Cara Handle anak DL ketika keluar rumah

9:52 am



Hari tu saya ternampak post seorang mommy yang bingung bila keluar rumah bersama baby yang direct latch (DL). Baby yang DL memang satu cabaran juga sebab anytime akan minta menyusu dan tidak kira tempat! Bayangkan tengah dalam mall, then tiba-tiba baby nangis minta feeding. Maksud DL tu sendiri dah gambarkan the struggle - selak terus kata gugel hehe!

Saya sendiri alami benda ni sebab NA adalah full BF dan DL. Phewww mencabar tau dak!




So what to-do bila kita keluar dengan baby yang menyusu terus dari breast/payudara kita bukan dari botol? Meh sini #nijabagitips share cara:

Nursing Cover (NC)
Nursing cover ni kain yang dijahit untuk dijadikan penutup bila baby kita DL. Yang saya perasan, nursing cover ni ada dua jenis tau: yang kena sarung macam baju dan jenis ikat kat belakang.

Actually Kalau tengok blog atau YouTube, banyak tutorial jahit nursing cover ni. Mudah sebenarnya untuk yang pandai menjahit dan ada mesin jahit 

Tapi tahulah zaman sekarang ni orang suka yang pantas dan senang dapat. So readymade punya nursing cover memang mommies akan beli apatah lagi untuk yang DL atau buat pumping untuk EBM masa waktu bekerja.

Lagi satu sekarang banyak tau nursing cover corak dan warna yang cantik. Kain pula selesa. 

 Sumber Gambar
Photo Credit : Mommy Gear


Cara pilih nursing cover:

  • Tentukan design yang kita suka sama ada jenis sarung macam baju atau jenis ada tali macam apron.
  • Tentukan saiz - ambil kira saiz baby juga ya. Jangan baby rasa sesak sebab saiz NC tu kecil dan kita pula sedaya upaya tutup sedangkan anak kecil kita jenis aktif bergerak bila DL.
  • Pilih jenis fabrik - sudah semestinya kain kapas atau cotton paling baik sebab lembut dan pengudaraan pun best. Kita mahu anak DL dalam keadaan selesa kan?
  • Pilih corak - biasalah kita as mommies ni suka benda yang cantik dan menarik kan. So tidak salah kita Pilih NC yang kita suka coraknya. Contoh baby kita girl boleh pilih corak pink ribbon base putih. Kalau boy maybe boleh pilih corak kereta latar warna biru lembut atau royal blue. Tapi ada juga yang suka universal pattern. Contohnya stripes, ...
  • Pilih online shop (Kalau suka beli online) atau kedai yang jual NC ikut kehendak kita. Ada shop yang suka buat promo contoh beli NC boleh dapat breast pad. Atau mungkin harga murah yang boleh kita berjimat. Atau mungkin shop tu the only online shop yang jual pattern yang kita nak tu.




Ohya untuk mommies sekitar Sabah Sarawak boleh tengok Little Giuk untuk dapatkan Nursing Cover.
Manakala ommies sekitar Semenanjung boleh tengok PumpOnTheGo dan Marissa Shoppe.


Baju BF Friendly
Zaman sekarang senang dapat baju yang breastfeeding friendly sebab memudahkan mommies yang mahu breastfeed baby. Dulu susah dan mommies yang DL anak ni cabaran betul bila nak beli baju sebab kena consider anak yang menyusu. 

Sekarang bukan takat baju blouse atau jubah yang BF Friendly malah baju kurung atau dress pun banyak juga yang BF Friendly.
Baju yang BF friendly ni zip di bahagian dada untuk DL baby.


Dulu saya pernah terjumpa (actually masih ada sekarang) baju BF friendly yang zip di bahagian tepi.

But wait cemana lah kena tarik breast ke tepi sebelum anak start DL? I don't understand bila owner baju tu pun perempuan. She should understand the struggle kan.
So another tips Pilih baju BF:
Pastikan zip di hadapan BUKAN DI TEPI ATAU DI BELAKANG!


Nursing Room
Nursing room ni bilik atau ruang khas yang tertutup untuk mommies menyusukan anak dan tukar diaper anak.
Dulu masa pregnant AN, saya selalu terbaca pasal nursing room dalam group discussion facebook terutama sekali group mak-mak.

Saya realise di Sabah ni kurang nursing room dalam mall. Even klinik kesihatan pun kurang. Syukurlah bila lahirkan AN, saya mula dapat tahu ada shopping mall yang sediakan nursing room. KKIA yang saya bawa AN untuk review pun dah ada nursing room.

Then bulan lepas saya dengan keluarga masuk Imago Mall. Tengah syok AN bermain dalam game space, AN berak. Suami perasan sebelah tu ada nursing room. 

signboardpun pink. SUKA!


Bila masuk nursing room tu betul-betul saya jawdropped! Sebab nursing room tu besar luas, bersih, kemas dan selesa! Plus warna pink!


Melangkah masuk dari entrance terus nampak pemandangan ni. Macam hotel kan

Ruang tandas untuk basuh berak anak-anak terpisah dari ruangan untuk cuci botol anak-anak dan terpisah dari bilik untuk direct latch (DL) baby. Terpisah maksud saya di sini ialah ada penghadang dinding 😊


Masuk dalam bilik untuk breastfeeding pun ada diaper table in case kita mahu tukar diaper baby dalam bilik tu. Di bahagian luar ada juga diaper changing spot tapi manalah tahu ramai orang so boleh tukar diaper anak dalam bilik bf juga.


Selesa bf NA. Ada privacy. Tempat tenang tidak bising. NA pun tenang menyusu.


Ohya dalam bilik bf tu pun ada sofa yang super selesa untuk duduk sambil bf anak. Di bahagian tepi ada tong sampah. Bahagian sisi satu lagi ada meja kecil untuk letak handbag dan barang-barang lain. Sangat memahami siapa juga yang desin nursing room Imago Mall ni.

Expect fussiness
Satu kenyataan yang ibu-ibu baby DL ni kena hadapi is fussiness. Baby DL ni kadang-kadang cerewet tau. Cranky tiba-tiba. Even tengah menyusu tu pun boleh marah atau cranky. Kecerewetan sebegitu mungkin datang dari ketidakselesaan baby contohnya perut tidak selesa, lapar yang agak lama, panas, ruang sempit, diaper ada najis atau penuh dan sebagainya.

Terkadang tu kan nursing cover tu buat baby rasa tak best sebab dia mahu ruang untuk mata dia melilau sambil menyusu. Sedangkan ibu ni mahu cover breast supaya tidak terdedah pada public.

So ibu-ibu kena alert dan pastikan keadaan tempat kita menyusukan anak tu selesa untuk kita dan baby.

Sebab itu macam saya sendiri, sebelum saya keluar rumah bawa baby saya memang akan kata pada diri sendiri "mungkin NA akan cranky so be prepared. Handle baik-baik".

Tools untuk Membantu
Hahhh ini pun jangan lupa. Bila keluar bawa bersama benda-benda yang boleh bantu anak tenang. Kan dalam poin atas tu saya sebut fussiness anak. Bila tengah breastfeed anak dan anak meragam takkan kita struggle dengan anak sambil paksa anak menyusu kan? So untuk bagi dia tenang boleh bagi dia maybe toys yang dia suka atau mungkin bantal busuk dia (kalau kecil) atau mungkin teether yang bantu legakan cranky dia sebab gigi nak keluar.

Macam saya sendiri, saya akan bagi apa yang dalam handbag saya. Contohnya NA merengek masa BF, saya akan ambil hand lotion saya yang kecil sebab NA suka genggam tu. Satu lagi benda yang dia suka juga ialah wet tissue watson saya hehe




So sedikit sebanyak bantu untuk saya handle dia bila keluar apatah lagi kalau keluar bersama AN juga. Double kena mental kental hehe



Mindset
Part ini berkait rapat dengan expect fussiness di atas tu. Dalam usaha handle anak apa lagi anak yang ramai ni mesti mindset kena kuat. Terkadang kan saya kagum tengok orang lain siap boleh umrah dan holiday dengan anak kecil yang DL. Kenapa? Sebab orang-orang macam ni dia ada mindset yang kuat dan positif. Even ada cabaran mereka ni sudah expect dan ready untuk hadapi.

Sebab tu bila kita ada keinginan keluar rumah, then berfikir ada anak yang DL terus rasa "alah dalam tu mana ada nursing room" terus cancel keluar rumah padahal kita ada option lain seperti guna nursing cover.

Sebenarnya bila mindset kita ni sentiasa negatif, kita akan tarik aura negatif dan perkara negatif boleh berlaku. Saya percaya pada law of attraction. Anda bagaimana?

Okay itu saja perkongsian kali ni. Diharap dapat memberi sedikit gambaran dan idea untuk keluar rumah berjalan-jalan, holiday mahupun berurusan bersama anak yang DL.


Sharing sebab express sayang, bukan impress korang tau
Nija
013-8748191
Ibu cantik AN & NA



You Might Also Like

5 comments