Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact




    Lamanya saya simpan entri ni. Serious rasa bersalah dengan kawan-kawan FB terutamanya sebab hari tu ada post tanya siapa yang mahu saya cerita cara tiada koyak waktu bersalin NA.

    Dan peram berbulan tahu. Kesian dengan kawan-kawan. Maka dengan itu terimalah entri khas ini hihihi

    Terus terang saya terkejut bila bidan bagitau
    "Saya tidak jahit ya mama sebab tiada koyak"

    Lepas tu lagi terkejut bila saya tanya berat NA
    "Nurse, berapa berat baby saya?"
    Confirm konon berat 2 kilo lebih jeee
    Sekali nurse jawab
    "3.4kg mama"
    TERBELIAK biji mata tau dak.

    Lepas saya bersalin tu dan discharge, saya yakin amalan sebelum bersalin tu penting untuk bantu kita melalui proses bersalin. Dan memang saya nekad untuk share pada semua wanita yang bakal melahirkan.

    Disclaimer: Sebelum saya mula please ingat ya: KUASA SEBENAR DATANG DARI ALLAH. Segala tips atau amalan hanya ikhtiar. Kan Allah suka bila kita usaha. Kalau tidak usaha tapi mahu itu mahu ini, ingat Allah bagi free?


    SEBELUM BERSALIN
    1. Mindset
    Disebabkan pengalaman bersalin AN saya ada jahitan dan saya cukup rasa peritnya bila ada jahitan, saya pasang angan-angan next baby tidak mahu ada jahitan. Cemana tiada jahitan? Tiada koyakkan masa bersalin. So dari awal pregnancy tu saya set minda saya macam ni “Nija, nanti bersalin tiada koyak.” Sentiasa cakap berulang kali dan sentiasa set dalam minda begitu. Gunalah apa-apa ayat yang kamu suka dan senang ingat untuk diingat lain kali.

    2. Doa
    Muslim sangat digalakkan untuk berdoa. Sehingga dikatakan doa itu senjata orang muslimin. Senjata? Sebab kita bersalin ni bagai masuk perang. Berperang dengan ketakutan dan kesakitan. Pernah dengar ayat ni “Allah akan mengikut sangkaan hamba-hambaNya”? Sangkaan tu apa? Sangkaan tu doa kita :)

    Untuk kawan-kawan yang bukan Muslim pun saya yakin agama atau amalan kamu juga tekankan konsep doa kan. Doa banyak-banyak Tuhan permudahkan proses bersalin kita dan saya dulu lepas solat atau bila-bila masa terdetik berdoa, saya akan doa macam ni “Ya Allah, tolonglah jangan ada jahitan nanti. Biarlah baby keluar tidak mengoyakkan” hehe lucu bila ingat balik. Saya siap minta janganlah baby besar tapi besar juga Allah bagi. Nikmat Tuhanmu mana yang hendak kau dustakan, Nija!

    Ikutlah ayat yang mana korang selesa dan senang ingat untuk disebut berulang kali. Jangan pandang rendah kehebatan doa tau! Doa kena yakin. Kalau setakat sebut tapi tidak rasa getaran dan ikhlasnya terdesaknya permintaanmu pada Tuhanmu, jadi layakkah kau suruh Tuhanmu kut mahu mu? Kuncinya doa dan yakin 100% pada Allah.

    3. Exercise
    Paling famous senaman untuk orang pregnant ialah Kegel Exercises. Ada beberapa cara senaman kegel ni. Paling simple mengemut.


    senaman yang sesuai masa kita tengah mengandung (sumber: google image)

    Mungkin ada yang rasa mengemut tu penting sangatkah? PENTING sebab mengemut adalah salah satu senaman kegel yang bantu kuatkan lagi otot lantai pelvik (pelvic floor muscles). Otot lantai pelvik ni bantu proses bersalin. Walaupun mengemut tu simple tapi saya yakin masih ada yang tidak tahu mengemut tu macam mana. SImple, macam tahan kencing atau tengah kencing cuba tahan beberapa saat dan release back your kencing hehe senang sebenarnya. Dan mudah sebab boleh buat bila-bila masa dan dimana saja. Tengah menonton tv pun boleh. Tengah skrol newsfeed facebook pun boleh. TANPA ADA ORANG TAHU pula tu! Haha!

    Banyak mana kena buat dalam sehari. Up to you. Masa ingat buat. Kalau rasa diri pelupa pasang alarm atau reminder hehe

    Selain kemutan, saya juga buat squat sepanjang kehamilan. Bila kandungan dah fullterm, saya kerapkan squat.


    4. Sujud
    Sujud tahu kan? Sujud macam posisi masa solat tu. Hah mudahkan?
    Ada juga yang kata bila kita kerap sujud akan bantu baby punya kepala turun bawah bagi yang bayinya songsang.

    Bagi saya sendiri kenapa kena sujud, sebab posisi tu saya rasa selesa sebab tiada tekanan pada bahagian bawah dan tulang belakang. Salah satu cara saya relaks kan diri juga sambil ingatkan diri ni hamba Allah yang kena sujud pada Allah selalu.

    Sambil sujud tu saya juga akan selitkan doa “Ya Allah bantulah bukaan nanti cepat dan mudah.”

    5. Cara duduk buka tulang pelvic (Tailor Sitting)
    Saya nampak petua ni masa skrol newsfeed facebook. Bila saya buat masa pertama kali tu memang sakit dan ngilu sikit bahagian kelengkang. Mungkin sebab baby dah besar dan menekan tulang pelvis kan.

    Bila saya konsisten buat setiap hari, saya semakin lega. Bila saya buat dan berapa kali? Selalunya saya suka buat masa tengah tengok tv dengan suami. Sebelah malam bila anak sulung si AN tu dah tidur, saya akan spend time dengan suami menonton movie best best. Hah masa tu lah saya duduk atas lantai dan buat senaman ni.

    Ok cara buat macam ni:


    Cara duduk ni antara petua saya elak koyak masa bersalin

    Duduk atas lantai. Lepas tu temukan kedua-dua tapak kaki dengan pastikan ibu jari kaki saling lekap antara satu dengan yang satu lagi. Pastikan juga kedua-dua paha di lantai jangan terangkat. Lagi dekat tumit kaki dengan kelengkang lagi baik. Lepas tu tolak perlahan-lahan badan ke arah tapak kaki. Tahan 5 saat lepas tu kembali ke posisi badan tegak.

    Selalunya saya akan buat 10 kali macam tu untuk satu sesi. Dan saya akan buat sehari 5 sesi. 4 sesi malam. 1 sesi siang. Kenapa siang sikit sebab saya ada anak kecil yang aktif untuk saya urus dan siang AN tu aktif. Senaman ni perlukan keadaan tenang baru best buat. Trust me memang best sebab rasa ala-ala yoga gitu. Terapi penenang saya.


    6. Info tambahan: Urutan perinium
    Petua yang satu ini saya akui saya skip sebab saya tidak reti haha! Saya banyak terbaca mommies out there buat urutan perinium. Urutan perinium ni bagus untuk latih bahagian perinium (bahagian di antara vagina dan dubur) tu bersedia untuk mengembang masa baby lalu situ untuk keluar. Malah ada yang tidak perlukan jahitan sebab amalkan urutan ni tau!

    Tapi urutan perinium ni mesti dibuat dengan minyak yang sesuai dan teknik yang betul. Bukan guna minyak semberono atau main hentam ja urut tau! Bahagian faraj ni sensitif sebab kulit lembut dan nipis. Banyak salur darah pula tu! So please sebelum buat urutan ni pastikan study habis dulu teknik dan guna minyak yang betul.

    Berdasarkan pembacaan saya, urutan ni disarankan buat bermula minggu ke-35 kehamilan dan diamalkan setiap hari.
    Maaf saya tidak boleh share urutan perinium tu macam mana sebab saya terus terang saya tak ada buat masa persediaan mekahirkan NA sebab saya takut huhu

    Kalau minyak pula disarankan guna minyak natural yang tidak berperisa mahupun berwarna seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.


    SEMASA BERSALIN

    7. Teknik Pernafasan Masa contraction
    Ok saya sambung teknik semasa bersalin pula. Seperti yang kita tahu, perkara penting masa bersalin ialah kawalan pernafasan dan teknik yang betul. Pernafasan masa active labour kena ikut prinsip: Tarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut seperti meniup bukan buka besar seperti nganga.

    Jangan tahan nafas masa meneran. Jangan sesekali! Proses meneran mula bila rasa sakit contraction tu memuncak atau sakit sangat-sangat. Tarik nafas panjang dari hidung, teran sambil hembus nafas perlahan seperti meniup. Jangan angkat punggung masa meneran! Angkat punggung lagi membuat koyakkan besar. Ngeri!


    8. Posisi Masa Layan Contraction
    Posisi ni saya terbaca dulu dan diberitahu oleh nurse juga. Sayangnya saya dapat tahu masa pregnant NA, kalau tidak mesti boleh apply bersalin AN juga.

    Posisi ni bantu cepatkan bukaan untuk bersalin. Caranya begini:
    Baring mengiring ke kiri
    Kaki kiri diluruskan
    kaki kanan bengkokkan sikit
    Bila contraction datang, tarik punggung sekuat hati menggunakan tangan kanan dan teran.

    Nota Penting: Kalau tidak sakit, JANGAN tarik punggung dan teran ya sebab akan koyakkan perinium. Kita mahu elak koyak, nanti sebab salah teknik jadi besar pula koyakkan. JANGAN tau!

    Setiap kali datang contraction, bolehlah ulang steps di atas tu.

    Saya dulu agak ragu juga tau. Tapi bila apply masa layan contraction tu, it worked! Sakit contraction tu berkurang bila saya tarik punggung dan teran. Bukan macam pengalaman bersalin anak pertama, siap kejang kaki sebab tahan contraction yang menggila!

    9. Rest Phase
    Saya suka baca blog atau post di facebook pasal labour. Info ni saya terbaca dan saya kurang pasti details dari aspek gynaekology tapi bila fikir logik dan fahaman asas belajar sains waktu sekolah dulu bagi saya applicable juga hehe

    Ada satu tempoh contraction lebih relax dan intesity tu menurun. So waktu ni dia macam fasa rehat. Fasa rehat ni bantu orang yang kekurangan tenaga untuk menahan sakit dan lalui proses labour.
    Badan kita ni unik. Bila tenaga makin kurang, badan tidak mahu bebankan. Sebab tu masa fasa ni perlu makan dan minum. Tapi masa dalam labour room mana boleh makan kan. Sebab tu saya rasa mak saya pesan makan dulu sebelum pergi hospital. Tapi lahirkan AN saya tidak terfikir dan tidak makan!

    Bayangkan saya masuk hospital lepas subuh sedangkan semalam kali terakhir saya makan pukul 3 petang! Minum air pun saya bergegar. Saya tiada sarapan langsung melainkan makan kurma dan minum air kosong. 6 jam saya di labour room menunggu bukaan. Sampailah saya diberi ubat cepatkan bukaan melalui drip sebab saya stuck pada 7 atau 8 cm bukaan selama berjam-jam.

    Masa NA, saya bersungkai atau iftar dengan berselera sekali. Saya macam dapat agak saya akan bersalin tengah malam tu jadi saya makan banyak. No wonder cepat sangat bukaan sebab badan saya cukup karbohidrat dan gula untuk ditukarkan jadi tenaga semasa pushing. Bukaan jadi cepat dan proses bersalin langsung tiada induce ubat atau drip.

    10. Kurma, air zam zam, vitamin/suplemen
    Apa kaitan kurma, air zam-zam dan suplemen? TENAGA. Jangan tak tahu kalau tenaga dalam badan kita sedikit masa proses pushing baby, keberangkalian koyakkan tu ada. Bayangkan baby sudah mahu keluar dan kita sebagai ibu pula kehabisan tenaga untuk push dan masa pushing sudah panjang. Bidan dan doktor terpaksa gunakan alat untuk bantu baby keluar seperti forcep dan vakuum. Alatan sebegini memang akan ada koyakan atau kena gunting.

    Pengalaman saya bersalin AN dulu memang bergantung pada kurma yang saya makan untuk dijadikan sandaran tenaga. Memang membantu apatah lagi perut saya kosong dari semalam. Tapi to be honest, 6 jam menanti bukaan tu buat saya letih sebab menahan sakitnya contraction.

    Pengalaman bersalin NA sumber tenaga memang dari makanan semasa sungkai/iftar, kurma dan vitamin Shaklee saya. Rasa sakit contraction pun tidak intense sangat banding masa AN. Dari pengalaman kawan-kawan rupanya Ostematrix dan B complex membantu legakan kesakitan semasa contraction. Tapiiii sayangnya masa saya tengah bergelut dengan contraction masa tu, Ostematrix saya habis! Yang ada di rumah waktu tu vitalea dan B Complex. Aku peduli apa, telan ja la masa tu haha!

    Tak apa tak apa, next baby nanti memang tidak akan lupa top up Ostematrix dah hehe




    Mestikah vitamin Shaklee? Eh saya tidak kata wajib. Saya cuma recommend sebab saya amalkan masa mengandung dan saya dapat effect best best. So apa pun suplemen/vitamin anda terpulang yang penting sesuai untuk anda dan selamat for baby comel :)

    11. Jangan angkat punggung dan menjerit
    Ini saya dah sebut pada poin nombor 7 tadi kan.

    Saya ingat lagi masa saya dah selamat bersalin NA dan saya terus breastfeed kan dia, saya dengar bilik sebelah bidan tu tegur seorang mama yang menjerit kesakitan. Sampai satu tahap tu bidan tu agak marah sebab mama tu keep on angkat punggung.

    Bidan tu cakap “jangan angkat punggung. Nanti koyak besar!” Saya rasa mama tu tetap angkat punggung sebab almost 15 minit juga dengar bidan tu tegur sampailah dengar baby dia nangis. Saya dengar dari pengalaman orang lain pun ramai cakap bila angkat punggung koyakan lebih besar. Siap ada yang koyak sampai dubur. Arghhh ngeri!

    So macam mana pastikan diri kita ni tak angkat punggung masa pushing? Latihan. Iya bagi saya sendiri penting untuk berlatih pernafasan dan posisi masa pushing. Bila dah selalu buat, automatik badan kita akan terbiasa untuk pastikan punggung kita kejap kat tilam nanti hehe

    12. Kuasa minda
    Pernah dengar hypnobirthing? Saya apply sikit teknik hypnobirthing masa bersalin NA. Masa menunggu bukaan dalam bilik penilaian (bilik sebelum labour room), saya memang dah 6cm. Sementara layan contraction untuk bukaan full 10cm, saya bayangkan baby bergerak ke arah pintu. Saya bayangkan bukaan tu macam kelopak bunga yang terbuka perlahan (walaupun saya agak terganggu oleh doktor hehe boleh baca CERITA BERSALIN NA). Actually masa layan contraction di rumah memang saya dah apply teknik ni sebab tu sakit tu rasa terkawal sebab saya bayangkan benda-benda yang manis dan indah untuk alihkan rasa sakit tu. TRY memang berkesan!

    Iya ini antara amalan dan teknik yang saya buat yang saya yakin membantu saya bebas jahitan bersalin kali kedua yahuuu! hehe dengan izin Allah Taala juga la pastinya.

    Ingat tau apa yang saya share sini sekadar tips bukan jaminan. Kalau bermanfaat syukur saya happy untuk share. 

    Okay settle tips untuk dikongsi. Phew leganya bila dah tunaikan janji hehe

    oh satu lagi kalau ada soalan atau perlu untuk contact saya, do contact me okay :)






    Sharing sebab sayang, bukan mau impress korang :)
    Nowamommy,
    Ibu Cantik AN & NA







    Continue Reading



    Orang kata bila dah kena chicken pox kebarangkalian untuk kena lagi tu rendah. Tu yang zaman sekolah dulu kawan-kawan akan tanya:

    Sudah pernah chicken pox?
    -sudah masa baby.

    Kalau belum terus rasa takut terjangkit dari kawan yang kena chicken pox waktu tu hehe

    Tapi kali ni saya share pengalaman seorang bro yang buat sharing di akaun peribadi facebook beliau.

    Bayangkan lelaki pun boleh rasa down sebab parut berlubang sampai dia kena guna mask bila berdepan dengan orang sekeliling. Sadis kan!

    Tengok gambar yang saya screenshot dari FB dia.





    Kalau dalam gambar rasa kecil dan susah baca, nah baca bawah ni saya copy dari status dia dalam gambar screenshot (dengan kebenaran dia sendiri):

    ------------------------------------------

    Kpd Syarikat & Agen2 SHAKLEE... ini utk kamu...

    Tujuan sy buat pkongsian ni bukan mahu mjatuhkan @ mgaibkan Syarikat.....
    Sy hnya bkongsi kpd kwn2 fb mnatau bmanfaat... tahun lepas lbh kurang 29.11.16 sy mula kena cikon pox. Mulanya sy fikir jerawat jd sy x peduli. Sy makan ja kerang. Sekali trus jd byak & gatal sampai sy x blh tahan. Sy tampar2 muka sy. Sy garu. Barulah sy perasan rupanya cikon pox...mgkn sbb sy mkn kerang trus bernanah. Jd krna gatal sy pn picit tu nanah spy kluar. Apa lg muka sy pn trus blubang.. dlm lg tu..doktor cakap susa mau sembuh tu lubang klu sembuh pn mgkn ambil masa yg lama tp bukan 100% sbb kulit sy bukan lg kulit budak2. Perasaan sy masa tu takut.. Camna sy bdepan dgn org dgn muka yg hancur😂😂😂..sampai sy jln2 pn guna penutup muka....bila sy post pic sy d fb ramai kwn2 yg bg cadangan guna produk dr A ke Z & herba kg. Klu herba kg camna sy mo cari d tengah2 bandar ni😂😂😂....Terima kasih kpd smua kwn2 yg bg cadangan.. yg pertama mdahului cadangan adalah produk shaklee. SHAKLEE ni sdh sy dgar btahun2 tp sy x pernah ambil peduli. Sy ni jenis negatif dgn produk2 apalagi yg bkaitan dgn MLM. Tp krna tpaksa, sy pn cuba...sy gunakan ESP & VITAMIN C...apa yg tjadi mmang luar biasa... dlm seminggu ja sy guna sy sdh merasa ada perubahan pd muka sy. Proses pyembuhan yg cepat. Cikon pox jd kering & mgecut.. ptengahan bln 12 cikon pox sy mula pudar. Hanya sebulan lbh shja cikon pox sy sembuh 100%.. langsung x kesan d muka sy. Lubang2 yg besar serta dalam hilang.. bln januari 2017 ada kwn tnya...aiks bukan ko kena cikon pox ka dia blang hairan... sy jwb...iya tp sdh sembuh 100%😂😂.. Hebat kan😀😀..gambar tu x d edit & bukan guna camera 360... camera sy biasa ja...tu pic original.. blh jumpa & cek sndiri muka sy mmang sdh x bekas cikon pox...mcm x pernah kena...yg tggal lubang hidung & tai lalat sy lg😂😂.... Sorry sy bukan agen @ member Shaklee... sy hnya ingin bkongsi & btrima kasih kpd produk Shaklee....jd pgajarannya jika ada kwn2 fb tag kta apa2 produk smada Shaklee, La soul, Stg, trutama produk2 kesihatan yg sah & bdaftar KKM, jgn marah & negatif...manatau 1 hari nant kta perlukan...x paya kta cari2 d luar.. hubungi ja agen dia...sekian pkongsian sy....manatau bmanfaat... 


    Boleh nampak kan masalah kulit si bro ni akibat chicken pox

    sampai guna mask sebab malu dengan keadaan kulit muka lepas kena chicken pox

    ini keadaan kulit si bro okay sudah :) Dia konsisten makan vitamin C Shaklee dan ESP

    ------------------------------------------

    Ohya bro ni bukan member Shaklee apatah lagi jual Shaklee. Kira pengakuan dan sharing ikhlas gittew~

    Hah lagi satu bro ni orang Sabah sebab tu loghat Sabah post si bro ni hehe

    Ada dua produk Shaklee yang bro ni ambil iaitu ESP dan Vitamin C. Bagaimana ESP dan Vitamin C membantu rawat kulit dia yang berlubang dan kehitaman disebabkan chicken pox? 


    Energizing Soy Protein (ESP)
    Protein adalah binaan asas setiap sel dalam badan. Sebab itu kena pastikan sel kita ni "cukup makan" supaya dia dapat berfungsi secara baik. Asid amino adalah jenis jenis protein.  L-Arginine dan Glutamine adalah salah satu asid amino. Dua ni lah yang bantu badan kita bina sel dan tisu yang baru terutama sekali kolagen.

    Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C ni umum tahu antara vitamin yang diminati terutama sekali bagi mereka yang mahu kulit cantik. Tapi sebenarnya fungsi vitamin C tu banyak lagi! Salah satunya tingkatkan sistem imun melawan virus.

    Chicken Pox ni adalah jangkitan Varicella-Zoster Virus (VZV). Virus ni bila dia masuk dalam badan kita, dia ada lapisan protin yang melindungi nya semacam saduran lah gitu supaya virus ni dapat masuk dalam saluran darah dan sistem limfa kita.

    So si vitamin C ni akan 'ambil' protin yang lindungi virus tadi supaya ianya tiada 'perisai'. Dengan begitu, sistem pertahanan tubuh badan (phagocytes, immune globulin) boleh neutralkan virus tadi.

    Tapi bagaimana vitamin C ni pudarkan parut berlubang kesan chicken pox?
    Begini, vitamin C adalah vitamin yang bantu penghasilan kolagen. Kolagen ni adalah protin yang bantu 'pegang' kulit kita pada kedudukan asal dan teguh.

    So bila ada benda yang bantu penghasilan kolagen, struktur kulit muka (parut berlubang tadi) sembuh dan kembali ke bentuk sebelum ini kerana penghasilan kolagen baru membantu mengisi 'ruang kosong' pada parut jerawat berlubang tadi.

    Ohya kesan kehitaman dari parut chicken pox juga si vitamin C mampu pudarkan. Sebab vitamin C ada kesan pemulihan  semulajadi dan memudarkan pigmentasi.

    Parut chicken pox ni boleh kekal lama tau. Saya sendiri masih ada parut chicken pox di muka. Kena chicken pox masa kecil dan saya sekarang berumur 25tahun. Bayangkanlah parut ni setiap tahun sambil birthday dengan saya. Ish ish ish!

    Mujur...Saya juga makan vitamin C Shaklee dan ESP. Parut memang semakin pudar dan tidaklah ketara macam dulu.

    Eh suka saya ingatkan pengambilan vitamin C dan ESP bukan setakat kesan chicken pox malah kulit lebih sekata dan cerah jika diamalkan secara konsisten.

    Ohya Kalau ada yang berminat untuk dapatkan dia produk ni secara online bolehlah klik bawah ni ya;



    Mahu beli pada harga member? Daftar keahlian anda dengan hubungi saya di:

    No tel: 0138748191
    Email: salamneeja@gmail.com
    Whatsapp: http://www.wasap.my/60138748191


    Atau mungkin anda perlukan konsultasi produk Shaklee, boleh terus hubungi saya seperti di bawah:



    Ohya suka saya bagitau yang dua produk ni bukan fungsi untuk rawat parut berlubang chicken pox saja ya. Kalau mau cantik cantik untuk raya pun WAJIB ambil dia ni. Sempat lagi ni ðŸ˜Š

    Sharing sebab sayang, bukan impress orang,
    Nija 
    Pengguna tegar si vitamin C, penggemar ESP sebab suka cantik!
    IG: @nijabagitips
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk

    Most Popular

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top