Checklist pack keperluan camping suami
12:20 amHujung minggu ni abi AN & NA buat pertama kalinya akan tidur berjauhan dari anak-anak selama berhari-hari (to be exact 3hari 2 malam gitu hehe)
Kemain cakap tau “abi bukan apa, abi tidak biasa tidur tiada anak di sebelah” haha!
Perkhemahan ni sebagai salah satu aktiviti dengan pelajar sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum. Lagipun Suami jadi ketua untuk aktiviti kali ni so memang WAJIB lah untuk stay dan tidur di kawasan perkhemahan.
So MomsterCantik pun dah prepare list yang akan di bawa suami. Untuk kenangan, saya masukkan dalam blog dan buat dalam bentuk vlog.
Selain pakaian asas dan kasut yang di bawa untuk camping, MomsterCantik akan bekalkan keperluan lain seperti:
🌸Berus gigi & ubat gigi mini
Yang ini memang sentiasa ada di rumah. Berus gigi memang suka beli dalam pack combo at least 3 batang gitu. So bila travel atau camping senang tidak perlu beli. Yang mini ubat gigi pula selalunya dapat free bila beli ubat gigi saiz besar/twinpack atau beli berus gigi.
🌸Shower cream
Shower cream ni just ambil yang memang ada di rumah dan masukkan dalam botol mini macam ni:
Botol mini ni memang khas untuk travel pack punya dan saiz pun just nice juga jimat space. Boleh beli di kedai drugstore macam Guardian atau Watsons. Beli di kedai Daiso pun murah juga. Banyak pilihan lagi.
🌸Face scrub
Saya kata pada suami bawa scrub juga sebab mungkin banyak aktiviti dan peluh kekotoran akan melekat di muka. So better bawa untuk sental muka.
Maaf saya memang jenis isteri yang jaga muka suami haha!
Skrub ni brand St Ives yang ni hah:
Sama juga picit sikit masuk bekas kecil untuk travel sebab kena bawa sikit saja memandangkan skrub tidak boleh guna setiap hari nanti ada iritasi kulit pula.
🌸Cleanser
Cleanser pun saya bekalkan. Kan dah kata saya jenis jaga muka suami haha!
Apa cleanser yang saya guna memang akan share dengan suami. Cleanser YOUTH ni saya guna dah lebih 3 bulan. Yang best cleanser ni dalam bentuk gel oil. Sesuai untuk kulit yang berminyak dan kering serta sensitif. Of course skincare natural dan organik.
Cleanser ni boleh jadi make remover juga tau untuk light makeup. Saya dah cuba dan memang bersih!
🌸Moisturising + sunscreen
Aktiviti camping tidak sah kalau berjemur bawah cahaya matahari. So saya kata bawa moisturiser YOUTH juga. Membantu juga suami Ku itu hehe ya lah orang lelaki mana suka banyak-banyak benda kena apply di muka kan. Tapi saya yakinkan Moisturiser ni just guna sebesar kacang hijau dan penting sebab ada sunscreen protection iaitu Spf50.
🌸Suplimen harian
Ini memang tidak boleh tinggal! Suami sejenis paling konsisten makan suplimen harian so saya kena pack juga jangan tertinggal.
Saya pack dalam pillbox khas yang selalu kami guna bila travel. Pillbox ni besar dan compact sesuai bawa suplimen yang pelbagai.
Antara suplimen yang saya bekalkan:
Alfalfa Complex
Sustained Release Vita C Plus (vitamin C)
Ostematrix
B Complex
Vita-Lea Iron Formula
Alfalfa Complex dan vitamin C tu penting untuk kawal resdung suami. Suami ada resdung dan sekarang lebih terkawal bila konsisten makan Alfalfa Complex dan vitamin C. Risau juga saya kalau suami selesema bersin-bersin masa camping nanti jadi kena bawa juga dua benda ni.
Ostematrix tu pula pil kalsium yang ada vitamin D. Mesti bila buat aktiviti masa camping nanti badan akan sakit lenguh semua kan, ostematrix ni bantu relax kan muscle.
B Complex juga penting untuk kawal resdung suami. Vitamin B juga recommended untuk kawal mood dan kurangkan stress. Jangan stres tau nanti, B hehe
Vita-Lea pula adalah multivitamin dan mineral untuk keperluan harian. Bantu bagi tenaga juga tau.
🌸Gelas, piring, sudu, mini termos dan botol air
Hahhh ini pun jangan lupa. Nama juga camping kena bawa la kan macam zaman sekolah dulu hehe
Boleh juga tengok dalam vlog saya kalau suka lebih santai dan suka dalam bentuk video:
🔥saya akan update video once settle publish ok stay tune...
Serius MomsterCantik jadi rindu untuk camping. Dulu masa zaman sekolah dan Universiti memang aktif juga aktiviti camping. Terimbaulah kenangan hujan lebat khemah banjir dan terpaksa tidur dengan air banjir dalam khemah 😅 Dan macam-macam lagi kenangan. Mungkin bila AN & NA dah besar nanti bolehlah bawa diorang camping pula kan?
Yang suka share dan simpan kenangan,
Nija
MomsterCantik
0 comments