5 Tips kulit glowing masa raya nanti
6:15 am
Kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Segala persiapan raya pun mula “done” semuanya. Namun jangan dilupakan kulit raya.
Bila berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, antara pertanyaan yang kita akan dapat “makin Cantik kau sekarang. Guna apa? Makan apa?”
So kali ni Momster Cantik share 5 tips yang boleh kita buat untuk dapat kulit glowing masa raya nanti.
🌸 Tips pertama: minum air kosong secukupnya
Air kosong offer banyak sangat manfaat bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan kulit.
Air membantu berikan kelembapan pada kulit dan mengelakkan tanda penuaan timbul sebelum waktunya. Tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus akan lebih kelihatan apabila kulit kering dan tidak bermaya.
MomsterCantik dulu seorang yang tidak pandai minum air kosong dan kulit masa remaja agak bermasalah. Satu hari terfikir untuk lihat perubahan kulit dengan buat 2 weeks challenge. Selama dua minggu tu MomsterCantik cuba pastikan meminum air kosong mengikut keperluan harian dan kesannya memang menakjubkan.
Kulit MomsterCantik kelihatan lebih fresh, moist dan tona kulit lebih cerah berbanding sebelum challenge. Sejak dari situ MomsterCantik memang suka minum air kosong hehe
Ohya MomsterCantik ada share pasal ni juga di YouTube Channel Momster Cantik. Boleh klik play video YouTube di bawah ni sampai habis:
🌸 Tips kedua: Lindungi diri dari cahaya matahari
Antara spoiler yang boleh menyebabkan kulit tidak glowing masa raya ialah sunburn. Sunburn tidak dapat hilang sekelip mata ya. It takes time. Dan siapa yang mahu beraya dalam keadaan kulit habis terbakar dan berbelang-belangkan?
Sepanjang seminggu lebih ni elakkan dari terdedah pada cahaya matahari terlalu lama apa lagi bahagian muka.
Namun jika tuntutan kerja, pastikan kulit muka dilindungi dengan pelindung UV. Cahaya matahari bukan sahaja boleh menyebabkan sunburn pada lapisan atas kulit, malah boleh bertindak trigger kanser kulit!
Sekarang ni banyak di pasaran pelindung UV. Malah ada moisturiser (pelembap) yang turut mengandungi pelindung UV dalam botol yang sama contohnya Age Defense Moisturiser SPF50
Spf banyak jenis kan; ada Spf10, spf20 dan seterusnya (spf ni ukuran Berapa lama kulit dilindungi apabila terdedah pada cahaya matahari) namun pakar kulit mengesyorkan untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, Spf50 yang paling sesuai. Sebab itu MomsterCantik pilih Age Defense Moisturiser-SPF50 sebab pelembap yang bertindak sebagai pelindung UV Spf50.
🌸 Tips ketiga: Skrub kulit muka
Kita selalu dengar exfoliation. Exfoliation ni penting untuk pastikan lapisan kulit mati disingkirkan dari kulit muka kita.
Kulit kita sentiasa diperbaharui dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang lama akan menjadi sel kulit mati yang tidak sepatutnya stay lama pada lapisan kulit muka.
Bila kulit mati ada untuk jangka masa lama dan tidak disingkirkan, kulit akan kelihatan kusam, tona kulit tidak sekata dan tidak glowing. Fakta yang menarik ialah kulit ni akan glowing dengan sel kulit baru yang sihat ya. Bayangkan glowing dari sel baru tu terlindung kerana lapisan kulit mati tadi. Sayangkan?
Oleh itu, salah satu cara kita singkirkan sel kulit mati ni dengan skrub. Di pasaran banyak sangat produk skrub mengikut kesesuaian kulit (bahan yang digunakan). Masuk drugstores umpamanya tentu buat kita rambang mata. MomsterCantik suka skrub dengan serbuk kopi biasa.
Skrub dengan serbuk kopi. Kulit bersih, glowing dan balackhead whiteheads hilang!
Skrub selain daripada singkirkan kulit mati, skrub juga bantu keluarkan blackheads dan whiteheads. Namun harus diingat, skrub tidak boleh dibuat setiap hari nanti menyebabkan iritasi. Disyorkan buat 2-3 kali seminggu. Untuk kulit sensitif atau kulit yang sangat kering boleh buat sekali seminggu.
🌸 Tips keempat: gunakan mask
Selalu orang malas untuk gunakan mask sebab kekangan masa.
Mask sangat baik untuk membantu memelihara kelembapan pada kulit dan banyak lagi manfaat mengikut bahan yang digunakan. Mask yang banyak di pasaran antaranya untuk melembap, merawat kedutan dan garisan halus, mengecutkan jerawat dan banyak lagi.
Ada juga yang rajin buat mask sendiri dan gunakan bahan alami. MomsterCantik la tu hehe
Ni mask dari Naruko. Boleh cari di Watsons berhampiran. Harga Kalau tidak silap RM6.90 satu.
Kalau malas MomsterCantik beli mask dari drugstore dan guna sambil relax tengok tv wallaaa apa lagi weekend memang best mask session tu. Kalau rajin, MomsterCantik suka gunakan gabungan vitamin C & ESP Kalau guna bahan alami, MomsterCantik akan gunakan mask yogurt campur serbuk kunyit dan madu.
🌸 Tips kelima: lengkapkan dengan minuman kolagen
Ada lagi cara singkat untuk dapat kesan yang pantas tau; kan raya lagi kurang seminggu so mestilah Kalau ada pilihan yang kesan pantas dan terbukti berkesan kita WAJIB cuba kan.
Banyak minuman kolagen di pasaran dan yang paling MomsterCantik rekomen untuk korang try ialah Shaklee Collagen Powder Kolagen Shaklee ni bukan setakat mengandungi kolagen sahaja malah lebih dari itu!
Siap ada ujian klinikal yang mana keputusan ujian tu memang terbukti kulit mengalami perubahan yang positif selepas gunakan kolagen Shaklee.
MomsterCantik dah cuba dan suka MomsterCantik share masa pengambilan tiga sachet pertama, MomsterCantik dah dapat Shaklee Effect yang best!
Paling MomsterCantik impress dengan hanya tiga sachet pertama, MomsterCantik boleh rasa kelembapan pada kulit tu meningkat. Bangun tidur kulit kelihatan fresh dan lembap ala-ala basah namun bukan berminyak ya. Kemudian perasan juga liang pori mengecil.
Untuk yang berminat untuk cuba Shaklee Collagen Powder ni bolehlah buat pembelian secara online dengan klik beli sekarang di bawah ni:
Atau boleh contact MomsterCantik untuk maklumat lanjut:
Dengar-dengar ada promo sepanjang bulan Jun 2018 ni tapi while stock lasts katanya.
Nah 5 tips ini nampak simple tapi selalu di abaikan terutama sekali part mask dan skrub tu. Semoga tips ni semua bermanfaat dan selamat menikmati kulit glowing raya nanti.
Luv,
Nija
Si #momstercantik suka share Tips Cantik!
0 comments