Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Selepas breakout tahun lepas, MomsterCantik perasan parut jerawat sebelah kanan nampak tak cantik sebab tekstur kulit jadi tidak smooth. Lebih dalam dan berlekuk berbanding pipi sebelah kiri. Rupanya lagi ramai orang hadapi masalah parut berlekuk ni malah ada yang lebih dalam dan bertahun-tahun.

    Semestinya parut jerawat berlekuk ni terjadi selepas muka di tumbuhi jerawat. Parut berlekuk susah untuk hilang disebabkan Kulit asal telah digantikan dengan parut yang keras dan tebal. MomsterCantik ada terbaca satu dermatologis menyatakan parut jerawat terjadi disebabkan kekurangan kolagen dan elastin. Dua benda ni pula berada di bawah lapisan kulit. Disebabkan itu krim biasa atau apa-apa produk pengelupasan kimia agak tidak membantu sebab hanya bertindak di atas permukaan kulit sedangkan masalah utama dari dalam kulit.

    tips penjagaan mata

    MomsterCantik happy to share beberapa cara atasi masalah parut jerawat berlekuk ni.

    🌸 Rawatan Filler
    Rawatan ini adalah dengan cara pengisian dibuat pada kulit menggunakan filler supaya kulit nampak segar, kurang berparut dan berlekuk. Kalau tidak silap rawatan filler menggunakan suntikan.

    🌸 Rawatan Laser
    Mampu meratakan kawasan kulit dan merangsang kulit untuk hasilkan kolagen dari bawah kulit. Rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi untuk dapat hasil kulit yang tegang, parut kurang dan pori mengecil. Memerlukan penjagaan selepas sesi rawatan.

    🌸 sapuan minyak vitamin E
    Lakukan pada malam hari supaya minyak masuk sehingga lapisan bawah kulit.

    🌸 Suplemen vitamin C
    Penting untuk penghasilan kolagen. Boleh juga tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan vitamin C

    🌸Minyak ikan dan protein
    Untuk menguatkan lagi kulit dari dalam. Minyak ikan membantu redakan keradangan (jangan tak tahu parut jerawat tu disebabkan keradangan disebabkan jerawat) manakala protein pula binaan asas sel kulit kita. Sebab tu kena cukup protein untuk bantu kulit kita lebih sihat.

    Rawatan laser dan filler MomsterCantik tak pernah buat setakat ni. Yang lain tu memang MomsterCantik buat. Sapuan vitamin E tu dulu serius banyak membantu  dan MomsterCantik seiringkan dengan pengambilan vitamin C dan minyak ikan. 

    Ohya ada satu lagi cara yang sangat membantu masalah parut berlekuk ni malah parut berlekuk yang dalam dan penuh satu pipi malah bertahun-tahun pun boleh improve tau tekstur kulit dengan satu cara ni.

    Next sharing MomsterCantik share ya dan sekali tunjuk muka-muka yang dah nampak kesan dengan cara ni. Serius memang ketara perubahan. Cara ni ibarat hope atau harapan untuk mereka yang dah lama cari jalan kurangkan parut berlekuk ni dan tak mustahil hilangkan terus parut tau!


    Jom hilangkan parut!
    Nija
    MomsterCantik

    Continue Reading
    Saya lahirkan NA pada tahun 2016 adalah pengalaman yang mencabar. Kenapa mencabar? Sebab saya kena berpantang sendiri dan menguruskan AN yang baru berumur setahun lebih waktu tu. Berpantang sendiri maksudnya tiada helper atau pembantu.





    Walaupun saya ada dua orang mak namun kedua-dua Mak saya ada kekangan untuk menjaga saya selama 44hari berpantang. Mak saya yang satu warded kerana tidak sihat manakala Mak saya yang satu lagi hanya sempat menjaga saya selama seminggu kerana masih bekerja dan perlu menjaga nenek yang tidak sihat.

    Mujur saya pilih set berpantang yang tepat dan terbaik untuk keadaan saya waktu tu.

    Saya pilih set pantang yang amat mudah untuk di ambil dan disediakan. Awal-awal lagi saya memang decide untuk pilih set pantang yang mudah disebabkan fikir usia AN yang masih berkepit dengan saya setiap masa.

    Kemudian saya ambil kira pula kos set pantang yang saya pilih. Saya teliti banyak brand set pantang di pasaran dan rata-rata memang dihasilkan khas untuk tempoh berpantang sahaja.

    Saya terfikir kemungkinan akan berlaku pembaziran kalau habis berpantang, set tu tidak habis. Kemudian kalau ditakdirkan saya bersalin secara pembedahan atau caesarean adakah set pantang tu sesuai untuk saya gunakan? Kalau set pantang tu hanya sesuai untuk yang bersalin normal nahhh satu pembaziran lagi kan?

    Akhirnya saya pilih Set berpantang Shaklee. Sebelum decide ambil set ni, banyak juga saya baca pengalaman dan info pasal setiap produk dalam Set postnatal Shaklee. Ya lahhh saya mana suka kalau main beli saja. Saya perlukan info lengkap!





    Antara sebab saya pilih Set berpantang Shaklee:
    1. MUDAH disediakan dan di ambil. Tidak perlu dimasak atau dibancuh dengan bermacam campuran melainkan ESP yang dibancuh mudah dengan hanya air suam.
    2. Bukan hanya ketika berpantang sahaja, setiap produk dalam Set berpantang Shaklee boleh di makan selepas berpantang sebagai vitamin kesihatan harian.
    3. JIMAT. Ya rata-rata kuantiti produk dalam Set bersalin Shaklee bukan hanya sebulan malah ada yang 4 hingga 6 bulan! 
    4. BERBALOI. Apa tidak berbaloi Kalau produk dalam set berpantang Shaklee ni semua boleh diamalkan sejak mengandung (kecuali ada satu produk sahaja tidak disarankan ambil masa mengandung). Kenapa boleh diamalkan sejak hamil? Sebab produk dalam Set pantang ni adalah vitamin dah mineral yang badan kita perlu bila mengandung.
    5. Set pantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin normal dan pembedahan. Saya memang mahu bersalin normal tapi saya tidak boleh tolak Kalau ada komplikasi bersalin cser kan so saya kena pilih Set pantang yang boleh untuk kedua-dua keadaan.
    6. Kebanyakkan set pantang di pasaran hanya untuk ada kebaikan untuk Ibu yang berpantang, tetapi set pantang Shaklee ni boleh bagi manfaat kesihatan untuk baby juga sebab nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap hari.

    Walaupun ada yang kata Set ni agak mahal untuk set yang lengkap, tapi bagi saya Set ni terbaik sebab bagi banyak manfaat dari segi cara pengambilan, jimat jika dicongak teliti (nanti saya tunjuk contoh) dan manfaat pada baby dan Ibu. Pengalaman saya sendiri, saya menabung tau untuk lengkapkan Set ni. Beberapa bulan sebelum bersalin saya memang dah mula beli sikit-sikit sebab produk dalam Set ni boleh beli secara loose atau satu-satu.

    Sebab tu Kalau ada kawan-kawan yang minta pendapat sebab bajet yang sedikit, saya sangat galakkan beli sikit-sikit dulu sampai dapat full set sebelum bersalin. Jadi by the time korang bersalin, lengkap dah set pantang.

    Apa yang saya rasa guna Set pantang ni?
    ✅saya cepat recover apalagi saya tiada jahitan walaupun bersalin normal.
    ✅saya bertenaga untuk handle dua orang anak serentak.
    ✅saya tiada sembelit dan rasa sakit bengkak susu mudah saya lega dan hilangkan.
    ✅berat saya cepat sangat turun. Dua minggu saya turun 12kg!
    ✅kulit muka saya nampak pinkish dan segar (raya 2016 saya masih dalam tempoh berpantang dan ramai tegur saya aktif dan nampak segar malah terkejut saya masih dalam pantang)
    ✅tahap stress saya dapat saya kawal walaupun pada awal berpantang sendiri hampir saya ke arah meroyan!



    Gambar atas ni adalah perbandinga wajah saya selepas pantang. Shawl pink tu selepas lahirkan AN (anak pertama), tudung pink pula selepas lahirkan NA (anak kedua dan gunakan Set berpantang Shaklee).




    Bila saya upload gambar selfie dalam pantang ramai kawan-kawan tegur muka nampak fresh dan macam bukan dalam pantang 🙈
    Apa yang ada dalam Set pantang Shaklee?
    ☘️ESP 
    Yang ini lah yang saya kata kena bancuh. Tapi lahai bancuh pun mudah sangat. Just bancuh dengan air suam atau boleh campur horlicks. Saya campur dengan horlicks sumpah meriah sangat air susu! So lucky NA!
    ESP ni bekalkan tenaga segera tau! Siap bantu alas perut sebab rasa kenyang tu panjang.
    ☘️Vita-Lea
    Ni multivitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari. Multivitamin ni antara penyumbang saya bertenaga. Kandungan zat besi dalam ni juga bantu recover kehilangan darah yang banyak masa bersalin sebab zat besi bantu penghasilan sel darah merah.
    ☘️ B Complex
    Hahhh yang saya kata saya boleh kawal tahap stress tu dengan bantuan B Compex ni lah. B complex ada kandungan vitamin B yang mengawal emosi kita. Juga ada kandungan asid folik yang mudah diserap. Jangan tidak tahu asid folik ni antara nutrisi yang sangat susah untuk badan serap!
    ☘️ Sustained Release Vita C Plus
    Ini favourite saya hehe
    Selain fungsi yang best untuk kulit sihat dan cantik, vitamin C Shaklee ni bantu tingkatkan sistem imun dan bantu lagi fungsi zat besi hasilkan sel darah merah. Masa berpantang saya tidak diserang demam selesema. Syukur sistem imun jadi kuat!
    ☘️Ostematrix
    This is penyelamat untuk Ibu berpantang sebab bantu melawaskan. Masalah sembelit dengan mak berpantang (maktang) memang selalu tapi sengsara woo! Saya sendiri ada pengalaman sembelit teruk masa pantang 1st baby. Ngeri Ingat balik. Huhu tapi berpantang anak kedua memang lancar saja 😉
    Selain tu, Ostematrix ni pun sebagai sumber kalsium untuk top up kalsium kesihatan tulang kita yang terpaksa di’share oleh baby masa pregnant. Masa berpantang bantu cukupkan kalsium untuk penghasilan air susu. Sakit pinggang atau krem (cramp) masa berpantang juga saya tidak rasa masa amalkan ostematrix semasa berpantang.
    ☘️Omega Guard
    Kalau orang tanya Omega Guard ni untuk apa? Saya kata bantu saya turun berat masa pantang. Dan yang bestnya NA pun dapat manfaat DHA & EPA bila breastfeeding 😉 DHA & EPA sangat penting untuk fungsi otak anak.
    ☘️Alfalfa Complex
    Jika digandingkan dengan Omega Guard, Alfalfa Complex memang tunjuk kesan dari segi detox lembut dan selamat. Alfalfa complex ni highly recommended sebagai milkbooster dan agen detox.

    Ohya saya share la antara pengalaman Ibu berpantang dengan Set ni yang jadi antara sebab saya yakin dengan Set ni:







    Best sangat baca pengalaman ibu yang berpantang dengan Set Shaklee ni. Rupanya bila dah cuba sendiri, saya sendiri cukup enjoy tempoh berpantang saya hehe

    kesan suplemen dan YOUTH

    Harga untuk Set ni?
    👉🏻RM702.72

    Tapi tapi tapi kalau mau harga jauh lebih murah (Jimat RM140 lebih) saya cadangkan better mendaftarlah sebagai ahli Shaklee dalam team NIW sebab ahli NIW rata-rata berpengalaman dalam Set berpantang ni. So mudah untuk dapat info dan share ilmu nutrisi di akan datang.


    Caranya?
    Klik bawah ni nanti direct pada #teamNIW punya founder untuk step mendaftar sebagai ahli dan nikmati harga murah sangat.





    Ok settle dah sharing kali ni. Lega sebab ramai juga kawan-kawan yang bertanya saya tentang set Pantang yang saya guna bila tengok gambar-gambar saya yang nampak macam bukan dalam pantang 😊

    Love,
    Nija
    #momstercantik suka sharing





    Continue Reading


    Salams and hi.

    Antara banyak-banyak vitamin Shaklee kan, vitamin C Shaklee adalah my favourite. Sebab saya ni seorang beauty conscious jadi padanlah obses dengan vitamin C hehe



     Kulit saya sekarang 😊

     

    Sebelum saya makan vitamin C Shaklee, saya sudah cuba few brands which biarlah saya seorang yang tahu the list sebab saya tidak mahu ada yang terasa sebab seolah-olah buat perbandingan atau kutuk produk orang.

    Kenapa saya ambil vitamin C? Of course untuk cantik. Sebab vitamin C kan sinonim dengan kulit cantik. Tapi sebenarnya kan banyak lagi manfaat vitamin C yang ibarat wira yang tak didendangkan gitu. Siapa sangka vitamin C ni baik untuk sistem imuniti kita? Anndd vitamin C boleh elak gusi berdarah…

    So berbalik pada review saya berkenaan vitamin C. Dua minggu lebih kurang selepas saya consume multivitamin Shaklee, saya beli pula vitamin C. Masa mula-mula search internet pasal vitamin Shaklee ni hairan kenapalah panjang betul nama vitamin C Shaklee ni. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS panjangkan?

    Rupanya itu salah satu kelebihan vitamin C Shaklee. Shaklee guna teknologi pelepasan tertunda maksudnya vitamin C tu bila kita makan, perlahan-lahan dilepaskan dalam badan untuk badan kita serap. Supaya penyerapan secara optimum dan tiada pembaziran berlaku.

    Saya ingat lagi masa saya dapat vitamin C tu beberapa hari sebelum saya punya majlis graduasi. Lagi dua hari saya naik pentas tiba-tiba jerawat saya muncul. Atas bibir pula tu. Spoil betul rasa masa tu. But saya makan vitamin C konsisten dan masa hari konvo tu rasa lupa pasal jerawat saya haha

    Habis majlis tu, on the way balik rumah sempat saya selfie dengan AN. Skrol gallery ada beberapa keping gambar selfie dalam dewan. Baru perasan “eh mana pergi jerawat?” Mustahil juga hilang begitu saja. Ahh mungkin sebab filter dalam hati saya.

    Sampai rumah cuci muka dan bersihkan make up. Saya belek muka sendiri hehe
    Surprisingly jerawat tu kecut. Sangkaanku meleset. Ingatkan jerawat tu akan mula ketara in size. Rupanya kecut. Sambil tidurkan AN, saya google pasal vitamin c Shaklee. Dan banyak juga review vitamin C bantu kecutkan jerawat.

    Untuk pertama kalinya saya buat masker vitamin C. Rasa gatal sikit kulit. Tapi best sebab ada rasa sejuk. Saya tidak tahulah sebab larutkan dalam air ke apa huhu

    Masa kembalikan jubah konvo sempat saya ambil gambar ala-ala post-convo photoshoot (husband jadi photographer hihi). Saya puas hati sangat. Sebab gambar cantik daann parut jerawat tiada. Nadaaa!

    Ohya masa tu saya pregnant NA dan kulit muka saya masa early pregnancy memang macam selalu. Kenapa macam selalu? Saya ada 4 kali pengalaman mengandung (yang first two pregnancies saya keguguran) dan setiap kali mengandung saya akan ada masalah kulit.

    Boleh nampak kan perbezaan antara dua gambar ni.Gambar hamil anak pertama tu jerawat teruk dan gambar beberapa lapisan filter haha. Hamil anak kedua tu tiada filter langsung.



    Tetapi pregnant NA saya cepat dapat solusi. Saya makan vitamin C Shaklee. Jerawats yang mula datang berjemaah sekejap saja singgah sebab ku bendung dengan vitamin C hihi
    Dan sepanjang saya pregnant NA, ramai tegur kulit saya glowing la bersih la cerah la.
    Paling saya suka saya diberikan kesihatan yang lebih baik sepanjang 39 minggu kandungan.

    No filter. Betapa saya enjoy kehamilan kedua ni. Saya jadi yakin mahu selfie hehe



    Masa kandungan masuk 5 bulan kalau tidak silap, super upline saya ada buat satu cabaran. Dalam cabaran tu objektif dia untuk menunjukkan everyone boleh cantik dan berhak cantik bila konsisten makan vitamin C Shaklee with special dosage yang still safe for us.

    Cabaran tu bagus tau sebab dengan cabaran tu saya konsisten dan alhamdulillah saya antara yang rasa perubahan. Sebab cabaran tu juga saya makan vitamin C Shaklee sampai sekarang. Tahun ni masuk tahun kedua saya bersama vitamin C Shaklee which saya impress sebab sebelum ni untuk setia sebegini lama dengan vitamin C adalah mustahil seba saya akan lompat dari satu brand ke satu brand. Sebab apa? Sebab kesan bukan macam yang saya mahu. Eh saya konsisten makan each vitamin C ya so no point to say saya tidak dapat effect sebab saya mengharapkan kesan cepat. Ada satu brand tu saya makan berbotol=botol but kesan tidak sesuai dengan saya.

    Kalau fikir logik pun cemana saya tahan hampir two years kan kalau kesan saya tidak dapat?

    Ohya satu lagi vitamin C ni juga antara faktor bacaan hb saya masa mengandung NA okay. Sebab masa beli vitalea dengan B complex dulu, saya diberitahu kalau mahu hb okay ikhtiar Vitalea bersama vitamin C sebab vitamin C bantu penyerapan zat besi (dalam vitalea ada zat besi).

    Cemana rupa vitamin C Shaklee?
    Okay saya tunjuk yee
    Dalam satu botol vitamin C ni ada 180 biji. Banyakkan. Tahan sehingga 6 bulan pula tu. Jimat duit I hehe
    Warnanya agak perang sikit. One thing for sure tiada pewarna tambahan.

     


    Untuk yang first time tengok mungkin ada yang cakap besarnya tablet vitamin C ni. Saya tidak terkecuali dulu huhu
    Tapi bila saya bandingkan dengan vitamin C dari farmasi sebab masa tu dalam peti ais ada vitamin C dari farmasi hehe, rupanya vitamin C Shaklee ni kecil sikit, So tiada isu tidak boleh telan, Nija saya kata pada diri sendiri.
    Rasa? Masam. Tapi sebab bukan chewable, terus telan so isu tidak boleh telan sebab masa tu tolak tepi! Yang penting ada air dan zappp telan terus hehe

    Cemana saya makan vitamin C ni?
    Pagi-pagi after breakfast saya makan dua biji together with Vitalea. Dan saya kurangkan kafein masa mengandung sebab kafein tidak bagus untuk penyerapan vitamin.

    Ohya vitamin C Shaklee ni vitamin semulajadi bukan sintetik. Dibuat daripada kanji jagung. Sesuai untuk yang ada gastrik. Kan selalunya vitamin C ni dari buah sitrus macam oren. Sitrus boleh undang gastrik sebab asid kan.

    Sepanjang saya makan vitamin C Shaklee rasanya tidak pernah dah gastrik (saya ada sejarah gastrik teruk dulu).

    Saya buat review ni sebab saya tahu ramai yang mahu tahu kan. Saya dulu pun google mahu tau review dari pengguna. Katanya tak mahu review dari penjual. Dan sekarang saya buat reviw sebab Saya pengguna. Pengguna tetap confirm!



    Nija Nowamommy
    Mommy Cantik to AN & NA
    Continue Reading





    Semalam terbaca pasal vitamin C. Kenapa orang perempuan suka makan vitamin C? Orang kata boleh jadi putih makan vitami C. Tapi kalau ikut pengalaman saya, vitamin C mencerahkan bukan memutihkan hehe

    Lalu saya skrol gambar saya ramai-ramai dengan kawan/family dan a’ahhhh baru perasan cerah pula kulit 🤔
    Saya punya kulit agak sawo matang tau dulu. Tapi kerap pula saya kena cakap putih sejak tahun lepas.



    Takut takut orang ingat guna produk pemutih.
    Janganlah orang sangka main injek.

    😫

    Sumpah tiada ok!

    Kalau tanya apa saya makan memang saya mengakulah makan vitamin C.
    Tapi bukan untuk putih. Tidak pernah terlintas pun.

    Niat asal sebab bantu zat besi punya action dalam badan supaya hb normal masa pregnant NA juga kurangkan jerawat masa pregnant NA.

    Tapi sebab rasa serasi, dua tahun lebih dah makan vit c brand Shaklee ni. How time flies kan hehe!

    Dan masa pakar nutrisi bagitau vitamin C sebenarnya boleh cerahkan kulit selain buat kulit kita ada kolagen, saya apalagi... sukalah!

    Told you Nija dan Cantik berpisah tiada!
    Haha!


    Nopeee bukan juga maksud saya cantik tu mesti putih.
    Tapi sebab vit c bantu hasilkan kolagen, kolagen yang buat kulit kita anjal dan sihat jadi kulit cerah tu bonus la juga kan 😉

    Bagi yang belum tahu, vitamin C brand Shaklee ni bukan dari sitrus ya. Tapi dari jagung. So orang gastrik tidak risaulah diserang gastrik. Saya pun ada gastrik, so far belum pernah lagi diserang gastrik makan vitamin C brand Shaklee ni 😊

    macam ni lah vitamin C Shaklee untuk kulit sihat dan cantik


    Satu lagi buat saya amazed dengan vitamin C brand ni ialah satu botol tahan 6bulan! Kalau kira-kira you spend about RM0.57 iyaaaaa 57 sen sajoo untuk sehari.

    Ramai juga kawan-kawan terkejut bila saya sebut harga vitamin C Shaklee ialah RM103.35 sebotol tapi satu botol tu 180 biji. Berbaloi apa! Kebanyakkan vitamin C di pasaran 30 biji 60 biji gitu. So fikirlah mana yang untung 😊

    Ok-lah ok-lah saya tunjuk lagi wanita-wanita yang jadi cerah sebab vitami C Shaklee ni:

    Cerah gebu kulit makan vitamin C Shaklee dengan ESP


    tiada lagi kulit kusam dengan vitamin c dan ESP


    cela dan parut kulit hilang lepas amalkan vitamin Shaklee dan skincare Shaklee


    So rasa mahu beli sendiri guna kad debit atau kad kredit sendiri? Boleh klik ja beli sekarang tu ⤵️

     Beli secara online vitamin C Shaklee


    Eh japppp tapi kan kalau rasa mahu harga yang murah lagi vitamin C Shaklee ni boleh ja Contact saya nanti saya bagi cara beli harga murah selamanya hehe

     beli jimat vitamin Shaklee



    🌸LAGI TIPS
    Hah perasan tidak wanita-wanita cantik dalam testimoni atas tu turut ambil ESP?perasan tidak?

    Ambil dengan ESP Shaklee memang kulit makin gebu! Apa lagi Kalau kulit ada jeragat/pigmentasi... Betul ni!



    Sebab vitamin C Kalau ikutkan tidak stabil untuk fungsi hilangkan pigmentasj. Vitamin C perlukan ‘kawan’ untuk dia pudarkan pigmentasi/jeragat tu. Soya dan liquorice boleh bantu fungsi vitamin C lawan pigmentasi dan cerahkan secara sekata kulit muka kita. ESP Shaklee dari soya non-GMO tau. Sesuailah tu gandingkan dia dengan vitamin C hehe!

    Selain vit C, kena rajin exfoliate kulit juga. Lepas saya breakout tahun lepas, saya makin disiplin jaga kulit muka. Salah satunya, konsisten exfoliate. Saya suka guna scrub yang senang dapat. Dalam blog post saya ada saya bagitau cemana buat scrub guna madu + garam pink Himalayan ⤵️

    baca sini cerita breakout 
    .
    .
    .


    Yeayyy settle abadikan tips kecantikan lagi kali ni. Saya ni suka sangat share bab-bab cantik sebab kalau boleh saya tidak mahu cantik sorang. Benda/pengetahuan yang kita tahu dan tidak sebarkan nanti jadi dosa huhu

    Semoga bermanfaat buat readers yang singgah.

    Salam cantik beramai-ramai,
    Nija
    Momster Cantik.

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top