Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Saya lahirkan NA pada tahun 2016 adalah pengalaman yang mencabar. Kenapa mencabar? Sebab saya kena berpantang sendiri dan menguruskan AN yang baru berumur setahun lebih waktu tu. Berpantang sendiri maksudnya tiada helper atau pembantu.





    Walaupun saya ada dua orang mak namun kedua-dua Mak saya ada kekangan untuk menjaga saya selama 44hari berpantang. Mak saya yang satu warded kerana tidak sihat manakala Mak saya yang satu lagi hanya sempat menjaga saya selama seminggu kerana masih bekerja dan perlu menjaga nenek yang tidak sihat.

    Mujur saya pilih set berpantang yang tepat dan terbaik untuk keadaan saya waktu tu.

    Saya pilih set pantang yang amat mudah untuk di ambil dan disediakan. Awal-awal lagi saya memang decide untuk pilih set pantang yang mudah disebabkan fikir usia AN yang masih berkepit dengan saya setiap masa.

    Kemudian saya ambil kira pula kos set pantang yang saya pilih. Saya teliti banyak brand set pantang di pasaran dan rata-rata memang dihasilkan khas untuk tempoh berpantang sahaja.

    Saya terfikir kemungkinan akan berlaku pembaziran kalau habis berpantang, set tu tidak habis. Kemudian kalau ditakdirkan saya bersalin secara pembedahan atau caesarean adakah set pantang tu sesuai untuk saya gunakan? Kalau set pantang tu hanya sesuai untuk yang bersalin normal nahhh satu pembaziran lagi kan?

    Akhirnya saya pilih Set berpantang Shaklee. Sebelum decide ambil set ni, banyak juga saya baca pengalaman dan info pasal setiap produk dalam Set postnatal Shaklee. Ya lahhh saya mana suka kalau main beli saja. Saya perlukan info lengkap!





    Antara sebab saya pilih Set berpantang Shaklee:
    1. MUDAH disediakan dan di ambil. Tidak perlu dimasak atau dibancuh dengan bermacam campuran melainkan ESP yang dibancuh mudah dengan hanya air suam.
    2. Bukan hanya ketika berpantang sahaja, setiap produk dalam Set berpantang Shaklee boleh di makan selepas berpantang sebagai vitamin kesihatan harian.
    3. JIMAT. Ya rata-rata kuantiti produk dalam Set bersalin Shaklee bukan hanya sebulan malah ada yang 4 hingga 6 bulan! 
    4. BERBALOI. Apa tidak berbaloi Kalau produk dalam set berpantang Shaklee ni semua boleh diamalkan sejak mengandung (kecuali ada satu produk sahaja tidak disarankan ambil masa mengandung). Kenapa boleh diamalkan sejak hamil? Sebab produk dalam Set pantang ni adalah vitamin dah mineral yang badan kita perlu bila mengandung.
    5. Set pantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin normal dan pembedahan. Saya memang mahu bersalin normal tapi saya tidak boleh tolak Kalau ada komplikasi bersalin cser kan so saya kena pilih Set pantang yang boleh untuk kedua-dua keadaan.
    6. Kebanyakkan set pantang di pasaran hanya untuk ada kebaikan untuk Ibu yang berpantang, tetapi set pantang Shaklee ni boleh bagi manfaat kesihatan untuk baby juga sebab nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap hari.

    Walaupun ada yang kata Set ni agak mahal untuk set yang lengkap, tapi bagi saya Set ni terbaik sebab bagi banyak manfaat dari segi cara pengambilan, jimat jika dicongak teliti (nanti saya tunjuk contoh) dan manfaat pada baby dan Ibu. Pengalaman saya sendiri, saya menabung tau untuk lengkapkan Set ni. Beberapa bulan sebelum bersalin saya memang dah mula beli sikit-sikit sebab produk dalam Set ni boleh beli secara loose atau satu-satu.

    Sebab tu Kalau ada kawan-kawan yang minta pendapat sebab bajet yang sedikit, saya sangat galakkan beli sikit-sikit dulu sampai dapat full set sebelum bersalin. Jadi by the time korang bersalin, lengkap dah set pantang.

    Apa yang saya rasa guna Set pantang ni?
    ✅saya cepat recover apalagi saya tiada jahitan walaupun bersalin normal.
    ✅saya bertenaga untuk handle dua orang anak serentak.
    ✅saya tiada sembelit dan rasa sakit bengkak susu mudah saya lega dan hilangkan.
    ✅berat saya cepat sangat turun. Dua minggu saya turun 12kg!
    ✅kulit muka saya nampak pinkish dan segar (raya 2016 saya masih dalam tempoh berpantang dan ramai tegur saya aktif dan nampak segar malah terkejut saya masih dalam pantang)
    ✅tahap stress saya dapat saya kawal walaupun pada awal berpantang sendiri hampir saya ke arah meroyan!



    Gambar atas ni adalah perbandinga wajah saya selepas pantang. Shawl pink tu selepas lahirkan AN (anak pertama), tudung pink pula selepas lahirkan NA (anak kedua dan gunakan Set berpantang Shaklee).




    Bila saya upload gambar selfie dalam pantang ramai kawan-kawan tegur muka nampak fresh dan macam bukan dalam pantang 🙈
    Apa yang ada dalam Set pantang Shaklee?
    ☘️ESP 
    Yang ini lah yang saya kata kena bancuh. Tapi lahai bancuh pun mudah sangat. Just bancuh dengan air suam atau boleh campur horlicks. Saya campur dengan horlicks sumpah meriah sangat air susu! So lucky NA!
    ESP ni bekalkan tenaga segera tau! Siap bantu alas perut sebab rasa kenyang tu panjang.
    ☘️Vita-Lea
    Ni multivitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari. Multivitamin ni antara penyumbang saya bertenaga. Kandungan zat besi dalam ni juga bantu recover kehilangan darah yang banyak masa bersalin sebab zat besi bantu penghasilan sel darah merah.
    ☘️ B Complex
    Hahhh yang saya kata saya boleh kawal tahap stress tu dengan bantuan B Compex ni lah. B complex ada kandungan vitamin B yang mengawal emosi kita. Juga ada kandungan asid folik yang mudah diserap. Jangan tidak tahu asid folik ni antara nutrisi yang sangat susah untuk badan serap!
    ☘️ Sustained Release Vita C Plus
    Ini favourite saya hehe
    Selain fungsi yang best untuk kulit sihat dan cantik, vitamin C Shaklee ni bantu tingkatkan sistem imun dan bantu lagi fungsi zat besi hasilkan sel darah merah. Masa berpantang saya tidak diserang demam selesema. Syukur sistem imun jadi kuat!
    ☘️Ostematrix
    This is penyelamat untuk Ibu berpantang sebab bantu melawaskan. Masalah sembelit dengan mak berpantang (maktang) memang selalu tapi sengsara woo! Saya sendiri ada pengalaman sembelit teruk masa pantang 1st baby. Ngeri Ingat balik. Huhu tapi berpantang anak kedua memang lancar saja 😉
    Selain tu, Ostematrix ni pun sebagai sumber kalsium untuk top up kalsium kesihatan tulang kita yang terpaksa di’share oleh baby masa pregnant. Masa berpantang bantu cukupkan kalsium untuk penghasilan air susu. Sakit pinggang atau krem (cramp) masa berpantang juga saya tidak rasa masa amalkan ostematrix semasa berpantang.
    ☘️Omega Guard
    Kalau orang tanya Omega Guard ni untuk apa? Saya kata bantu saya turun berat masa pantang. Dan yang bestnya NA pun dapat manfaat DHA & EPA bila breastfeeding 😉 DHA & EPA sangat penting untuk fungsi otak anak.
    ☘️Alfalfa Complex
    Jika digandingkan dengan Omega Guard, Alfalfa Complex memang tunjuk kesan dari segi detox lembut dan selamat. Alfalfa complex ni highly recommended sebagai milkbooster dan agen detox.

    Ohya saya share la antara pengalaman Ibu berpantang dengan Set ni yang jadi antara sebab saya yakin dengan Set ni:







    Best sangat baca pengalaman ibu yang berpantang dengan Set Shaklee ni. Rupanya bila dah cuba sendiri, saya sendiri cukup enjoy tempoh berpantang saya hehe

    kesan suplemen dan YOUTH

    Harga untuk Set ni?
    👉🏻RM702.72

    Tapi tapi tapi kalau mau harga jauh lebih murah (Jimat RM140 lebih) saya cadangkan better mendaftarlah sebagai ahli Shaklee dalam team NIW sebab ahli NIW rata-rata berpengalaman dalam Set berpantang ni. So mudah untuk dapat info dan share ilmu nutrisi di akan datang.


    Caranya?
    Klik bawah ni nanti direct pada #teamNIW punya founder untuk step mendaftar sebagai ahli dan nikmati harga murah sangat.





    Ok settle dah sharing kali ni. Lega sebab ramai juga kawan-kawan yang bertanya saya tentang set Pantang yang saya guna bila tengok gambar-gambar saya yang nampak macam bukan dalam pantang 😊

    Love,
    Nija
    #momstercantik suka sharing





    Continue Reading

     Salams & hi.

    Vitalea antara vitamin Shaklee yang saya beli dan makan. Niat asal untuk cukupkan bekalan vitamin dalam badan memandangkan saya dapat tahu saya pregnant-kan NA. Saya juga mahu multivitamin yang dapat bantu saya overcome keletihan menghadapi workload yang selalu buat saya stress dalam ofis.

    Saya google. Yep memang google jalan pintas untuk dapat info kan zaman sekarang. Kata semua di hujung jari. So, hasil saya meng-google tu rata-rata highlight multivitamin Shaklee; VITA-LEA.

     

    Saya google pula pengedar Shaklee yang ada sekitar Kota Kinabalu sebab saya prefer yang senang untuk buat delivery dan kalau boleh cash on delivery. Then saya terjumpa blog dan facebook Master Aya Chalo. Dipendekkan cerita, saya register sebagai ahli di bawah Master Aya sebagai upline.

    Memandangkan bulan tu (Oktober 2015) promo sempena 100 tahun kelahiran Vita-Lea ni, bolehlah dapat free dengan apa juga pembelian produk Shaklee. Saya baru mengandung waktu tu tanya Master Aya produk mana baik untuk early pregnancy, beliau syorkan SET PRENATAL SHAKLEE. Tapi saya kata saya tidak mahu ambil serentak risau badan tidak dapat terima. Tahulah kan badan orang berisi ni lain sikit hehe

    So, saya decide beli B-Complex dan dapatlah free Vita-Lea. Kenapa B-Complex? Sebab B-Complex ada asid folik. Asid folik ni bagus untuk kandungan yang masih baru (early pregnancy).

    Apa kesan Vita-Lea dengan saya?
    Minggu pertama saya keluar tahi mata yang banyak. Saya tidak perasan mula-mula tapi saya perasan bila saya tengok cermin mesti ada tahi mata. Walaupun saya sudah bersihkan, beberapa lama kemudian bila saya tengok cermin lagi mesti ada lagi tahi mata. Saya ingat saya sakit mata (red eyes). Tapi mata tidak merah. Then saya baru teringat upline saya ada sebut pasal HEALING CRISIS. Saya google. Tahu tidak apa maksud healing crisis tahi mata keluar banyak tu?

    “Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan”

    Hah badan banyak toksin rupanya. Kan fungsi hati lemah katanya. Hati organ yang tapis toksin dalam badan kita tau. Bila fungsi hati lemah of course toksin berkumpul dalam badan. Nasiblah makan Vita-Lea ni tunjuk apa yang jadi dalam badan. Buktinya badan respon dengan mutlivitamin yang saya makan. Kalau tidak respon masakan ada tindakbalas krisis penyembuhan (healing crisis) tu kan?

    Dan saya teruskan makan secara konsisten. Dalam hati waktu tu, sayang wei kalau tidak makan betul-betul sebab bukan senang dapat free hehe

    Bila saya amalkan secara konsisten, saya perasan saya semakin bertenaga. Sebelum makan Vita-Lea badan saya selalu lembik dan lemas akibat pregnant. Pregnant kali ni cepat buat saya penat dan stress. Bayangkan pukul 7 lebih saya sudah sampai ofis. Dengan malam kadang-kadang tidur tidak nyenyak sebab AN minta susu. Lepas tu kena bangun awal. Sampai ofis pula mual-mual. Sudahlah morning sickness, bebanan kerja pun buat saya letih. Sampai rumah mesti maghrib. Belum terlayan sangat AN, saya tidurkan dia siap saya pun tertidur sama.

    Sedih bila teringat berapa sangat masa saya spend dengan AN waktu tu.

    Yang paling saya suka dan rasa WOW dengan Vita-Lea ni sebab bacaan hb saya normal bila konsisten telan Vita-Lea. Masa mengandung AN dulu hb saya rendah. Selalu kena marah nurse KKIA sebab hb rendah. Kali ni mengandung NA bangga juga bila nurse puji hb cantik dan normal. Bacaan hb ni bahaya tau bila rendah atau bawah paras normal. Paling bahaya boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan!
    Saya tertanya-tanya juga kenapa Vita-Lea mampu naikkan bacaan hb saya. Saya belek botol Vita-Lea. Saya nampak ada label IRON FORMULA. No wonder bantu naikkan hb sebab dalam Vita-Lea ada zat besi. Zat besi ni yang bawa oksigen dalam sel darah merah kita.

    Macam manalah saya tidak yakin pada multivitamin Shaklee ni sedangkan satu demi satu manfaat yang saya dapat bila telan multivitamin yang sudah berusia lebih 100 tahun!

    Kenapa saya pilih Multivitamin Shaklee?
    Banyak kan brand multivitamin di pasaran. Pergi farmasi atau pergi Watson/Guardian pun boleh tengok few brand multivitamin. Jadi kenapa saya pilih brand Shaklee? Sebab Shaklee guarantee yang vitamin Shaklee ni Selamat, Berkesan dan Mesra Alam. Selamat sebab vitamin Shaklee dibuat daripada bahan semulajadi. Setiap bahan yang digunakan pula melalui beratus ujian untuk dipastikan bahan tersebut selamat untuk manusia. Saya yakin berkesan sebab saya dah rasa perubahan selepas makan vitamin Shaklee.

    Saya tambah yakin bila dapat tahu vitamin Shaklee ni ada Landmark Study. Landmark study atau Kajian Unggul ni dibuat untuk menguji keberkesanan vitamin tu pada manusia. Bukan calang-calang kaedah dan sampel kajian digunakan. Orang yang terlibat sebagai sampel kajian adalah merekay yang telah makan vitamin Shaklee lebih 20 tahun. Iya dua puluh tahun! Kalau nak kata result bias pada Shaklee tidak mungkin sebab hasil kajian turut dipantau oleh pihak ketiga (pihak luar yang langsung tiada kaitan dengan Shaklee).

    Satu-satunya syarikat nutrisi yang berani buat Kajian Unggul ni Shaklee tau. Sebab tu Shaklee berani guna moto Always Safe, Always Works, Always Green (Selamat, Berkesan dan Mesra Alam). Nanti saya buat entri khas pasal Landmark Study ni ya *senyum.

    Dah nama natural multivitamin kan of course:

     


    Tiada perasa, pemanis, pewarna ataupun preservatives tambahan.

    #notakaki
    Kenapalah saya tak jumpa Vita-Lea ni masa mengandungkan AN dulu? Penat tau kena asak suruh makan hati ayam. Saya geli makan organ binatang tapi TERPAKSA sebab hb rendah boleh ancam nyawa baby dalam kandungan nauzubillah!

    #notakakilagi
    Untuk yang ada masalah hb rendah, recommended ambil Vita-Lea bersama Vitamin C Shaklee sebab vitamin C bantu penyerapan zat besi secara optimum. No wonder ubat tambah darah yang doktor bagi advisable minum dengan jus oren.


    Yours truly,
    Mommy Cantik
    Nowa Mommy 🤗

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top