster Cantik personally recommend untuk cuba amalkan Set anemia Shaklee ni sebab saya dah ada pengalaman hb naik pada tahap normal apabila mengamalkan Set ni semasa mengandungkan NA.


    Set 4 sekawan untuk Ibu mengandung naikkan hb

    ☘️Vita-lea Iron Formula
    Multivitamin yang mengandungi zat besi dan vitamin serta mineral yang badan kita perlukan.
    Satu botol ni ada 120 biji

    ☘️B complex
    Vitamin B yang lengkap mengandungi asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 untuk penghasilan sel darah merah.
    Satu botol ada 120 biji

    ☘️Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C sangat menyokong penyerapan zat besi oleh badan kita. Tidak guna ambil zat besi banyak Kalau vitamin C tidak cukup untuk menyokong penyerapan.
    Satu botol ada 180 biji

    ☘️ESP
    Hemoglobin ni adalah protein. Oleh itu antara cara untuk menambah lagi penghasilan hemoglobin ialah cukupkan protein. ESP ni ialah minuman protein yang kaya dengan protein dna kalsium.

    Jom saya tunjuk antara mereka yang dah dapat bacaan hb yang Cantik semasa mengandung dan selepas amalkan Shaklee (vitamin naikkan hb):


    Yeah hb naik lagi di minggu ke34

    Wahhh dari 11.1 ke 12.3 tu memang happy sangat bacaan hb normal macam tu

    Tu dia hb dari 9.7 ke 10.1 ke 10.5 ke 11 nampak ketara hb naik bila amalkan Set anemia Shaklee


    Harga satu Set naikkan hb ni ialah RM411.25
    Boleh dapat murah?
    BOLEH. Whatsapp Momster Cantik sekarang.

    Cara mendapatkan vitamin naikkan hb ni:

    Order secara online 

    Whatsapp untuk order

    Apa yang anda akan dapat apabila beli set ni dari Momster Cantik ialah:
    Konsultasi sebelum (cadangan info setiap vitamin dalam Set ni), konsultasi selepas pembelian (cara makan dan tips kesihatan semasa mengandung).

    Momster Cantik yang pernah give up makan hati ayam walaupun muak dulu kini dah tahu rahsia untuk naikkan hb. Sebab tu masa pregnant anak kedua, tidak perlu makan hati ayam dah. Legaaa

    Nija
    MomsterCantik
    Ex-makyong ada masalah hb dulu






    Continue Reading
    Disahkan mengandung dalam masa yang sama bekerja mungkin agak membimbangkan kerana faktor kesihatan.  Kesibukan dengan tugas boleh mengakibatkan Ibu mengandung susah untuk makan.


    Apabila tiada masa untuk makan, badan Ibu hamil akan kekurangan nutrisi dan boleh mengganggu tumbesaran bayi yang dikandung.

    Selain itu, bekerja semasa hamil juga menyebabkan keletihan yang lebih dari biasa. Apatah lagi jika morning sickness ketika di ofis seakan menghalang wanita mengandung untuk proaktif dan produktif.

    Namun jangan risau, Momster Cantik akan berkongsi tips mengatasi cabaran kehamilan semasa bekerja juga cadangan vitamin kehamilan. Momster Cantik dulu pun merasa juga bekerja semasa mengandungkan NA 😉

    Antara cara kita memastikan diri boleh bekerja dengan selesa semasa hamil ialah:

    🌸Jika bekerja lebih kepada duduk di bangku pejabat, letak bantal di belakang untuk alas pinggang dan bahagian belakang. Naikkan kaki ke atas (guna bangku atau kotak di bawah meja) supaya tekanan di bahagian kaki berkurang
    🌸Gunakan kasut yang selesa dan stoking yang tidak sendat. Sekarang ni banyak kasut yang khas untuk wanita hamil dijual kan
    🌸 Pakai pakaian yang longgar dan selesa memandangkan saiz badan akan bertambah dari sebelum ni
    🌸 Tidak berdiri terlalu lama dan duduk untuk jangka masa yang panjang. Buat sedikit senaman renggangan
    🌸 sediakan botol air atau jag berisi air kosong juga snek jangan lupa
    🌸Makan makanan yang bernutrisi. Elakkan minuman kafein secara berterusan. Kafein ganggu penyerapan nutrisi tau
    🌸 kurangkan stress sebab stress tidak baik untuk diri dan baby ya
    🌸 jangan malu atau ego minta bantuan dan terima bantuan orang sekeliling

    Hah banyak Momster Cantik list down cara kan pastikan diri selesa bekerja semasa hamil. Berikut Momster Cantik share pula vitamin kehamilan yang recommended untuk mereka yang bekerja.

    Momster Cantik dulu amalkan Set kehamilan Shaklee ni. Dalam Dan suka untuk saya share manfaat set ni masa saya amalkan ialah:

    ✅ rasa bertenaga
    ✅ morning sickness berkurang
    ✅ penambahan berat badan yang terkawal
    ✅ tekanan darah terkawal dan bacaan gula semasa hamil juga terkawal
    ✅ masalah kulit breakout semasa awal kehamilan juga mudah untuk di atasi
    ✅ bacaan Hb yang normal
    ✅ tiada langsung masalah sembelit
    ✅ cramp dan sakit belakang sangat jarang

    So inilah dia vitamin kehamilan yang Momster Cantik highly recommend untuk korang:


    🌸Vita-Lea Iron Formula
    🌸B complex
    🌸Sustained Release Vita C Plus
    🌸ESP
    🌸Omega Guard
    🌸Ostematrix 

    Boleh baca lebih lanjut pasal vitamin mengandung ni sini ya 👉🏻 
    vitamin semasa hamil yang saya perlukan

    Harga satu set
    RM608.75

    Boleh beli secara berasingan atau loose?
    BOLEH.

    Mahu beli dengan harga lebih MURAH?
    Whatsapp sekarang.

    Cara dapatkan suplimen ni:
    ✅Boleh buat pembelian online sendiri

    BELI ONLINE SET KEHAMILAN SECARA SEKARANG

    ✅order melalui whatsapp

    WHATSAPP SEKARANG UNTUK ORDER

    Kelebihan order online atau whatsapp, akan diberikan konsultasi dan info best pasal kehamilan.

    kulit lembut bayi

    Masalah perut buncit

    Serius walaupun penat bukan kepalang masa mengandungkan NA sebab masih bekerja waktu tu, saya bersyukur sangat jumpa set vitamin Shaklee ni. Saya enjoy sangat masa tu. 

    Untuk mommies semua, jangan risau jika mengandung dan pada masa yang sama bekerja. Walaupun agak mencabar tapi dengan tips yang Momster Cantik bagi ni hopefully dapat membantu banyak 😊

    Bekas makyong yang bekerja di ofis 
    Nija
    Momster Cantik

    Continue Reading


    Salams and hi.

    Antara banyak-banyak vitamin Shaklee kan, vitamin C Shaklee adalah my favourite. Sebab saya ni seorang beauty conscious jadi padanlah obses dengan vitamin C hehe



     Kulit saya sekarang 😊

     

    Sebelum saya makan vitamin C Shaklee, saya sudah cuba few brands which biarlah saya seorang yang tahu the list sebab saya tidak mahu ada yang terasa sebab seolah-olah buat perbandingan atau kutuk produk orang.

    Kenapa saya ambil vitamin C? Of course untuk cantik. Sebab vitamin C kan sinonim dengan kulit cantik. Tapi sebenarnya kan banyak lagi manfaat vitamin C yang ibarat wira yang tak didendangkan gitu. Siapa sangka vitamin C ni baik untuk sistem imuniti kita? Anndd vitamin C boleh elak gusi berdarah…

    So berbalik pada review saya berkenaan vitamin C. Dua minggu lebih kurang selepas saya consume multivitamin Shaklee, saya beli pula vitamin C. Masa mula-mula search internet pasal vitamin Shaklee ni hairan kenapalah panjang betul nama vitamin C Shaklee ni. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS panjangkan?

    Rupanya itu salah satu kelebihan vitamin C Shaklee. Shaklee guna teknologi pelepasan tertunda maksudnya vitamin C tu bila kita makan, perlahan-lahan dilepaskan dalam badan untuk badan kita serap. Supaya penyerapan secara optimum dan tiada pembaziran berlaku.

    Saya ingat lagi masa saya dapat vitamin C tu beberapa hari sebelum saya punya majlis graduasi. Lagi dua hari saya naik pentas tiba-tiba jerawat saya muncul. Atas bibir pula tu. Spoil betul rasa masa tu. But saya makan vitamin C konsisten dan masa hari konvo tu rasa lupa pasal jerawat saya haha

    Habis majlis tu, on the way balik rumah sempat saya selfie dengan AN. Skrol gallery ada beberapa keping gambar selfie dalam dewan. Baru perasan “eh mana pergi jerawat?” Mustahil juga hilang begitu saja. Ahh mungkin sebab filter dalam hati saya.

    Sampai rumah cuci muka dan bersihkan make up. Saya belek muka sendiri hehe
    Surprisingly jerawat tu kecut. Sangkaanku meleset. Ingatkan jerawat tu akan mula ketara in size. Rupanya kecut. Sambil tidurkan AN, saya google pasal vitamin c Shaklee. Dan banyak juga review vitamin C bantu kecutkan jerawat.

    Untuk pertama kalinya saya buat masker vitamin C. Rasa gatal sikit kulit. Tapi best sebab ada rasa sejuk. Saya tidak tahulah sebab larutkan dalam air ke apa huhu

    Masa kembalikan jubah konvo sempat saya ambil gambar ala-ala post-convo photoshoot (husband jadi photographer hihi). Saya puas hati sangat. Sebab gambar cantik daann parut jerawat tiada. Nadaaa!

    Ohya masa tu saya pregnant NA dan kulit muka saya masa early pregnancy memang macam selalu. Kenapa macam selalu? Saya ada 4 kali pengalaman mengandung (yang first two pregnancies saya keguguran) dan setiap kali mengandung saya akan ada masalah kulit.

    Boleh nampak kan perbezaan antara dua gambar ni.Gambar hamil anak pertama tu jerawat teruk dan gambar beberapa lapisan filter haha. Hamil anak kedua tu tiada filter langsung.



    Tetapi pregnant NA saya cepat dapat solusi. Saya makan vitamin C Shaklee. Jerawats yang mula datang berjemaah sekejap saja singgah sebab ku bendung dengan vitamin C hihi
    Dan sepanjang saya pregnant NA, ramai tegur kulit saya glowing la bersih la cerah la.
    Paling saya suka saya diberikan kesihatan yang lebih baik sepanjang 39 minggu kandungan.

    No filter. Betapa saya enjoy kehamilan kedua ni. Saya jadi yakin mahu selfie hehe



    Masa kandungan masuk 5 bulan kalau tidak silap, super upline saya ada buat satu cabaran. Dalam cabaran tu objektif dia untuk menunjukkan everyone boleh cantik dan berhak cantik bila konsisten makan vitamin C Shaklee with special dosage yang still safe for us.

    Cabaran tu bagus tau sebab dengan cabaran tu saya konsisten dan alhamdulillah saya antara yang rasa perubahan. Sebab cabaran tu juga saya makan vitamin C Shaklee sampai sekarang. Tahun ni masuk tahun kedua saya bersama vitamin C Shaklee which saya impress sebab sebelum ni untuk setia sebegini lama dengan vitamin C adalah mustahil seba saya akan lompat dari satu brand ke satu brand. Sebab apa? Sebab kesan bukan macam yang saya mahu. Eh saya konsisten makan each vitamin C ya so no point to say saya tidak dapat effect sebab saya mengharapkan kesan cepat. Ada satu brand tu saya makan berbotol=botol but kesan tidak sesuai dengan saya.

    Kalau fikir logik pun cemana saya tahan hampir two years kan kalau kesan saya tidak dapat?

    Ohya satu lagi vitamin C ni juga antara faktor bacaan hb saya masa mengandung NA okay. Sebab masa beli vitalea dengan B complex dulu, saya diberitahu kalau mahu hb okay ikhtiar Vitalea bersama vitamin C sebab vitamin C bantu penyerapan zat besi (dalam vitalea ada zat besi).

    Cemana rupa vitamin C Shaklee?
    Okay saya tunjuk yee
    Dalam satu botol vitamin C ni ada 180 biji. Banyakkan. Tahan sehingga 6 bulan pula tu. Jimat duit I hehe
    Warnanya agak perang sikit. One thing for sure tiada pewarna tambahan.

     


    Untuk yang first time tengok mungkin ada yang cakap besarnya tablet vitamin C ni. Saya tidak terkecuali dulu huhu
    Tapi bila saya bandingkan dengan vitamin C dari farmasi sebab masa tu dalam peti ais ada vitamin C dari farmasi hehe, rupanya vitamin C Shaklee ni kecil sikit, So tiada isu tidak boleh telan, Nija saya kata pada diri sendiri.
    Rasa? Masam. Tapi sebab bukan chewable, terus telan so isu tidak boleh telan sebab masa tu tolak tepi! Yang penting ada air dan zappp telan terus hehe

    Cemana saya makan vitamin C ni?
    Pagi-pagi after breakfast saya makan dua biji together with Vitalea. Dan saya kurangkan kafein masa mengandung sebab kafein tidak bagus untuk penyerapan vitamin.

    Ohya vitamin C Shaklee ni vitamin semulajadi bukan sintetik. Dibuat daripada kanji jagung. Sesuai untuk yang ada gastrik. Kan selalunya vitamin C ni dari buah sitrus macam oren. Sitrus boleh undang gastrik sebab asid kan.

    Sepanjang saya makan vitamin C Shaklee rasanya tidak pernah dah gastrik (saya ada sejarah gastrik teruk dulu).

    Saya buat review ni sebab saya tahu ramai yang mahu tahu kan. Saya dulu pun google mahu tau review dari pengguna. Katanya tak mahu review dari penjual. Dan sekarang saya buat reviw sebab Saya pengguna. Pengguna tetap confirm!



    Nija Nowamommy
    Mommy Cantik to AN & NA
    Continue Reading



    Masa saya mengandung AN, rasa terlalu muda masa tu. Ilmu parenting tiada, apalagi ilmu kehamilan? Hasilnya saya punya bacaan hb tunggang langgang, sembelit teruk, kulit muka pun tidak sihat. Saya fikir mungkin kalau pregnant memang macam ni. Hormon kan. Ya, saya sentiasa fikir hormon. Kan dah kata ilmu tu sikit. Malas pula tu gali ilmu huhu

    Bila saya pregnant NA, segalanya berubah. Saya mula banyak membaca dan cari tahu bila naluri keibuan kata saya pregnant. Apa lagi saya dilanda morning sickness yang teruk berbanding pregnant-kan AN. Tambahan pula saya rasa tidak motivated dan tidak produktif sewaktu bekerja di awal kehamilan.

    Dipendekkan cerita, saya dapat tahu badan kita orang perempuan ni bila mengandung memang perlukan nutrisi tambahan. Bayangkan, dalam keadaan tidak mengadung pun badan kita perlukan nutrisi yang cukup apatah lagi bila ada nyawa baru yang hidup dalam rahim kita. Maksudnya nutrisi tu double la kan kiranya hehe

    Saya mula google vitamin kehamilan yang dapat bantu atasi masalah saya di awal kehamilan iaitu:

    ❌ Tidak bertenaga
    ❌ Migrain
    ❌ Morning sickness
    ❌ Kulit mula naik jerawat setiap hari

    Saya jumpa rata-rata orang suggest SHAKLEE. Terus terang dulu hamil anak pertama belum kenal Shaklee. So bila dapat tahu pasal Shaklee memang saya korek lagi pasal brand ni. DIpendekkan cerita finally saya decide ambil try vitamin Shaklee untuk kehamilan.

    Apa yang ada dalam set kehamilan Shaklee?

    Ingat lagi entri saya saya cerita nutrisi yang mommies dan baby perlukan semasa mengandung? Dalam entri tu, saya cerita nutrisi yang mesti cukup masa mengandung mengikut cadangan pakar nutrisi. Dan berpandukan itu, saya pilih set kehamilan Shaklee yang melengkapi semua nutrisi untuk ibu dan baby.

    ☘️Vita-Lea Iron Formula
    Ni merupakan multivitamin dari Shaklee. Ada kandungan zat besi. Zat besi ni sangat baik untuk penghasilan sel darah merah. Masalah HB yang drop dalam kalangan ibu hamil disebabkan kekurangan zat besi.

    ☘️B-Complex
    Dalam B-complex Shaklee ada kandungan asid folik. Asid folik ni sangat disarankan untuk ambil 3 bulan sebelum hamil. Masa mengandung, asid folik diperlukan untuk elak neural tubular disease. Senang cakap asid folik ni bantu sarar tunjang yang sihat.

    ☘️Sustained Release Vita-C Plus
    Vitamin ni terkenal orang panggil Vitamin C Shaklee. Vitamin C yang menyokong fungsi zat besi dalam penghasilan sel darah merah. Vitamin C juga bantu ibu mengandung tingkatkan sistem imun.

    ☘️Ostematrix
    Masa mengandung NA, saya tidak boleh telan susu kehamilan tu. Tapi saya risau sumber kalsium jadi kurang sebab pertumbuhan tulang baby dalam rahim perlukan kalsium dan akan guna kalsium ibu. Kalau sumber kalsium ibu berkurang, ada kemungkinan ibu boleh osteoporosis di kemudia hari. Nauzubillah! Sebab tu saya mabil Ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.

    ☘️Omega Guard
    Masa trimester kedua, pertumbuhan otak baby sangat cepat. Sebab itu asid lemak omega-3 (EPA & DHA) diperlukan. Omega Guard ni mengandungi sumber DHA dan EPA dari minyak ikan yang tulen. Yang bestnya jika saya bandingkan kandungan asid lemak minyak ikan Omega Guard ni dengan minyak ikan brand lain, kepekatan asid lemak Omega Guard yang terbaik!

    ☘️ESP
    ESP ni serbuk protein dari soya bukan GMO. Protien penting untuk pembentukan tisu malah sel kita pun dari protein. Sel dan tisu yang sihat dalam badan bayi bergantung pada protein yang cukup. Saya pilih mabil sumber protein dari tumbuhan (soya) sebab rendah lemak dan lebih selamat untuk jangka masa panjang.


    Apa Shaklee Effect masa saya amalkan Set Kehamilan Shaklee?

    Saya memang perasan saya lebih bertenaga selepas dua minggu amalkan multivitamin Shaklee, sebab tu saya top up vitamin lain dalam set pranatal Shaklee. Antara Shaklee effect yang saya rasa dan alami:

    🌸l Rasa bertenaga walaupun workload bertimbun
    Waktu mengandungkan NA, saya masih bekerja di ofis sehingga trimester kedua. Workload saya memang tahap saya selalu stress dan menangis. Paling teruk saya selalu migrain. Selepas saya amalkan set kehamilan Shaklee, saya boleh rasa saya kurang stress dan bertenaga buat kerja di ofis. Balik rumah masih mampu melayan AN yang baru setahun lebih waktu. Umur yang aktif untuk explore sekeliling dan parents dia pun kena selalu bertenaga hehe

    🌸l Morning sickness saya terkawal
    Surprisingly, saya morning sickness pregnant NA. Bagi saya kejutanlah sebab tiga kandungan sebelum ni saya tiada morning sickness hehe
    Paling saya sedih, saya craving kuih muih tradisional. Pagi-pagi sebelum masuk ofis sempat beli sambil mengunyah hidupkan PC dalam ofis hehe. Yang sedihnya lepas semangat habiskan kuih muih tu, saya akan muntahkan sebab mual. Ya saya mual lepas makan bukan sebelum makan.
    Tapi bila saya makan B complex dan Peppermint Ginger Plus, saya perasan morning sickness saya berkurang. Eh ada kajian tau vitamin B bantu kurangkan morning sickness, jangan tidak tahu!

    🌸l Kulit muka saya semakin sihat
    Termasuk pregnant NA, saya dah 4 kali pregnant. Semua pengalaman pregnant mesti kulit breakout. Masa trimester pertama pregnant-kan NA mula risau sebab jerawat mula datang. November saya mula makan Vitamin C Shaklee. Paling ingat, jerawat timbul beberapa hari sebelum majlis konvo. Jerawat pula atas bibir kanan. Kalau ambil gambar confirm nampak tapi surprisingly masa hari konvo jerawat tu tiada dah. Kecut tanpa kesan. Yahuuu rasa happy masa tu hehe

    Sepanjang pregnant masuk trimester kedua hingga ketiga ramai kawan-kawan dan family perasan kulit saya sihat, cerah dan glowing. Siapa yang tidak suka kan hehe

    ✅l Tiada sembelit
    ✅l Bacaan hb saya tidak seteruk kehamilan dulu
    ✅l Tekanan darah saya terkawal
    ✅l Kurang sangat rasa sakit pinggang, kaki mahupun belakang

    Sejujurnya, sepanjang pregnant NA saya sangat enjoy walaupun saya ada banyak risiko sebab history kesihatan lalu. Saya enjoy sebab saya baca banyak info parenting, pregnancy, kesihatan dan paling penting saya lebuh sihat berbanding 3 kandungan sebelum ini.

    Kalau mommies yang tengah pregnant atau bercadang untuk pregnant perlukan info dan suggestion, boleh direct contact saya dengan klik gambar di bawah. Gambar akan direct ke whatsapp saya.




    Thank you sudi baca.

    Luv,
    Nija
    Momster Cantik
    Continue Reading

     Salams & hi.

    Vitalea antara vitamin Shaklee yang saya beli dan makan. Niat asal untuk cukupkan bekalan vitamin dalam badan memandangkan saya dapat tahu saya pregnant-kan NA. Saya juga mahu multivitamin yang dapat bantu saya overcome keletihan menghadapi workload yang selalu buat saya stress dalam ofis.

    Saya google. Yep memang google jalan pintas untuk dapat info kan zaman sekarang. Kata semua di hujung jari. So, hasil saya meng-google tu rata-rata highlight multivitamin Shaklee; VITA-LEA.

     

    Saya google pula pengedar Shaklee yang ada sekitar Kota Kinabalu sebab saya prefer yang senang untuk buat delivery dan kalau boleh cash on delivery. Then saya terjumpa blog dan facebook Master Aya Chalo. Dipendekkan cerita, saya register sebagai ahli di bawah Master Aya sebagai upline.

    Memandangkan bulan tu (Oktober 2015) promo sempena 100 tahun kelahiran Vita-Lea ni, bolehlah dapat free dengan apa juga pembelian produk Shaklee. Saya baru mengandung waktu tu tanya Master Aya produk mana baik untuk early pregnancy, beliau syorkan SET PRENATAL SHAKLEE. Tapi saya kata saya tidak mahu ambil serentak risau badan tidak dapat terima. Tahulah kan badan orang berisi ni lain sikit hehe

    So, saya decide beli B-Complex dan dapatlah free Vita-Lea. Kenapa B-Complex? Sebab B-Complex ada asid folik. Asid folik ni bagus untuk kandungan yang masih baru (early pregnancy).

    Apa kesan Vita-Lea dengan saya?
    Minggu pertama saya keluar tahi mata yang banyak. Saya tidak perasan mula-mula tapi saya perasan bila saya tengok cermin mesti ada tahi mata. Walaupun saya sudah bersihkan, beberapa lama kemudian bila saya tengok cermin lagi mesti ada lagi tahi mata. Saya ingat saya sakit mata (red eyes). Tapi mata tidak merah. Then saya baru teringat upline saya ada sebut pasal HEALING CRISIS. Saya google. Tahu tidak apa maksud healing crisis tahi mata keluar banyak tu?

    “Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan”

    Hah badan banyak toksin rupanya. Kan fungsi hati lemah katanya. Hati organ yang tapis toksin dalam badan kita tau. Bila fungsi hati lemah of course toksin berkumpul dalam badan. Nasiblah makan Vita-Lea ni tunjuk apa yang jadi dalam badan. Buktinya badan respon dengan mutlivitamin yang saya makan. Kalau tidak respon masakan ada tindakbalas krisis penyembuhan (healing crisis) tu kan?

    Dan saya teruskan makan secara konsisten. Dalam hati waktu tu, sayang wei kalau tidak makan betul-betul sebab bukan senang dapat free hehe

    Bila saya amalkan secara konsisten, saya perasan saya semakin bertenaga. Sebelum makan Vita-Lea badan saya selalu lembik dan lemas akibat pregnant. Pregnant kali ni cepat buat saya penat dan stress. Bayangkan pukul 7 lebih saya sudah sampai ofis. Dengan malam kadang-kadang tidur tidak nyenyak sebab AN minta susu. Lepas tu kena bangun awal. Sampai ofis pula mual-mual. Sudahlah morning sickness, bebanan kerja pun buat saya letih. Sampai rumah mesti maghrib. Belum terlayan sangat AN, saya tidurkan dia siap saya pun tertidur sama.

    Sedih bila teringat berapa sangat masa saya spend dengan AN waktu tu.

    Yang paling saya suka dan rasa WOW dengan Vita-Lea ni sebab bacaan hb saya normal bila konsisten telan Vita-Lea. Masa mengandung AN dulu hb saya rendah. Selalu kena marah nurse KKIA sebab hb rendah. Kali ni mengandung NA bangga juga bila nurse puji hb cantik dan normal. Bacaan hb ni bahaya tau bila rendah atau bawah paras normal. Paling bahaya boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan!
    Saya tertanya-tanya juga kenapa Vita-Lea mampu naikkan bacaan hb saya. Saya belek botol Vita-Lea. Saya nampak ada label IRON FORMULA. No wonder bantu naikkan hb sebab dalam Vita-Lea ada zat besi. Zat besi ni yang bawa oksigen dalam sel darah merah kita.

    Macam manalah saya tidak yakin pada multivitamin Shaklee ni sedangkan satu demi satu manfaat yang saya dapat bila telan multivitamin yang sudah berusia lebih 100 tahun!

    Kenapa saya pilih Multivitamin Shaklee?
    Banyak kan brand multivitamin di pasaran. Pergi farmasi atau pergi Watson/Guardian pun boleh tengok few brand multivitamin. Jadi kenapa saya pilih brand Shaklee? Sebab Shaklee guarantee yang vitamin Shaklee ni Selamat, Berkesan dan Mesra Alam. Selamat sebab vitamin Shaklee dibuat daripada bahan semulajadi. Setiap bahan yang digunakan pula melalui beratus ujian untuk dipastikan bahan tersebut selamat untuk manusia. Saya yakin berkesan sebab saya dah rasa perubahan selepas makan vitamin Shaklee.

    Saya tambah yakin bila dapat tahu vitamin Shaklee ni ada Landmark Study. Landmark study atau Kajian Unggul ni dibuat untuk menguji keberkesanan vitamin tu pada manusia. Bukan calang-calang kaedah dan sampel kajian digunakan. Orang yang terlibat sebagai sampel kajian adalah merekay yang telah makan vitamin Shaklee lebih 20 tahun. Iya dua puluh tahun! Kalau nak kata result bias pada Shaklee tidak mungkin sebab hasil kajian turut dipantau oleh pihak ketiga (pihak luar yang langsung tiada kaitan dengan Shaklee).

    Satu-satunya syarikat nutrisi yang berani buat Kajian Unggul ni Shaklee tau. Sebab tu Shaklee berani guna moto Always Safe, Always Works, Always Green (Selamat, Berkesan dan Mesra Alam). Nanti saya buat entri khas pasal Landmark Study ni ya *senyum.

    Dah nama natural multivitamin kan of course:

     


    Tiada perasa, pemanis, pewarna ataupun preservatives tambahan.

    #notakaki
    Kenapalah saya tak jumpa Vita-Lea ni masa mengandungkan AN dulu? Penat tau kena asak suruh makan hati ayam. Saya geli makan organ binatang tapi TERPAKSA sebab hb rendah boleh ancam nyawa baby dalam kandungan nauzubillah!

    #notakakilagi
    Untuk yang ada masalah hb rendah, recommended ambil Vita-Lea bersama Vitamin C Shaklee sebab vitamin C bantu penyerapan zat besi secara optimum. No wonder ubat tambah darah yang doktor bagi advisable minum dengan jus oren.


    Yours truly,
    Mommy Cantik
    Nowa Mommy 🤗

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top