Nutrisi Yang Mommies Dan Baby Perlukan Masa Mengandung

6:51 pm





Sejak Disember sampai awal Januari ni, saya perasan ramai kawan-kawan yang disahkan pregnant. Suka saya tengok satu persatu update double-line di newsfeed Facebook.


Perkara pertama bila orang pregnant kita wish


“Tahniah/congrats”


atau/dan


“Alhamdulillah”


Lepas tu


“Jaga diri baik-baik. Jangan buat kerja berat”


Jaga diri baik-baik tu sepatutnya termasuk jaga pemakanan ya mommies. Please jangan ambil mudah pemakanan semasa hamil. Apabila hamil, keperluan nutrisi dalam badan bertambah. Ingat, ada nyawa baru di dalam yang mahu hidup.


So Jom saya share apa nutrisi yang sepatutnya kita dapat dari pemakanan kita bila mengandung dan apa manfaat setiap nutrisi tu pada mommy dan baby dalam kandungan:


🔴Asid Lemak Omega-3 (EPA & DHA)

  • Kurangkan risiko kelahiran pramatang
  • Galakkan tempoh kehamilan penuh
  • Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
  • Kurangkan risiko bayi mengalami alahan


🔴Asid Folik

•Diperlukan untuk pembentukan tiub neural bayi anda, yang kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak

•Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural (berlaku antara 15-28 hari selepas persenyawaan)

•Kurangkan risiko sumbing bibir dan lelangit


🔴Protein

  • menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam rahim


🔴Zat Besi

  • Membantu penghasilan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen anda dan bayi (perlukan 30%-50% lebih banyak darah)
  • kurangkan risiko anemia
  • Kurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat bayi yang rendah


🔴Vitamin C

  • Boleh meningkatkan kesuburan
  • Kurangkan risiko kelahiran pramatang
  • Tingkatkan penyerapan zat besi dan asid folik
  • Pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang 


🔴Kalsium

  • Kalsium diperlukan untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat, perkembangan jantung, saraf dan otot yang sihat untuk bayi
  • Membantu penguncupan otot
  • Melindungi kepadatan tulang anda kerana kekurangan kalsium boleh mengakibatkan risiko osteoporosis di kemudian hari


Hahhhh nampak tidak apa manfaat setiap nutrisi tu? Sebab tu saya kata mula-mula tadi jangan ambil mudah nutrisi ni sebab jika badan kita kekurangan nutrisi, kesihatan kita as mommy pun terjejas juga tumbesaran dan perkembangan baby di dalam rahim.


Hahhh diharapkan sharing saya ni bolehlah jadi rujukan saya masa depan Kalau ada rezeki lagi hehe


Juga saya harap mommy yang singgah blog saya ni dapat manfaat dari sharing saya. Ohhh suami-suami yang terbaca sharing ni jangan lupa share dengan isteri yang pregnant tau 😉


Ok next sharing saya akan share pengalaman sendiri bagi memastikan nutrisi masa hamil tu cukup seperti keperluan sepatutnya. 


❤️,

Nija

Momster Cantik.

You Might Also Like

2 comments