Tips Bawa Anak Bermain di Playground

10:03 am





Playground zaman sekarang sumpah best! Ada yang outdoor dan ada yang indoor. Outdoor selalunya kawasan perumahan dan pantai. Indoor pula ada dalam shopping mall dan restoran fast food. Ehh ada juga yang buat playground dalam kawasan rumah. Lucky you halaman rumah luas boleh buat playground untuk anak-anak.

Saya dulu takut bawa anak pergi playground. Tipikal sindrom mak-mak kan risau anak jatuh katanya hehe! Janganlah jadi overprotective 🙈

Then saya realised yang bawa anak-anak pergi playground ialah salah satu cara anak-anak mingle up with friends. Kira macam aktiviti bersosial gitu.

Walaupun mulanya risau tapi saya kena lawan perasaan tu sebab perkembangan anak-anak perlukan ransangan bergaul dengan kawan-kawan sebaya macam yang pakar sarankan 
Bawa Anak Keluar Untuk Bantu Ransangan Untuk Berkembang

Then hujung tahun lepas saya mula kerap bawa AN & NA pergi playground. AN memang lepas dia main dengan budak lain, NA belum lagi sebab waktu tu dia belum berjalan kan.

So sepanjang saya bagi lepas anak ni banyak benda juga yang saya belajar sebagai parents. Sebenarnya saya dan suami selalu discuss benda yang melibatkan perkembangan AN & NA.

Here it is, tips bila bawa anak-anak pergi playground:

🔴 Pastikan masa yang sesuai
Minggu lepas, saya dengan suami bawa AN & NA pergi outdoor playground. Masa tu almost 5 pm dah rasanya. Kitaorang keluar dari tempat tu dah maghrib and too bad hujan. 

Then few days later AN & NA demam. Kami terfikir takkan sebab hujan lepas tu maghrib masa balik tu? Sebenarnya timing pun penting. Please jangan bawa anak pergi playground kalau hari hujan. Even hari panas pun BIG NO! 

Kalau mahu bawa pergi outdoor playground boleh bawa sebelah pagi atau petang dengan syarat bukan hari hujan. Kalau indoor playground cuaca apa pun ok 😉

🔴Pastikan kawasan selamat
Macam saya kata tadi saya takut bila fikir keselamatan anak so perkara utama dan super duper penting ialah pastikan playground tu selamat. 

Selamat dari apa? Selamat dari bahaya contohnya benda tajam, kawasan air, parit/longkang dan jalan raya. Antara kriteria yang patut kita ambil peduli ialah lantai playground tu jenis totally simen atau ada carpet yang menyerap hentakan. Risau anak jatuh boleh cedera teruk.

Lagi satu kita juga mahu playground tu selamat dari ancaman seperti penculikan (nauzubillah) dan anak hilang. So kena pastikan playground tu juga tiada kawasan yang buat parents susah nampak anak-anak.

🔴Pastikan kawasan selesa 
Selesa maksudnya pengudaraan dan pencahayaan juga kemudahan yang ada di sekitar playground.

Please jangan bawa anak-anak pergi playground yang pengudaraan dan pencahayaan teruk. Bayangkan kalau ramai budak masa tu dan kita maklum budak-budak ada possibility tolak dan berhimpit bila too excited bermain, boleh jadi anak-anak susah bernafas dan ada possibility untuk jatuh lepas tu cedera sebab udara tidak cukup dan kawasan gelap.

Sebagai parents, paling lega kalau ada tandas berdekatan bila anak tiba-tiba mengadu buang air besar. Ya lah budak kan terkadang tu syok main baru perasan dah terberak hehe

Habis tu takkan bawa anak balik sedangkan anak baru main 5 minit. Kalau mahu tengok anak mengamuk try-lah 😊
Hah kena pastikan ada bawa diaper tau. Jangan bawa anak keluar tanpa persediaan.

Selain toilet, ada kedai yang menjual makanan dan minuman pun recommended sebab anak-anak ada masanya berlari ke arah mak ayah "mak, haus". Lagi haru mengadu lapar. Ya lah bermain tu guna tenaga sebab tu cepat lapar dan haus.

Tapi kalau jenis suka bawa air dan makanan dari rumah lagi better. Sihat pun sihat. Kita sebagai parents lagi tahu kebersihan dan nutrisi makanan rumah. Paling best boleh elak anak makan junk food kan? 

🔴Patuhi peraturan kawasan playground
Saya perasan dan saya yakin parents lain pun perasan yang indoor playground ada penjaga. Once ada penjaga maksudnya ada peraturan. Kalau yang outdoor selalunya open dan tidak ada peraturan yang spesifik.

Sebagai ibu bapa kena pastikan kita ibu bapa dan anak-anak patuhi peraturan. Bukan kata anak saja kena ikut peraturan, mak ayah bebas buat suka hati. Big no! Kita kena faham dan akur playground ni ada maintenance-nya untuk manfaat pengunjung terutama sekali anak kecil kita juga.

Antara peraturan yang saya selalu jumpa bila bawa AN & NA pergi indoor playground:
ada bayaran masuk (ikut had umur)
mesti ada parents/penjaga (jangan pula anak main di dalam, kau pergi shopping sebab playground tu dalam mall).
guna stoking. Bukan anak sahaja malah parents/penjaga sekali. Kalau tidak bawa kena belilah kan jawabnya.
no outside food. Kalau dah terang-terang kata tidak boleh bawa masuk makanan janganlah degil. Bawa makanan nanti anak makan minum tumpah karang ada semut pula. Kalau air tumpah karang ada budak tergelincir. Habisssss

🔴Ajar anak bergaul dengan beradab
Part ini saya sangat terkesan. Sebab pernah beberapa kali saya dan suami nampak budak yang sangat kurang beradab masa bermain. Selamba tolak budak lain. Selamba baling benda kena kepala budak lain. Part yang menampar siap mencubit tu pantang betul! 

Iya saya faham mak ayah ni ada alasan klise "biasalah tu budak kecik"
TAPI budak kecil tu belajar dari mana? Dari siapa? Ibu bapa ni role model, kepimpinan melalui teladan betul tidak?

Kalau iya pun budak kecil, bila anak dah buat aksi tidak baik mak ayah tegurlah. Jangan dibiar budak tu dengan aksi gengsternya. Saya paling risau kalau AN main kasar dengan budak lain. Saya laju pergi tegur AN. Kalau saya lambat it's ok abi dia langkah panjang biar cepat haha! Bukan apa saya faham perasaan parents yang anak kena 'buli' oleh budak lain masa kat playground 😉

Paling basic, sebelum sampai playground pesan berulang kali pada anak jangan tolak, pukul kawan lain. Budak ni dia suka repetition. Trust me. Tidak percaya tidak apa, anak awak bukan anak saya huhu

🔴Perhatikan anak selalu
Poin ni ada kaitan juga pada poin sebelum ni. Pernah saya ke satu indoor playground, saya dah rasa lain bila tengok ada parents yang biarkan anak tanpa pantau.

Paling buat saya rasa geram, ada seorang parent tu siap tidur di satu sudut playground tu. Tidur berbaring berbantalkan diaper bag anak. Saya tidak tahu apa alasan beliau. Mungkin bekerja shift malam. Penat barangkali. Tapi kalau penjaga anak beliau tu semata-mata dia seorang macam manalah jika tiba-tiba anak tu jatuh atau di'buli' budak lain? Paling takut kalau ada ambil kesempatan bawa anak keluar. Parent tu sangat nyenyak tidur berjam lamanya. 

Ada pula yang lepaskan anak bermain dan ambil kesempatan. Mentang-mentang ada sudut untuk duduk dan disediakan meja, selamba gunakan masa dan tempat tu untuk buat kerja. Tekan fon. Skrol atas bawah. Buka laptop menaip.

Maaf saya mungkin jenis old school (tidak juga kot sebab saya guna gajet juga hehe), bagi saya kalau bawa anak pergi playground maksudnya spend time dengan anak. No work no gadjet. If this is old school saya rela daripada anak-anak rasa tiada beza bawa pergi playground tanpa family bonding dengan sogokkan gajet untuk elak anak ganggu parents buat kerja.

Kalau sumpah malas pantau anak, bawa sekali amah. Biar amah yang pantau. Tapi jangan hairan anak ber-family bonding dengan amah 😏

Tiada amah? Sebab tiada bajet atau lebih selesa anak besar di tangan kau sendiri? Hah kaulah mak ayah pantau!

🔴Gunakan hand sanitizer 
Okay puas dah anak main? bawa anak keluar dan jangan lupa pakaikan sanitizer. Sanitizer ni macam pencuci tanpa bilas untuk kurangkan kuman yang berjangkit dari melekat di tangan anak. Kawasan yang open dengan ramai orang boleh open to kuman juga ya. 

WAJIB tahu yang sistem imuniti anak masih belum develop sepenuhnya. Bila-bila masa boleh jatuh sakit, bila-bila masa boleh kena jangkitan (nauzubillah). Sebab tu kalau anak kurang sihat better tangguhkan dulu plan bawa anak ke playground.

Mana kena dapatkan sanitizer? Sumpah banyak di supermarket dan drugstores. Ada indoor playground sediakan sanitizer sebelum keluar, parents dan anak-anak boleh guna for free. Saya bagi contoh saya punya yang saya beli di Watson:


Ok harapnya bermanfaatlah 7 tips bila bawa anak pergi playground ni untuk saya dan harapnya berguna untuk parents lain juga. Saya ulang ini perkongsian peribadi. Bukan kata ni SOP untuk ibu bapa didik anak. Sebab parenting ni bukan pencapaian tau tapi perjalanan 😊

Pesan saya juga tengoklah anak mu saat dia melompat riang berjaya menggelongsor dari papan gelongsor, di saat dia tersenyum manis ada kawan baru dan jangan saat melihatmu, kau tengah perhati gajet 😔

Hargai bonding-time kalian 😍

❤️,
Momster Neej yang suka tengok mommies dalam playground jaga anak maka jomlah jadi kawan hihi

#momsterneej #nijabagitips #nijasukasharing

You Might Also Like

0 comments