Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Salams.

    Alhamdulillah. All praises to Allah.
    Saya minta rezeki dalam bentuk kewangan. Tapi Allah bagi saya rezeki penambahan zuriat.
    Yes, number two is on the way!

    Fikir punya fikir aku mau duit tapi Allah bagi aku anak.
    Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin sahaja hikmah Allah tambahkan anak ini supaya saya dan suami bekerja lagi kuat. Sebab push factor makin bertambah. Yakin pada itu.

    Bulan ogos period 4 haribulan. Bulan september... eh bila tu? Ah sudah boleh terlupa. Keluarkan planner alamak tiada tanda pula di calendar.

    Sampailah sepuluh haribulan period belum muncul-muncul. Am I pregnant? Mulalah terfikir. Bulan ni Adam Noah baru masuk setahun. Tapi kalau rezeki...

    B, belum period ni. -Lambat sikit tu bulan ni.

    Mungkin.

    Sampailah 14 haribulan, I have decided to buy pregnancy test kit. Besoklah check. Manalah tahu birthday present tahun ni.

    15 October 2015
    Bangun subuh suami sudah siap bentang sejadah. Saya terus laju masuk bilik air. Sementara tunggu result, ambil wuduk dalam keadaan tenang. Habis wuduk dekatkan sikit muka dengan pregnancy test tu. Almaklum rabun hehe

    double line

    Alhamdulillah. tersenyum. Terus terang memang happy walaupun tidak plan untuk havng another baby dalam masa terdekat. Mungkin sebab naluri keibuan tu sudah bagi result  dulu dari pregnancy test kot.

    Masuk bilik, eh rupanya laki aku belum mula solat. Dia tunggu. Sudah check? angguk then letak pregnancy test tu atas meja. Sambung baring sambil peluk Adam Noah. 
    Dua line kah ni? a'ah lah suami. Macamlah tidak pernah tengok sebelum ni hehe

    Suami terus solat. Habis solat, suami cium dahi. Buat sweet pula laki aku heeee
    To be honest, this time my pregnancy pun bukan plan sama macam Adam Noah (Baca sini!). Tapi kali ni tidaklah nangis macam dulu. On the spot dapat terimalah. Dah namanya rezeki kan.

    So we (husband and I) decided untuk diamkan dulu benda ni sebab masih baru dan fragile. We learnt a lot masa my 1st and 2nd pregnancies (keguguran). Macam mana we treated my pregnancy masa carry Adam Noah, macam tu juga kami mahu tunggu sampai kandungan ni stabil then scan barulah kami reveal pada family members & friends. But actually sudah pecah pun pada my mom and MIL.

    To be honest, saya rasa this pregnancy lain sedikit dengan pregnant kan Adam Noah dulu. Kali ni ada rasa mual-mual. And few times juga vomitting. Masa muntah tu rasa sayangnya makanan :(

    Then kerap sakit kepala. Ohya kerap demam dan batuk. Selera lain macam woo. Masa Adam Noah dulu, sangaaatttt suka makan nasi goreng buatan suami. Paling haru nasi goreng as supper pula tu. Siang-siang jarang minta suami buatkan. Sanggup tunggu sampai jam 2 pagi kalau suami kena siapkan kerja sebelah malam. Kenangan itu :)

    Sikit masa lagi once sudah scan baby, in shaa Allah akan reveal :)

    Ohya kali ni saya decide untuk ambil supplement untuk kehamilan. Ce teka which brand? *kenyit mata

    Update: 6/5/2016

    Allahu lamanya biarkan post ni tergantung dalam draft. To be honest these few months a lot of things happened. I quit my job. And yeay I am a fulltime housewife. Jaga Adam Noah sambil jaga mak.

    Sebab tu rasanya lupa ada masih dalam draft hehe.

    Okay saya sambung yang hari tu. This pregnancy which nearly 34 weeks, saya ambil keputusan untuk cuba dan konsisten makan suplemen kehamilan SHAKLEE.

    So bila 1st month then 2nd month makin serasi, saya resigned dan buat keputusan untuk bisnes Shaklee.

    Mula2 saya ambil multivitamin Vitalea dan B complex. Then add on SR Vita C Plus.

    Ini antara suplemen Shaklee dalam peti ais. Ada lagi yang belum masuk hehe


    And the list continues la sebab makin cinta dan suka dengan suplemen Shaklee sampai the whole family saya bawa sekali makan. Paling best my husband orang yang paling anti taBlet dulu sangat disiplin makan suplemen.

    Persiapan barang baby:
    Kali ni tidak banyak shopping barang baby sebab baju Adam Noah dulu banyak yang belum sempat guna. Ada yang satu dua kali guna sebab Adam Noah cepat tinggi berbanding berat.
    Then ada juga mak & kakak bagi baju baby.

    Bukanlah langsung tidak beli, ada juga yang kena beli contohnya diapers, wet tissues, barut kena tambah dalam 2-3 and toiletteries.

    Adam Noah dulu 32 week baru kelam kabut shopping kelengkapan dia sebab keadaan ibu dia yang hypokalemia masa 2nd trimester.

    Kali ni 32 week, saya sudah habis cuci baju baby pack dalam bakul baby sebab akan berpantang seminggu dua di rumah mak macam Adam Noah dulu. Tapi beg hospital untuk saya dan baby belum ready hehe walhal mak berulang kali suruh prepare awal.

    Jantina:

    In shaa Allah girl. 3 kali scan doctors and sonographer cakap girl. In case keluar boy pun tidak kisah sebab baju2 dia banyak warna putih dan biru (baju Adam Noah kan hehe). Baju girlish memang tidak beli lagi. Terlalu awal untuk dress. Jumpsuit warna pink ada satu ja. Mak pun pesan awal2 ni biar baju putih nanti besar sikit pink memanjang tiada siapa larang hahaha

    Perangai Adam Noah:

    Setakat ni alhamdulillah he is okay and excited bila saya cakap "sayang adik" then he'll come and kiss baby bump.
    Manja memang manja. Paling suka dia sudah tahu panggil ibu tapi "abbu" haha comel bila dengar dia terpanggil-panggil "bu bu bu bu" sebab kadang-kadang ibu dia sengaja tidak dengar semata-mata suka suara dia panggil gitu.

    Due:

    Memandangkan saya lupa saya punya LMP (last menstrual period), so due date follow 1st scan. So edd around 18 June 2016. Tapi naluri keibuanku berkata akan awal dari due date hehe


    Semoga dipermudahkan semuanya.


    Yours truly,
    N

    Continue Reading
    Salams.

    Today marks the 100th day of my working life. Nope. Not internship okay. Kali ni betul-betul working in a company headquartered in Peninsular.
    Sebagai apa? Kuli-kuli saja. Kerja makan gaji. I insisted to start my working life walaupun belum konvo. Sekarang ni pengalaman sangat penting. Pelajaran dan pengalaman sama penting. 
    So... I started in July. Masuk office pukul 9 pagi then keluar office jam 5 petang. Then balik kena meredah jam and everything. Sampai rumah jam 7 malam. Dengan penat pintu rumah terbuka, kena sambut oleh Adam Noah Allah so heaven perasaan tu.
    No wonder orang cakap dulu "hilang penat bila tengok muka anak". Alhamdulillah Allah grants me that kind of feeling.

    My husband once told me "Sayang belum rasa lagi penat bekerja ni. Penat dia lain tau" and then I was like "really?"
    Okay now I know apa maksud tu, B :)
    Apa rasa dia bekerja?



    To be honest, ini merupakan pengalaman pertama. Sebelum ni pengalaman part time worker or biz online yang tidak bertahan. Pengalaman pertama ni pula sangat challenging. Beberapa kali jugalah nangis sebab depressed. Nangis sebab kena marah pun pernah. Buat kerja sambil marah pun pernah. But whatever it is, adat belajar dan kejar pengalaman kan.
    Setakat ni pernah balik lambat maksudnya keluar office lambat. Nasiblah husband jenis yang faham. Adam Noah pun comel saja sambut ibu depan pintu.

    Bila malam-malam tengok Adam Noah nyenyak tidur sayu pula hati sebab kena tinggal dia everyday (except sunday and public holiday. BTW tomorrow public holiday owyeah!). As a mother, lain tahu rasa kena tinggal anak. Sayu sebab each and every steps of his development kita tidak tengok depan mata. I am sorry Adam Noah. Ibu memang ada perancangan untuk jadi WAHM (work-at-home-mom). Bila jadi WAHM, masa akan ada sentiasa dengan Adam Noah. Semoga Allah SWT beri kita rezeki untuk ibu bekerja dari rumah. Aamiin.

    Actually kan, masa zaman study pernah terfikir bila sudah habis degree memang akan continue dengan masters. Tapi Allah atur macam ni which I am pretty sure this path adalah aturan terbaik *smile*


    Your truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salams.


    Selama 7 bulan lebih jadi ibu kepada Adam Noah ni pernah juga beberapa kali kena judge. Tidak kira oleh mak yang sudah veteran mahupun mak junior malah yang belum mak pun ada!
    Annoyed atau tidak?Annoyed lah!
    Tell me who does not get annoyed bila kena judge and banding?

    "Berat baby you berapa?-eh ringan tu. baby I dua bulan sudah X kg tau!"
    "eh mana boleh begitu. Saya cakap berdasarkan pengalaman kakak saya yang ada 10 anak, saya belum ada anak lagilah"
    "Kalau ikutkan budak umur begini sudah tahu meniarap ni"

    dan seupamanya...
    Mungkin saya pernah juga being silly tanya kawan-kawan yang ada baby, if I did then please forgive me.

    Tapi ketahuilah bila kita tanya just to get some info it is okay but when it comes to tanya untuk compare and judge it is not okay.
    Motherhood ni bukan race ya. Anak siapa yang sudah pandai ini dia mak yang baik. Big no!
    Motherhood juga tiada manual khusus. Lain orang lain cara didikannya. Lain orang lain environment nya. Sebab itu manusia ni perangai pun ada jenis dan kepelbagaian. Sebab faktor didikan dan persekitaranlah.

    I cannot stand lah orang yang sikit-sikit compare anak dia dengan anak orang. Lebih anak kita patutnya kita syukuri bukan bangga diri. Kurang anak kita sebetulnya kita redhai dan syukur masih punya rezeki dikurniakan zuriat. Orang lain ada yang bertahun ikhtiar, ada yang kering airmata, ada yang doa tidak putus sebab mahukan zuriat.

    Pernah sekali ada hamba Allah tegur sebab saya tidurkan anak sambil ala-ala menari sikit sebab anak suka.
    "Nah habislah kena joget-joget. Jangan biasakan mama"
    Saya memang geram sebab kena tegur dalam keadaan kalut dodoikan anak yang tengah nangis sebab mengantuk.
    Walhal dia tengah pregnant 1st baby! Eh hello you tidak jadi ibu lagi you boleh cakap begitu. Cakap senang, bila ada anak benda yang you tidak expect pun you akan alami. Trust me.
    Macam yang saya cakap, lain orang lain didikan. Lain orang lain caranya. Mana-mana ibu wants the best kan untuk anak masing-masing.

    Isu-isu lain yang SELALU kena judge contohnya breastfeeding and on formula, method bersalin and solid food.
    Lagi sekali saya highlight, tolonglah jangan judge ibu-ibu. Kalau tegur biar berhemah. Tegur konon niat baik tapi kesannya ibu tu terasa hah bukan dapat pahala tapi dapat? *fikir la sendiri

    So conclusion post ini:
    Judge and compare TIDAK BEST!

    Till then,
    Neeja.


    Continue Reading
    Salams.
    Alhamdulillah Adam Noah started his solid food seminggu sebelum 6 bulan. Adam Noah memang meragam habis-habisan bila tengok orang dalam rumah makan since his 5th month. Anything dia akan sumbat dalam mulut dia kalau dapat pada tangan dialah.


    Then satu malam tu lepas menyusu dia main kejap then when husband and I had our dinner, Adam Noah nangis-nangis minta dukung which at that time dukung with his atok. My mom said "dia lapar mungkin" sebab check diaper okay so basically kalau diaper okay, dia meragam if lapar and I was like tidak mungkin sebab baru lepas menyusu. 
    Lepas tu terfikir ada buah pear dalam peti ais. Terus laju tangan buat puree untuk Adam Noah.
    Bagi dia makan ingatkan tidak pandai kunyah, rupanya kunyah macam sudah 1-2 bulan kunyah solid food!
    Selama seminggu tu saya bagi ikut 4 days rule. 4 hari puree buah pear selebihnya apple puree.



    How to urus and simpan puree?
    Macam first time mom yang lain, saya baaannyyakk google and baca blog-blog mommies yang prepare food untuk anak masing-masing. So ilmu dah dapat saya terus apply lah.
    Adam Noah, this is how I prepare solid food for you:
    Basuh dan bersihkan dulu buah/sayur. Untuk permulaan, better bagi baby puree epal, buah pear dan ada beberapa lagi (boleh google sebenarnya). Adam Noah rasa buah pear dulu. Then steam atau rebus. Antara steam dan rebus, steam lagi better. Better dari segi pengekalan nutrient dalam buah/sayur. Bagi ibu-ibu yang ada alat yang boleh steam and blend sayur/buah jadi puree lagi senang. Bagi yang mampulah. Saya buat manual saja. Niat di hati memang mahu benda tu sebab menyenangkan dan tidak memenatkan tapi bila fikir-fikir balik, duit tu boleh belanja apa yang penting dan perlu untuk anak. No worries Adam Noah ibu is gagah demimu.
    After rebus/steam tadi, bolehlah blend. Ada certain sayur/buah yang likat bila blend so saya tambah air rebusan or air panas sikit.
    Lepas blend bolehlah masukkan dalam bekas macam step 1. Jadikan kiub-kiu  senang ambil beberapa ketul yang feeding. Untuk jimat ruang (macam saya), lepas kiub puree tadi keras sikit keluarkan then letak dalam bekas macam step 2. Then label puree apa and tarikh bila puree tu dibuat  macam dalam step 3. Kenapa kena tulis tarikh? Sebab frozen puree ni pun ada tarikh luput. Kalau tidak silap boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja macam expressed breast milk (ebm). Just imagine dalam freezer ada banyak jenis puree apple,pear,pumpkin,potato, carrot, brocolli etc anddd semua tidak letak tarikh. Bagi anak makan rupanya almost 5 month sudah puree tu. Kesian anak. Step 4 tunjuk macam mana saya simpan labelled frozen puree.


    Feeding time- keluarkan beberapa ketul (bergantung banyak mana anak mahu makan. Tapi permulaan bagi dua tiga ketul dulu) then biarkan lembik. Re-heat puree tadi ikut prinsip re-heat ebm okay. Jangan atas api nanti api panas sangat boleh mendidih puree lepas tu 'rosak' semua nutrient.
    Selalunya sebelum bagi Adam Noah makan, saya campur dengan ebm atau fm (Adam Noah campur susu sudah ebm+fm). Kenapa campur susu? Tidak mahu tekstur puree terlalu likat (ada puree still likat even sudah campur air masa blend) kan baby still belajar telan solid food. Imagine selama berbulan telan makanan dalam bentuk cecair (susu ebm or fm), suddenly kena push bagi makanan yang likat susah kunyah risau baby tersedak masa feeding. Bagi first time mom baby tersedak not a small matter ya. Risau Ya Rabbi! So kena pastikan tahap kelikatan makanan yang kita bagi sesuai. Macamana tentukan kelikatan? Trust your naluri keibuan. Kalau tidak percaya naluri anda go ask your mom or mother-in-law or sister yang ada anak.
    Masa feeding, saya sediakan air kosong juga bagi Adam Noah. Andddd kena pandai tackle anak means kena tarik perhatian dia. Macam Adam Noah ni aktif lebih sikit so masa feeding memang terjoget ternyanyi juga ibu dibuatnya. Paling best selain masa menyusukan anak, feeding solid food pun boleh jadi bonding time. Saya amalkan masa bagi makan anak (selain joget dan nyanyi) bagi kata-kata yang positif dan nasihat contohnya:
    "pandainya anak ibu makan. Makan baik-baik biar cepat besar"
    "Anak ibu kena bersyukur ada rezeki hari ni boleh makan. Ada orang di luar sana langsung tiada makanan"
    "Masa makan kena behave okay sebab ini rezeki. Itu tanda kita syukur dan hormat rezeki Allah bagi"
    Ataupun saya selitkan doa-doa/zikir/selawat/lagu nashid.

    Baby terima atau tolak?
    Ada kawan dalam FB yang cakap "bagusnya anak mahu makan sayur/buah", "anak saya makan bubur sahaja", "bagusnya anak enjoy masa feeding, anak saya tidak mahu solid food"
    Well tipulah kalau saya kata Adam Noah terima and enjoy semua solid food yang saya prepare. Baby kan lumrah lah ada yang mahu ada yang tidak. Baby masih dalam proses membesar dan adapt dunia sekeliling. Benda baru memang ada dua kemungkinan. Terima atau tolak.



    Ini yes muka happy and enjoy feeding time sebab apple puree paling dia suka. Saya terfikir mungkin sebab apple antara makanan yang dia rasa mula-mula dulu.


    Ini pula muka terpaksa makan. Puri brokoli tu yang hijau tu. Dia memang kurang gemar. Muka akan kelat bila suapan pertama. Then senyum tiada tau!
    Another sign yang dia reject puree tu ialah makan tidak habis. Pertama kali masak bubur nasi campur carrot dia boleh buat muka macam dalam gambar atas then setiap kali saya suap dia buat ala-ala mahu muntah. So bila dia tunjuk sikap begitu saya discover yang Adam Noah tidak suka bubur nasi sebab carrot puree dia makan habis! So taktik saya bubur nasi tidak boleh apply 4days rule. Dalam seminggu sekali dua sahaja buat bubur nasi.

    Look for these signs...
    Bila sudah jadi ibu/mama/mommy/ummi/mak ni kena jadi alert banyak sikit dari sebelum ini. Bila anak sudah mula makan, kena selalu perhatikan keadaan baby. Kalau:
    1. Najis baby jadi keras
    2. Kulit baby timbul sesuatu bukan disebabkan nyamuk atau apa-apa yang diketahui sebabnya
    3. Kembung perut
    kemungkinan solid food yang kita bagi anak makan tu tidak sesuai untuk bayi kita.
    Sebab itu digalakkan untuk follow 4days rule. Bila mana bagi bayi makanan yang baru pertama kali buatnya, bagi bayi makan benda itu selama 4 hari berturut-turut tanpa campur dengan bahan yang lain (Contohya: hari ini pertama kali Adam Noah rasa apple puree, 3 hari berikutnya saya juga bagi apple puree). Dengan cara ini tindakbalas badan bayi dengan solid food yang kita bagi tu dapat lah dikesan dengan mudah. Just imagine hari ni bagi apple puree, esok banana puree, lusa sweet potato petang tu baby timbul bintik-bintik seluruh badan, dapat kesan tidak makanan yang mana buat allergic tu apple kah? Banana kah? Sweet potato kah?
    Adam Noah dulu pernah timbul bintik-bintik selepas makan puree lobak so I assume lobak yang bertanggungjawab immediately saya stop bagi lobak (after few weeks saya try bagi lobak Alhamdulillah dia sudah boleh terima lobak).
    Pendek kata kena alert lah dengan setiap perubahan pada keadaan anak kita. Nama juga anak kita so kita kena alert la. Jangan pula jiran yang alert kita "tidak sedar" apa-apa sebab ada beberapa lagi tanda anak tidak boleh terima satu-satu solid food tu *boleh google.

    Nota: Saya bukan ikut ketat sangat pun 4days rule. Guna naluri keibuan lah hehe. Contohnya hari ni saya bagi Adam Noah rasa carrot. 3 hari berturut bagi carrot. Notice no sign of allergic. Two weeks later bagi lagi carrot. kali ni tidak bagi berturut sebab tahu dia "serasi" dengan carrot. Same goes to other fruits/vege. Saya guna prinsip ni. But saya tekankan sekali lagi, motherhood bukan competition and no manual for motherhood. Yang terbaik untuk anak kita tidak semestinya baik untuk anak orang lain.
    Please respect *peace*

    Till then,
    Neeja.



    Continue Reading
    Salams.

    I was a make-up addict. Dulu keluar rumah tidak sah kalau tidak "warnakan" wajah. Apatah lagi keluar dengan buah hati *ehem which now is my darling husband.

    After SPM I was so into blusher and lipbalm. And memandangkan that time saya memang didedahkan dengan "family members" alat solek sebab I was a penari kebudayaan. 

    Masuk matrik memang ada my own blusher, eyeshadow, lipgloss  and etc collection. Pernah satu masa dulu masa matrik my classmate said something about BB cream. Ahah BB cream. Eh wait, BB cream tu apa?
    At that time saya malu yang teramat sebab I thought saya hantu barang make-up but BB cream pun tidak tahu. Malu! *bila fikir balik bodoh sungguh malu sebab benda remeh*

    Then masuk U lagilah "aktif" dengan make-ups. As you all know U kan tidak banyak kekangan as long as you datang lectures, hantar assignments and datang exam. Kekangan means here tiada halangan masuk lecture bercantik-cantik.
    Teringat masa 1st year one of my classmate tegur "pandai ko make-up ow kan" *slang sabahan. Ko=kau
    "ko memang pandai make-up kah?"
    Saya jawab "bolehlah Sikit-sikit." Yes I admit kalau bukan jadi penari kebudayaan zaman sekolah menengah dulu memang tidaklah mukaku ini "berwarna". Thanks to our guru tarian yang kami panggil bapak. 

    Masuk 2nd year jadi slow sebab kulit muka tidak terjaga and selalu burn sebab fieldtrip and diving. Ohya saya pernah terbaca seorang blogger pernah tulis yang dia semakin malas kenakan make-up, maybe sebab umur yang ke arah kematangan. Dulu I was like "really?"

    Selepas upgrade diri jadi isteri orang, then bila saya recall only few times saya make-up "penuh" means got blusher, eyeshadow, mascara, eyeliner, lipsticks after applying foundation and compact powder. Only if ada event. Then after that I was expecting my son. Hah lagilah saya sangat malas. Ditambah dengan jerawat yang timbul bak cendawan lepas hujan. Tell me, tidak stress kah bangun pagi ada seketul jerawat timbul?! Saya down sekejap during my 1st and early 2nd trimester sebab kulit muka berjerawat and oily. Saya lebih suka stay at home bila tiada lecture. I even refused to go out with friends.
    Nah with that kind of skin make-up mana lagi sentuh. sebab tu my mascara and liptint last till now.

    Slowly slowly I agree with that blogger. Faktor umur buat kita lebih fokus cari cara untuk pastikan kulit muka kita sihat  berbanding dulu fokus cara buat muka kita nampak cantik.
    This year I am going to hit my 24th birthday, and saya selesa keluar tanpa kenakan make-up. Cukup liptint Tonymoly yang sudah 3 tahun masih berkhidmat itu saya guna as blusher and liptint. Bolehlah asal tidak nampak pucat masa keluar kan.

    Apa yang saya faham is darah muda buat kita rasa kita mahu bercantik. Rasa itu membuak-buak. Terkadang kita rasa make-up will last forever sebagai tool mencantikkan kita. Tapi rupanya saya silap.
    Bila kita telah mendekati kedewasaan dan meninggalkan keremajaan kita faham apa asas pada kecantikan itu. Kecantikan luaran itu bukan make-up semata-mata. Tapi kulit yang sihat dan cantik yang buatkan make-up terletak cantik.

    Tapi ada juga rasanya yang still selesa rely on make-ups. But ya everyone has their own opinion kan.

    After few years active make-up sana sini, I realised that guna make-up ni quite memenatkan juga. I am tired to keluarkan my eyeshadow pallete then my brushes just untuk make-up bila keluar. Sebab tu dulu kalau keluar dengan husband kena make sure siap awal dari husband or else *I bet you know what happen

    Now rasa keringanan di situ bila keluar just cuci muka, apply lint sikit di pipi and lips then sarung tudung siap! Eh lupa I draw my brows juga just to kemaskan sebab kening saya tebal so better kemaskan. Better than cukur kan.

    Cakap pasal brows:

    Got this from my fb newsfeed. Someone shared this and I totally agree with this. 

    Dulu saya memang geram sebab my brows lebat and jahilnya dulu cukur and cabut bulu kening *menyesal* sebab kononnya itu cara kemaskan brows and nampak cantiklah bila kenakan eyeshadow. Sampai cabut/cukur bulu kening senipis-nipisnya tu. Bila tengok balik gambar-gambar lama malu sampai rasa macam alien pun ada *padan muka*
    Alhamdulillah lepas kahwin slowly step by step tinggalkan mana yang salah. Thank God sebab sekarang kita boleh draw and kemaskan brow without cabut/cukur. Yang penting tahu asas and tidak berlebihan (berlebihan maksud saya tebal yang macam kening shin  chan tu yang orang sekarang selalu salah buat). Saya tidak cakap saya draw my brows perfectly sebab saya pun belajar dari kesilapan. Rajin-rajin google and tengok tutorial mesti dapat punya lukis dan kemaskan bulu kening.

    Currently, macam minat pula cuba make-up brand yang dari Turkey tu. Boleh bawa solat kan. And ada satu brand dari Indonesia juga menarik minat saya. Tapi tidak pasti boleh bawa solat atau tidak. I will check on it nanti.
    skincare I am prefer something less chemical anf more to natural. Kalaulah boleh dapat kulit flawless macam kulit baby kan best.

    So basically, make-up and ladies tidak boleh dipisahkan tapi umur memainkan peranan sama ada kita ke arah bersolek atau kurangkan bersolek.


    Till then,
    Neeja.

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk

    Most Popular

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top