Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Saya ingat lagi bila saya buat keputusan untuk resign, terdetik juga memang kena struggle after this sebab hanya husband yang akan bekerja.

    Jadi jom MomsterCantik share kenapa bisnes Shaklee ni juga yang MomsterCantik pilih sedangkan banyak lagi peluang biz lain.

    1. saya memang terfikir buat full time biz Shaklee sebab saya ada semua saluran dan tools yang sesuai untuk saya buat bisnes ni secara full time seperti smartphone, internet dan buku nota.

    1. Saya sebolehnya buat bisnes yang tidak perlukan modal untuk saya buat stok sebab saya resign dalam keadaan mengejut tanpa ada saving. Iya tanpa ada saving ya kawan-kawan. Jadi saya start bisnes ni tanpa modal pun unless saya bayar membership RM68.90.

    1. Saya yang sangat mentah dalam dunia bisnes walaupun pernah join MLM lain sebelum ini sangat risau jika saya bergerak secara sendiri tanpa bimbingan. Syukur juga saya masuk dalam team yang sangat supportive. Saya rasa Kalau tiada group ini maybe tahun 2016 saya dah stop buat biz ni.

    1. Saya percaya bila kita guna sendiri produk yang kita jual lebih mudah untuk kita jual. Sebab itu saya makan dahulu vitamin Shaklee kemudian bila saya dah rasa perubahan yang positif, saya decide untuk jual pada orang. Ini akan buat customer trust kita. 

    1. Shaklee walaupun dilanda kontroversi dan isu viral, saya tetap yakin sebab saya tahu syarikat dan produk Shaklee dihasilkan oleh orang yang hebat dan bertauliah. Malah banyak kajian berkenaan Shaklee telah dibuat dan di rekodkan dalam jurnal.

    1. Satu yang buat saya rasa satu kelainan Shaklee adalah pembayaran bonus dan insentif Shaklee dipatenkan dan boleh mencapai tahap infiniti! 

    1. Satu benda yang buat biz Shaklee ni istimewa lagi bila kebanyakkan kelas tentang produk, marketing dijalankan secara online. Offline pun ada tetapi online lebih banyak hasil inisiatif group. Sebab tu saya kata group saya memang best! Bahan marketing pula group saling sharing dan bebas untuk guna bersama.

    Tell me macam manalah MomsterCantik tidak sayang dengan biz ni. Jatuh bangun dalam biz memang ada tapi itu pengalaman berharga sebenarnya. Hahhh itulah 7 sebab kenapa kena pilih biz Shaklee. Ada lagi banyak sebab dan Kalau MomsterCantik gurau satu hari satu malam tak habis gitu hehe

    financial freedom

    Ohya bulan ni group saya cari apprentice untuk saya bimbing dan bantu cari side income. Musim pula nak dekat puasa dan Raya so memang sesuai sangat cari pendapatan sampingan tambah bajet Raya kan 😉

    So siapa yang berminat join #ProjekGajiTghBulan dengan group MomsterCantik #teamNIW boleh klik gambar bawah ni ya:



    Jom biz!
    Nija
    MomsterCantik

    Continue Reading

    Dua minggu lepas, saya terbaca ada seorang mommy bertanya milkbooster dan ramai juga share pasal ESP Shaklee sebagai milkbooster.

    Momster Cantik terus teringat pengalaman minum ESP masa berpantang lepas bersalinkan NA tahun 2016 yang lalu.

    ESP Shaklee ni bukan sahaja sesuai masa berpantang tapi juga sangat recommended untuk di ambil sepanjang kehamilan juga. So bagi saya sangat jimatlah let’s say ESP masa pregnant tu tak habis, boleh saja teruskan ambil masa berpantang.

    Ok la jomlah Momster Cantik cerita apa kebaikan ESP ni untuk berpantang.

    Untuk Ibu
    🌸 sebagai energy booster sepanjang tempoh berpantang
    🌸bantu alas perut sekiranya kerap lapar disebabkan aktiviti penyusuan bayi
    🌸 bantu turunkan berat badan
    🌸 kulit lebih sihat
    🌸 luka bersalin cepat sembuh/kering
    🌸 bantu penghasilan air susu

    Untuk bayi
    🌸 turut dapat manfaat protein untuk tumbesaran
    🌸 mendapat air susu yang berkualiti dan pekat

    Momster Cantik dulu bersalin normal dan breastfeeding baby. So memang masa pregnant tu dah aim kena minum ESP masa pantang. 

    Masa berpantang pula hanya seminggu sahaja Mak jaga pantang lepas tu kena berpantang sendiri sebab suami dah habis cuti, Mak pun kena jaga nenek dan Mak lagi satu pula masuk hospital tidak sihat.

    Kalau difikirkan mencabar dan boleh jadi meroyan kena dalam keadaan baru bersalin kena urus baby baru lahir dan anak sulung yang aktif baru setahun lebih.


    ESP sebagai energy booster

    Ini Momster Cantik tidak nafikan sebab sepanjang berpantang sendiri, Kalau ikutkan energy sepatutnya flat kan sebab mengurus dua anak sekaligus dalam keadaan badan pun baru lepas bersalin.

    Tapi Momster Cantik boleh ada tenaga urus anak-anak dari pagi sampailah malam. Bukan kata langsung takda rehat tapi mostly memang kena gerak sana sini juga unless anak-anak tidur barulah boleh tumpang baring sekali hehe


    Elak rasa lapar

    Paling Momster Cantik ingat ada satu hari tu Momster Cantik sibuk urus anak-anak sampaikan lupa diri sendiri belum makan tengahari. Bayangkan anak-anak berjaya di tidurkan serentak untuk quick nap, tengok jam pukul 3 petang baru perasan diri sendiri belum makan. Bukan sengaja tak makan tapi sebab rasa masih kenyang dek penangan ESP Shaklee!

    ESP Shaklee kan dibuat memang bekalkan tenaga segera dan bantu rasa kenyang yang lama 😉


    Bantu turunkan berat

    Selain Omega Guard dan Lecithin, Momster Cantik juga yakin ESP ni antara penyumbang penurunan berat badan Momster Cantik yang baru 2minggu berpantang dah turun lebih 10kg!

    Disokong lagi dengan breastfeeding NA secara ekslusif waktu tu. NA menyusu ya Allah kuat betul. Ibu masih menggeletar bila dah berjam dia mengempeng.


    Kulit lebih sihat

    Protein kan binaan asas sel kulit kita. Actually mana-mana sel dalam badan kita ni binaan asas protein tau. Sebab tu bila protein kita cukup, sel yang baru pun lebih sihat.

    Disebabkan Momster Cantik minum ESP dalam pantang, maka bila berselfie dan upload di medisoc maka ramailah kawan-kawan kata tak nampak dalam pantang pun sebab kulit nampak glowing gitu hehe


    Bantu penghasilan air susu

    YESSS ESP Shaklee ni sangat membantu ok apalagi bila gabung dengan Alfalfa Complex! Habis basah baju Momster Cantik hehe

    Dan sebenarnya Momster Cantik perasan bila minum ESP, air susu lebih pekat dan milky tapi kalau takda minum ESP waktu perah tu memang nampak cair sedikit.

    Momster Cantik yakin salah satu faktor NA tak bangun malam atau berjaga sebab rasa kenyang lepas direct feeding. Apa tidak Ibu dah minum ESP makan Alfalfa Complex memang pekat la air susu dan memang kenyang sampai pagi budak comel tu hehe

    Bab luka bersalin atau jahitan tu pula Momster Cantik tak dapat share lebih sebab masa bersalin NA rezeki tiada koyakan so memang tiada jahitan. Syukur!

    Promosi kembali lagi

    So kawan-kawan yang tengah berfikir untuk cuba ESP masa pantang nanti go for it! Mana-mana mommy tengah cari set pantang sesuai, please consider set pantang Shaklee sebab Momster Cantik dah rasa Effect yang sangat bagus masa berpantang dan selepas berpantang. 

    Ok itu sahaja sharing kali ni. Next sharing Momster Cantik dah jumpa satu kedai yang jual produk dari Korea Japan Taiwan especially branch Innisfree di Kota Kinabalu. Sebelum ni Kalau mau beli kena beli through website. Nanti Momster Cantik share ok?

    Luv banyak-banyak
    Nija
    Momster Cantik
    Continue Reading

    Selalu juga Momster Cantik dapat soalan bila waktu sesuai minum ESP dan bagaimana cara pengambilan?





    Sebenarnya ESP Shaklee ni minuman yang kita boleh bancuh dengan air kosong sahaja. Tapi untuk yang kurang gemar rasa asli ESP boleh saja campurkan dengan buah jadi smoothie atau macam-macam campuran lain. 













    Macam Momster Cantik sendiri, paling gemar resepi berikut:

    ESP + SUSU RENDAH LEMAK + KURMA + AIS

    atau

    ESP + AIR KOSONG + HORLICKS + AIS

    Bila waktu yang sesuai untuk bancuh ESP?
    Anytime! Yaaa ESP boleh di minum pagi, tengahari, malam malah tengah malam! Jom Momster Cantik tunjukkan bila masa ESP ni kita boleh nikmati.


    Sarapan pagi 
    Untuk yang sibuk dan memerlukan sarapan on-the-go bancuhlah ESP bersama buah kegemaran dan jadikan smoothie. Antara buah yang selalu menjadi pilihan ialah pisang dan beri. Sarapan ni walaupun kelihatan ringkas tetapi sebenarnya SIHAT. Daripada kita melantak makanan berat pada waktu pagi, baik lagi kita amalkan ESP kan.

    Minum Pagi
    Bila rasa lemau tidak bertenaga, bancuh ESP cepat-cepat. ESP bantu sediakan tenaga segera dan menjadi energy booster kita!

    Waktu lunch
    Daripada kita minum minuman bergas atau minuman manis yang terbukti tinggi kandungan gula dan berkalori tinggi, sebaiknya bancuh ESP dengan air dan letak ais. Nyaman tekak plus sihat dan kalori rendah. 

    Minum Petang
    Selalu minum petang mesti kuih muih atau snek yang manis kan? Dah kenal ESP jadikan ESP alternatif untuk minum petang. Snek atau manisan yang berminyak dan manis tidak seeloknya diamalkan hari-hari. ESP boleh sebab snek sihat tau!

    Sebelum dan Selepas Bersenam
    Berita gembira untuk mereka yang sangat suka workout, ESP adalah minuman protin yang sangat disarankan untuk di ambil bagi mengembalikan tenaga sebelum dan selepas anda workout. Ohya body builder juga selalu mencari produk protin kan? ESP pilihan sesuai.

    Makan Malam
    Bila makan malam selesai, beberapa jam kemudian terasa lapar dan mulalah sesi supper. Jangan ambil snek atau makanan yang tinggi lemak atau manis pada tengah malam. Nanti menyumbang pada kenaikan berat badan. Cuba bancuh ESP sebab ESP ni dihasilkan daripada 30kg kacang soya untuk setiap tong ESP, sebab itu ESP menyediakan tenaga segera dan rasa kenyang yang lama.

    skincare semulajadi dan vegan

    Tahu tidak ESP turut boleh dijadikan resepi dalam bentuk makanan yang sihat?  Momster Cantik dah pernah buat dan makan resepi ESP ni. Bolehlah korang cuba sendiri. Ini resepinya:

    Momster Cantik first time rasa ESP PROTEIN BAR tahun 2016. Few days sebelum NA lahir hehe
    Momster Cantik cuba buat sendiri. Resepi gambar seterusnya.
    Ini lah resepi ESP Protein Bar yang sedap tu.
    Sebelum Momster Cantik settle-kan sesi sharing kali ni, korang tahu tak ESP ni jadi pilihan juga untuk bulan ramadhan? Next sharing nanti Momster Cantik share manfaat ESP dan cara pengambilan yang disarankan masa kita berpuasa ya.

    Bulan ni excited juga bila ESP buat promo. Boleh top up stock untuk ramadhan yeay!

    ESP lover,
    Nija
    Momster Cantik

    Continue Reading
    Energising Soy Protein atau ESP Shaklee ni antara best selling pilihan customers. Rata-rata yang telah lama amalkan ESP cukup tahu khasiat dan manfaat ESP pada kesihatan dan kecantikan. 

    Namun tidak kurang juga mesej saya bertanya apa sebenarnya ESP dan bagaimana ESP ni membantu selesaikan masalah yang mereka hadapi.

    Sebelum Momster Cantik terangkan siapa yang perlukan ESP dan manfaatnya, eloklah terangkan dulu apa itu ESP kan hehe

    ESP ni adalah protin soya dalam bentuk serbuk yang kita kena bancuh dengan air. ESP ni dihasilkan daripada 30kg kacang soya bukan GMO untuk setiap tong (850g). Berperisa vanilla yang sedap.

    Cara atasi rabun silau
    Kelebihan Youth Skincare

    Protin ni penting untuk keseluruhan tubuh badan kita, manusia. Antara kepentingan protin untuk kesihatan ialah:

    ✅ bina dan membaiki sel dan tisu
    ✅ penting untuk rambut dan kuku
    ✅ penghasilan enzime, hormon 
    ✅ binaan asas tulang, otot, kulit dan darah.

    Siapa yang sangat perlukan ESP?


    Mereka yang Body builder



    Mereka yang middle-aged


    Mereka yang sukakan manisan


    Mereka yang menyusukan anak


    Mereka yang menjaga berat badan




    Kenapa mesti pilih ESP? 
    Walaupun banyak produk makanan tambahan protin di pasaran, ESP adalah serbuk protin terbaik untuk kita kerana:

    ✔️mengandungi kesemua 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.
    ✔️di hasilkan dari sumber bukan GMO iaitu tidak diubah secara genetik. Protein soya juga dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP). Ia bermaksud protein soya ini dipantau dan dikawal ketat dari penanaman sehingga pemprosesan.
    ✔️di hasilkan dengan suhu rendah. Dengan cara ini khasiat protein dapat dipelihara. Suhu yang tinggi merosakkan protein.
    ✔️Indeks glisemik rendah (39) menjadikan ESP sesuai untuk diambil oleh penghidap kencing manis.
    ✔️tanpa kolesterol
    ✔️rendah lemak
    ✔️diperkaya 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

    Momster Cantik paling tazabarr sebab ESP ni highly recommended masa bukan ramadhan. Nanti Momster Cantik share ya next entri. Excited juga Momster Cantik ni bila bulan ni ada promo best ESP. Beli 5 tong dapat RM50 e-voucher tau dari Shaklee. Mujur Momster Cantik dah jadi member Shaklee hehe





    Hahhhhh korang kalau nak jugak promo ESP bolehlah register jadi member Shaklee. Momster Cantik share cara pantas jadi member Shaklee (klik gambar bawah ni ok):



    Jomlah kita ber-ESP 😉

    Luv,
    Nija
    Momster Cantik Suka Tulis




    Continue Reading
    Saya lahirkan NA pada tahun 2016 adalah pengalaman yang mencabar. Kenapa mencabar? Sebab saya kena berpantang sendiri dan menguruskan AN yang baru berumur setahun lebih waktu tu. Berpantang sendiri maksudnya tiada helper atau pembantu.





    Walaupun saya ada dua orang mak namun kedua-dua Mak saya ada kekangan untuk menjaga saya selama 44hari berpantang. Mak saya yang satu warded kerana tidak sihat manakala Mak saya yang satu lagi hanya sempat menjaga saya selama seminggu kerana masih bekerja dan perlu menjaga nenek yang tidak sihat.

    Mujur saya pilih set berpantang yang tepat dan terbaik untuk keadaan saya waktu tu.

    Saya pilih set pantang yang amat mudah untuk di ambil dan disediakan. Awal-awal lagi saya memang decide untuk pilih set pantang yang mudah disebabkan fikir usia AN yang masih berkepit dengan saya setiap masa.

    Kemudian saya ambil kira pula kos set pantang yang saya pilih. Saya teliti banyak brand set pantang di pasaran dan rata-rata memang dihasilkan khas untuk tempoh berpantang sahaja.

    Saya terfikir kemungkinan akan berlaku pembaziran kalau habis berpantang, set tu tidak habis. Kemudian kalau ditakdirkan saya bersalin secara pembedahan atau caesarean adakah set pantang tu sesuai untuk saya gunakan? Kalau set pantang tu hanya sesuai untuk yang bersalin normal nahhh satu pembaziran lagi kan?

    Akhirnya saya pilih Set berpantang Shaklee. Sebelum decide ambil set ni, banyak juga saya baca pengalaman dan info pasal setiap produk dalam Set postnatal Shaklee. Ya lahhh saya mana suka kalau main beli saja. Saya perlukan info lengkap!





    Antara sebab saya pilih Set berpantang Shaklee:
    1. MUDAH disediakan dan di ambil. Tidak perlu dimasak atau dibancuh dengan bermacam campuran melainkan ESP yang dibancuh mudah dengan hanya air suam.
    2. Bukan hanya ketika berpantang sahaja, setiap produk dalam Set berpantang Shaklee boleh di makan selepas berpantang sebagai vitamin kesihatan harian.
    3. JIMAT. Ya rata-rata kuantiti produk dalam Set bersalin Shaklee bukan hanya sebulan malah ada yang 4 hingga 6 bulan! 
    4. BERBALOI. Apa tidak berbaloi Kalau produk dalam set berpantang Shaklee ni semua boleh diamalkan sejak mengandung (kecuali ada satu produk sahaja tidak disarankan ambil masa mengandung). Kenapa boleh diamalkan sejak hamil? Sebab produk dalam Set pantang ni adalah vitamin dah mineral yang badan kita perlu bila mengandung.
    5. Set pantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin normal dan pembedahan. Saya memang mahu bersalin normal tapi saya tidak boleh tolak Kalau ada komplikasi bersalin cser kan so saya kena pilih Set pantang yang boleh untuk kedua-dua keadaan.
    6. Kebanyakkan set pantang di pasaran hanya untuk ada kebaikan untuk Ibu yang berpantang, tetapi set pantang Shaklee ni boleh bagi manfaat kesihatan untuk baby juga sebab nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap hari.

    Walaupun ada yang kata Set ni agak mahal untuk set yang lengkap, tapi bagi saya Set ni terbaik sebab bagi banyak manfaat dari segi cara pengambilan, jimat jika dicongak teliti (nanti saya tunjuk contoh) dan manfaat pada baby dan Ibu. Pengalaman saya sendiri, saya menabung tau untuk lengkapkan Set ni. Beberapa bulan sebelum bersalin saya memang dah mula beli sikit-sikit sebab produk dalam Set ni boleh beli secara loose atau satu-satu.

    Sebab tu Kalau ada kawan-kawan yang minta pendapat sebab bajet yang sedikit, saya sangat galakkan beli sikit-sikit dulu sampai dapat full set sebelum bersalin. Jadi by the time korang bersalin, lengkap dah set pantang.

    Apa yang saya rasa guna Set pantang ni?
    ✅saya cepat recover apalagi saya tiada jahitan walaupun bersalin normal.
    ✅saya bertenaga untuk handle dua orang anak serentak.
    ✅saya tiada sembelit dan rasa sakit bengkak susu mudah saya lega dan hilangkan.
    ✅berat saya cepat sangat turun. Dua minggu saya turun 12kg!
    ✅kulit muka saya nampak pinkish dan segar (raya 2016 saya masih dalam tempoh berpantang dan ramai tegur saya aktif dan nampak segar malah terkejut saya masih dalam pantang)
    ✅tahap stress saya dapat saya kawal walaupun pada awal berpantang sendiri hampir saya ke arah meroyan!



    Gambar atas ni adalah perbandinga wajah saya selepas pantang. Shawl pink tu selepas lahirkan AN (anak pertama), tudung pink pula selepas lahirkan NA (anak kedua dan gunakan Set berpantang Shaklee).




    Bila saya upload gambar selfie dalam pantang ramai kawan-kawan tegur muka nampak fresh dan macam bukan dalam pantang 🙈
    Apa yang ada dalam Set pantang Shaklee?
    ☘️ESP 
    Yang ini lah yang saya kata kena bancuh. Tapi lahai bancuh pun mudah sangat. Just bancuh dengan air suam atau boleh campur horlicks. Saya campur dengan horlicks sumpah meriah sangat air susu! So lucky NA!
    ESP ni bekalkan tenaga segera tau! Siap bantu alas perut sebab rasa kenyang tu panjang.
    ☘️Vita-Lea
    Ni multivitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari. Multivitamin ni antara penyumbang saya bertenaga. Kandungan zat besi dalam ni juga bantu recover kehilangan darah yang banyak masa bersalin sebab zat besi bantu penghasilan sel darah merah.
    ☘️ B Complex
    Hahhh yang saya kata saya boleh kawal tahap stress tu dengan bantuan B Compex ni lah. B complex ada kandungan vitamin B yang mengawal emosi kita. Juga ada kandungan asid folik yang mudah diserap. Jangan tidak tahu asid folik ni antara nutrisi yang sangat susah untuk badan serap!
    ☘️ Sustained Release Vita C Plus
    Ini favourite saya hehe
    Selain fungsi yang best untuk kulit sihat dan cantik, vitamin C Shaklee ni bantu tingkatkan sistem imun dan bantu lagi fungsi zat besi hasilkan sel darah merah. Masa berpantang saya tidak diserang demam selesema. Syukur sistem imun jadi kuat!
    ☘️Ostematrix
    This is penyelamat untuk Ibu berpantang sebab bantu melawaskan. Masalah sembelit dengan mak berpantang (maktang) memang selalu tapi sengsara woo! Saya sendiri ada pengalaman sembelit teruk masa pantang 1st baby. Ngeri Ingat balik. Huhu tapi berpantang anak kedua memang lancar saja 😉
    Selain tu, Ostematrix ni pun sebagai sumber kalsium untuk top up kalsium kesihatan tulang kita yang terpaksa di’share oleh baby masa pregnant. Masa berpantang bantu cukupkan kalsium untuk penghasilan air susu. Sakit pinggang atau krem (cramp) masa berpantang juga saya tidak rasa masa amalkan ostematrix semasa berpantang.
    ☘️Omega Guard
    Kalau orang tanya Omega Guard ni untuk apa? Saya kata bantu saya turun berat masa pantang. Dan yang bestnya NA pun dapat manfaat DHA & EPA bila breastfeeding 😉 DHA & EPA sangat penting untuk fungsi otak anak.
    ☘️Alfalfa Complex
    Jika digandingkan dengan Omega Guard, Alfalfa Complex memang tunjuk kesan dari segi detox lembut dan selamat. Alfalfa complex ni highly recommended sebagai milkbooster dan agen detox.

    Ohya saya share la antara pengalaman Ibu berpantang dengan Set ni yang jadi antara sebab saya yakin dengan Set ni:







    Best sangat baca pengalaman ibu yang berpantang dengan Set Shaklee ni. Rupanya bila dah cuba sendiri, saya sendiri cukup enjoy tempoh berpantang saya hehe

    kesan suplemen dan YOUTH

    Harga untuk Set ni?
    👉🏻RM702.72

    Tapi tapi tapi kalau mau harga jauh lebih murah (Jimat RM140 lebih) saya cadangkan better mendaftarlah sebagai ahli Shaklee dalam team NIW sebab ahli NIW rata-rata berpengalaman dalam Set berpantang ni. So mudah untuk dapat info dan share ilmu nutrisi di akan datang.


    Caranya?
    Klik bawah ni nanti direct pada #teamNIW punya founder untuk step mendaftar sebagai ahli dan nikmati harga murah sangat.





    Ok settle dah sharing kali ni. Lega sebab ramai juga kawan-kawan yang bertanya saya tentang set Pantang yang saya guna bila tengok gambar-gambar saya yang nampak macam bukan dalam pantang 😊

    Love,
    Nija
    #momstercantik suka sharing





    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top