Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Salams.

    Anakku,
    hari ini dengan izin Allah kau sudah enam bulan di rahim ibu. Rupanya sudah enam bulan. Betapa ibu tidak sangka sudah sejauh ini kasih sayang antara kita terjalin. Kau ada abang dan juga kakak. Kandungan ibu dulu telah menemui Allah seawal lapan dan duabelas minggu.. Allah pinjamkan sekejap. Sebab itu ibu tidak pernah menyimpan harapan setinggi yang dulu. Sebab ibu takut pinjaman Allah akan sekejap juga kali ini. 

    Anakku,
    Enam bulan kita bersama banyak yang kita lalui. Penolakkan dan keengganan ibu menerima hadirmu dulu. Ibu minta maaf ibu bukan tidak sayang tapi pengalaman lau benar-benar menimbulkan perasaan seakan takut. Tapi betul kata abimu, sejauh mana ibu menolak kalau Allah sudah tetapkan kau ada maka membesarlah kau dalam rahim ibu. Ibu hidup atas ihsan Allah di muka bumi ini maka siapa ibu untuk menolak mahupun mempersoalkan?

    Anakku,
    ketika kau lima bulan dalam rahim ibu, ibu pernah Allah tarik nikmat berjalan. Sesungguhnya ketika itu hanya tangisan yang jadi bahasa tubuh ibu. Ibu tidak tahu mana silapnya. Ketika itu baru ibu tahu betapa pengorbanan untuk menjadi seorang ibu itu satu hal yang besar sebab itu Allah perintahkan syurga itu dibawah kaki ibu bagi anak lelaki dan perempuan (apabila bernikah syurga itu ada pada redha suami bagi seorang wanita). Ketika itu baru ibu rasa tertampar kerana ibu sangkakan ibu terlalu beruntung tiada kepayahan di awal kehamilan seperti morning sickness dan alahan teruk seperti wanita lain. Rupanya Allah bagi kemudahan di awalnya tetapi dugaan di pertengahannya. 

    Untuk di pengakhiran kandungan ibu hanya berserah. Kalau Allah berkehendak untuk memberi kasih sayang melalui ujian lagi ibu akan redha, in shaa Allah. Ketika ibu seakan tidak punya kaki, abimu menjadi 'kaki' ibu. Dengan sabar abimu papah, angkat malah mandikan ibu. Abimu suapkan ibu. Sehingga menitis airmata ibu melihat abimu beberapa hari tidak ada selera makan. Mukanya pada pandangan mata ibu cengkung walaupun baru beberapa hari. Tidurnya tidak lena kerana tengah malam ibu kejutkan bila mahu buang air kecil malah abimu terpaksa bangun betulkan posisi kaki ibu agar ibu selesa tidur. Ketika abimu tidur yang sekejap, ibu renung wajahnya. Kepayahannya memang ibu nampak. Namun kasih sayangnya lebih kelihatan pada ibu. 

    Anakku,
    setelah bermacam ikhtiar dari kedua-dua belah keluarga, alhamdulillah dengan izin Allah ibu berjalan semula perlahan-lahan sehingga Allah beri ibu peluang untuk duduki last paper untuk final year ibu. Kalau tidak ibu sudah berkira-kira untuk tangguhkan dan kemudian besar terpaksa duduki exam tersebut tahun hadapan.

    Anakku,
    bukan tujuan ibu untuk buat kau rasa terbeban tapi sekadar ibu mahu berkongsi betapa nikmat Allah itu boleh jadi sekejap datang sekejap pergi dan Allah ajarkan ibu lebih memupuk rasa bersyukur padaNya. Selain itu juga, ibu mohon apabila kau besar kelak jika panjang jodoh dan umur kita di dunia ini hormatilah abimu, sayangilah dia melebihi doa-doanya buatmu disetiap solatnya. Ibu mahu kau tahu kasih sayang abimu terlalu besar. Sebelum adanya kau dulu malah adik beradikmu yang lain, abimu selalu memohon pada Allah agar dikurniakan zuriat. Abimu pernah suarakan mahu menghantar anak lelakinya ke tahfiz mulanya ibu kurang setuju sebab ibu kan alasan nanti rindu anak. Tapi bila ibu tengok ada anak yang imamkan solat jenazah ibunya, hati ibu tersentuh. Semoga anak-anak kami nanti mendoakan kami walaupun kami sudah tiada lagi.

    Anakku,
    besar hati ibu agar anak ibu ingat dan yakin pada pencipta kita iaitu Allah Taala. Ibumu bukanlah wanita yang sempurna. Ibumu punya cacat cela sebagai muslimah. Maka dengan itu, ibu berharap anak-anak ibu yang ibu kandung, yang ibu susukan doakan ibu nanti. 

    Anakku,
    Kau sudah 6 bulan hari ini. Hanya Allah tahu betapa setiap gerakkan dan kaki kecilmu ibu rasakan tendangan rasa sebak dan bersyukur. Dalam diri ibu ada dua nyawa. Dua degupan jantung. Ada harapan dan ada kasih sayang. Membesarlah dengan sihat. Ibu mungkin tidak mampu jadi ibu yang terbaik selama kau dalan rahim ibu tapi ibu akan cuba berikan yang terbaik semampu ibu. In shaa Allah kau bakal jadi hadiah birthday ibu dan second year anniversary ibu dan abi. Dan sesungguhnya kami berdua tidak sabar mencium bau syurga :')

    Ibu mencintaimu kerana Allah Taala. Abimu juga mencintaimu kerana Allah Taala.


    Thank you Allah.



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk

    Most Popular

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top