Pregnancy: Tanda-tanda kehamilan

12:00 pm

Salams.


Sebelum saya buat pregnancy test, naluri saya dapat rasa yang saya pregnant. How? Alhamdulillah rezeki Allah, He gives me past experience which is twice pregnancies last year. Hence, I could figure out some of the signs but ya kita tidak boleh nafikan setiap kehamilan itu berbeza tetapi ada kemungkinan juga ada persamaan walaupun sedikit.

As for me, first pregnancy I loved to sleep a lot! Like a lot! Ditambah dengan aktiviti harian yang sibuk dengan lectures and labs. Balik rumah ampai (letak in Sabahan btw) kepala terus tidur. Sampai husband tegur suka betul tidur hehe... And of course lewat period. Dalam dua tiga hari lepas sepatutnya period check memang positive.

Then second pregnancy, masa tu raya tahun lepas. Tengah beraya rumah mak saudara suami boleh pulak rasa meja terbalik siap jerit “eh eh!” Sudahlah meja penuh makanan. Tapi khayalan semata-mata. Terkejut suami yang tengah makan rendang. Then saya demam and and mother in law brought nenas tiba-tiba rasa takut tengok nenas. Mungkin sebab kepala nenas tu tegak macam robot. Eh? Bila mother in law potong nenas boleh pulak rasa mual. Then she said “sah memang budak ni berisi”

Ohya, my first and second pregnancy also detected by mak cik tukang urut. Saya berurut sebab saya student marine so memang kerap dive and pergi laut. Bila berurut angin sana sini. But, both my babies (1st and 2nd pregnancies) akhirnya Allah ambil setelah dipinjamkan 8weeks and 12 weeks. Alhamdulillah saya dah redha *senyum sayu ingat anak-anak*

Now Allah bagi peluang rasa nikmat pregnant lagi *senyum manis*
Macam yang saya cakap dulu, sebelum lewat period saya terlalu busy. So memang tidak dapat detect langsung diri berisi. First sign was lewat period.

Lagi menguatkan lagi naluri ialah saya mengalami fenomena khayalan macam second pregnancy. Saya baru lepas dive dengan kawan. Then kitaorang mandi sebab kena bersihkan air masin kan. Saya gantung wet suit which is for diver then suddenly saya boleh jerit sebab saya nampak wet suit tu jatuh ke lantai. Padahal tidak pun. Masih tergantung lagi -,-‘ Start dari sana perasaan memang kucar kacir la.

Apa lagi ya? Ohya, saya kerap makan tengah malam dan suami terpengaruh. When my mom bangun subuh mesti terjumpa kesan ada masak untuk supper hehe.

Then my mom pernah tegur “banyak makan. Untuk dua orang?” I was like pppaaaappppp!

Keletihan jangan cakap la. Sampai diri tidak berseri langsung. Pergi lecture boleh dengan muka masam dan tanpa compact powder sekalipun. Eyeliner, lipbalm, eyeshadow, blusher and mascara jaaauhhhhhh sekali.


Apa pun I am so grateful to have my little caliph in my rahim. Thank you Allah *senyum syukur*



Yours truly,
Neeja.

You Might Also Like

0 comments