Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Segala persiapan raya pun mula “done” semuanya. Namun jangan dilupakan kulit raya.


    Bila berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, antara pertanyaan yang kita akan dapat “makin Cantik kau sekarang. Guna apa? Makan apa?”

    So kali ni Momster Cantik share 5 tips yang boleh kita buat untuk dapat kulit glowing masa raya nanti.

    🌸 Tips pertama: minum air kosong secukupnya

    Air kosong offer banyak sangat manfaat bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan kulit.

    Air membantu berikan kelembapan pada kulit dan mengelakkan tanda penuaan timbul sebelum waktunya. Tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus akan lebih kelihatan apabila kulit kering dan tidak bermaya.

    MomsterCantik dulu seorang yang tidak pandai minum air kosong dan kulit masa remaja agak bermasalah. Satu hari terfikir untuk lihat perubahan kulit dengan buat 2 weeks challenge. Selama dua minggu tu MomsterCantik cuba pastikan meminum air kosong mengikut keperluan harian dan kesannya memang menakjubkan.

    Kulit MomsterCantik kelihatan lebih fresh, moist dan tona kulit lebih cerah berbanding sebelum challenge. Sejak dari situ MomsterCantik memang suka minum air kosong hehe

    Ohya MomsterCantik ada share pasal ni juga di YouTube Channel Momster Cantik. Boleh klik play video YouTube di bawah ni sampai habis:





    🌸 Tips kedua: Lindungi diri dari cahaya matahari

    Antara spoiler yang boleh menyebabkan kulit tidak glowing masa raya ialah sunburn. Sunburn tidak dapat hilang sekelip mata ya. It takes time. Dan siapa yang mahu beraya dalam keadaan kulit habis terbakar dan berbelang-belangkan?

    Sepanjang seminggu lebih ni elakkan dari terdedah pada cahaya matahari terlalu lama apa lagi bahagian muka.

    Namun jika tuntutan kerja, pastikan kulit muka dilindungi dengan pelindung UV. Cahaya matahari bukan sahaja boleh menyebabkan sunburn pada lapisan atas kulit, malah boleh bertindak trigger kanser kulit! 

    Sekarang ni banyak di pasaran pelindung UV. Malah ada moisturiser (pelembap) yang turut mengandungi pelindung UV dalam botol yang sama contohnya Age Defense Moisturiser SPF50

    Spf banyak jenis kan; ada Spf10, spf20 dan seterusnya (spf ni ukuran Berapa lama kulit dilindungi apabila terdedah pada cahaya matahari) namun pakar kulit mengesyorkan untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun,  Spf50 yang paling sesuai. Sebab itu MomsterCantik pilih Age Defense Moisturiser-SPF50 sebab pelembap yang bertindak sebagai pelindung UV Spf50.

    🌸 Tips ketiga: Skrub kulit muka

    Kita selalu dengar exfoliation. Exfoliation ni penting untuk pastikan lapisan kulit mati disingkirkan dari kulit muka kita.

    Kulit kita sentiasa diperbaharui dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang lama akan menjadi sel kulit mati yang tidak sepatutnya stay lama pada lapisan kulit muka.

    Bila kulit mati ada untuk jangka masa lama dan tidak disingkirkan, kulit akan kelihatan kusam, tona kulit tidak sekata dan tidak glowing. Fakta yang menarik ialah kulit ni akan glowing dengan sel kulit baru yang sihat ya. Bayangkan glowing dari sel baru tu terlindung kerana lapisan kulit mati tadi. Sayangkan?

    Oleh itu, salah satu cara kita singkirkan sel kulit mati ni dengan skrub. Di pasaran banyak sangat produk skrub mengikut kesesuaian kulit (bahan yang digunakan). Masuk drugstores umpamanya tentu buat kita rambang mata. MomsterCantik suka skrub dengan serbuk kopi biasa.


    Skrub dengan serbuk kopi. Kulit bersih, glowing dan balackhead whiteheads hilang!


    Skrub selain daripada singkirkan kulit mati, skrub juga bantu keluarkan blackheads dan whiteheads. Namun harus diingat, skrub tidak boleh dibuat setiap hari nanti menyebabkan iritasi. Disyorkan buat 2-3 kali seminggu. Untuk kulit sensitif atau kulit yang sangat kering boleh buat sekali seminggu.

    🌸 Tips keempat: gunakan mask

    Selalu orang malas untuk gunakan mask sebab kekangan masa.

    Mask sangat baik untuk membantu memelihara kelembapan pada kulit dan banyak lagi manfaat mengikut bahan yang digunakan. Mask yang banyak di pasaran antaranya untuk melembap, merawat kedutan dan garisan halus, mengecutkan jerawat dan banyak lagi.

    Ada juga yang rajin buat mask sendiri dan gunakan bahan alami. MomsterCantik la tu hehe


    Ni mask dari Naruko. Boleh cari di Watsons berhampiran. Harga Kalau tidak silap RM6.90 satu.


    Kalau malas MomsterCantik beli mask dari drugstore dan guna sambil relax tengok tv wallaaa apa lagi weekend memang best mask session tu. Kalau rajin, MomsterCantik suka gunakan gabungan vitamin C & ESP  Kalau guna bahan alami, MomsterCantik akan gunakan mask yogurt campur serbuk kunyit dan madu.

    🌸 Tips kelima: lengkapkan dengan minuman kolagen

    Ada lagi cara singkat untuk dapat kesan yang pantas tau; kan raya lagi kurang seminggu so mestilah Kalau ada pilihan yang kesan pantas dan terbukti berkesan kita WAJIB cuba kan.

    Banyak minuman kolagen di pasaran dan yang paling MomsterCantik rekomen untuk korang try ialah Shaklee Collagen Powder  Kolagen Shaklee ni bukan setakat mengandungi kolagen sahaja malah lebih dari itu!

    Siap ada ujian klinikal yang mana keputusan ujian tu memang terbukti kulit mengalami perubahan yang positif selepas gunakan kolagen Shaklee.



    MomsterCantik dah cuba dan suka MomsterCantik share masa pengambilan tiga sachet pertama, MomsterCantik dah dapat Shaklee Effect yang best!

    Paling MomsterCantik impress dengan hanya tiga sachet pertama, MomsterCantik boleh rasa kelembapan pada kulit tu meningkat. Bangun tidur kulit kelihatan fresh dan lembap ala-ala basah namun bukan berminyak ya. Kemudian perasan juga liang pori mengecil.

    Untuk yang berminat untuk cuba Shaklee Collagen Powder ni bolehlah buat pembelian secara online dengan klik beli sekarang di bawah ni:

    BELI ONLINE SEKARANG

    Atau boleh contact MomsterCantik untuk maklumat lanjut:

    HUBUNGI MOMSTERCANTIK SEKARANG

    Dengar-dengar ada promo sepanjang bulan Jun 2018 ni tapi while stock lasts katanya. 

    Baca juga: Set Pantang untuk mereka yang berpantang sendiri

    Nah 5 tips ini nampak simple tapi selalu di abaikan terutama sekali part mask dan skrub tu. Semoga tips ni semua bermanfaat dan selamat menikmati kulit glowing raya nanti. 

    Luv,
    Nija
    Si #momstercantik suka share Tips Cantik!
    Continue Reading



    Masa timbul satu per satu minuman kolagen dalam pasaran, saya punya first impression kan “penting sangatkah kolagen ni?”

    Penting sebenarnya. Kolagen ni satu jenis protein. Protein yang ‘pegang’ kulit kita supaya sentiasa di posisi. Bayangkan kulit adalah organ terbesar untuk tubuh badan kita dan kolagen pula membentuk 75% dari kulit kita!

    🔴 Fakta!
    ✅ Badan kita boleh hasilkan kolagen
    ✅ Semakin umur meningkat, penghasilan kolagen makin menurun
    ✅ Bila kolagen semakin sikit dalam badan, tanda penuaan akan mula kelihatan
    ✅ kolagen bukan untuk cantik sahaja tapi kulit cantik antara kesan bila kolagen cukup
    ✅ kolagen ni saiz dia besar dan bukan mudah diserap melalui kulit mahupun secara pengambilan minum/makan

    Kolagen adalah kunci keremajaan kulit. Well, wanita mana yang tidak suka kulit kekal muda tiada kedutan kan?

    Kolagen menyokong kesihatan kulit dan mengunci lembapan supaya kulit kekal lembut, halus dan anjal.

    Kesan kekurangan kolagen pada kulit
    Badan kita hasilkan kolagen. Yaaa tetapi semakin umur meningkat, penghasilan kolagen perlahan manakala kolagen yang sedia ada boleh rosak dengan tekanan dari luar dan dalam badan.

    What happen is penuaan kulit mula berlaku. Apa tanda penuaan tu? Ni hah dia:
    Kulit kusam
    Kulit tidak bermaya dan tidak berseri
    Kulit kedut dan mula kendur
    Pigmentasi kulit

    So apa yang kena buat untuk kulit tidak alami penuaan sebelum waktunya?
    Pastikan kolagen masih di tahap yang tip-top dan pastikan sumber antioksidan pun ada sekali.





    Sekarang ni banyak sangat minuman kolagen di pasaran kan? Persoalannya, apa minuman Collagen terbaik di Malaysia? Adakah kolagen yang paling berkesan?

    Momster Cantik boleh cadangkan suplemen kolagen dalam bentuk minuman yang ada ujian klinikal dan terbukti berkesan.

    Tunggu sharing Momster Cantik rabu nanti. Jam 8 pagi ok janji?


    Luv,
    Nija
    Momster Cantik Suka Cantik hehe!



    Continue Reading





    Bila banyak jenama minuman  kolagen dalam tong tu lahir (iklan tv dipenuhi macam-macam warna tong kan) lepas tu dalam bentuk sachet pula lahir, ada tidak yang macam saya fikir "apa bendalah kolagen ni?"

    Jom saya share sedikit pasal kolagen. Semoga bermanfaat.

    🍁Kolagen ni apa?
    Kolagen ni adalah protin terbanyak sekali dijumpai dalam tubuh badan kita manusia (protin kan banyak jenis).

    🍁Bahagian badan mana boleh jumpa kolagen?
    Tulang, otot, kulit dan tendon.

    🍁Fakta pasal Kolagen

    1) 20% dari berat badan seseorang adalah protin manakala 30% dari protin tadi adalah kolagen.

    2) Perkataan collagen itu berasal dari perkataan Greek "kolla" yang bermaksud gam.

    3) Kolagen memberikan kekuatan dan struktur pada kulit serta penting untuk menggantikan sel kulit mati.

    4) Penghasilan kolagen akan menurun seiring dengan usia dan akan berkurang bila terdedah dengan faktor persekitaran contohnya rokok.


    🍁Apa yang rosakkan Kolagen?

    1) Pengambilan gula berlebihan
    Gula berlebihan dalam darah + protin = AGEs (proses glycation).
    AGEs ni akan rosakkan protin yang lain dan Kolagen akan lemah dan cepat rapuh (kolagen ni ikutkan sangat kuat strukturnya).

    2) Merokok
    Kandungan rokok akan rosakkan kolagen & keanjalan kulit. Nikotin akan menyempitkan saluran darah which is kesannya akan menyebabkan kurang penghantaran nutrisi dan oksigen ke sel kulit.

    3) Cahaya Matahari
    Pancaran Ultraungu dari cahaya matahari menyebabkan kolagen akan rosak pada kadar yang lebih pantas, serat kolagen akan rosak dan menggalakkan lagi pengumpulan elastin yang abnormal (akan hasilkan enzim yang juga rosakkan kolagen).

    4) Penyakit Autoimmune
    Ada penyakit autoimmune yang mana kolagen menjadi target antibodi badan.


    🍁Kena makan apa untuk hasilkan Kolagen?

    Kena tahu yang kolagen ni protin yang terdiri daripada asid amino. 9 jenis asid amino ni penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. So kena dapatkan dari diet harian kita.

    Selain protin (asid amino), nutrisi lain yang menyokong penghasilan kolagen ialah:

    Proline: ada dalam putih telur, daging, keju, soya & sayur kubis

    Anthocyanidins: ada dalam blackberries, blueberries, cherries & raspberries

    Vitamin C

    Copper: ada dalam shellfish, kekacang, daging merah, drinking water

    Vitamin A

    🍁Cara Saya Memastikan hayat Kolagen dalam badan saya bertahan lama

    1. Elak terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Jika ada aktiviti di bawah cahaya matahari usually saya akan guna sunscreen/sunblock.

    2. Saya dalam proses kurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Saya perasan bila pengambilan gula berkurang, berat saya cepat turun dan kulit lebih sihat.

    3. Saya bukan perokok hehe

    4. Banyak minum air kosong. Try minum konsisten air (ikut keperluan badan ya setiap 25kg perlukan 1L air) akan nampak perubahan pada kulit.

    5. Ambil suplemen
    Mungkin ada yang cakap tidak perlu suplemen yang penting jaga makan. Tapi yakinkah tahukah kamu berapa jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh badan kamu? Masak makanan dengan suhu tinggi boleh kurangkan zat dan khasiat makanan tu tau. Dengan kurang minum air lagi. Dengan tidak makan sayur hijau lagi. Ish ish ish jangan ego. Saya pun dulu ego. Bab suplemen ni kena banyak membaca dan bertanya. Hampir setahun saya konsisten suplemen harian saya ni:



    ESP  - sumber protin non-GMO yang paling lengkap di pasaran (9 asid amino da dalam ESP). ESP juga bekalkan PROLINE kerana salah satu sumber Proline adalah soya!

    Collagen Powder - sumber kolagen sisik ikan merah yang berpartikel kecil untuk serapan optimum dan dikayakan lagi dengan bahan2 lain yg bantu boost lagi penghasilan kolagen dalam badan.

    Sustained Release Vita C Plus - vitamin C natural yang semestinya menyerap semuanya ke dalam badan tanpa ada pembaziran kerana teknologi Perlepasan Tertunda ( Sustained Release) melepaskan vitamin C dalam badan secara berperingkat ikut keperluan tubuh badan dalam satu2 masa.

    Carotomax - sumber beta karotin (vitamin A) yang semulajadi. Juga baik untuk mata dan bertindak sebagai anti oksidan yang baik.

    Itu untuk dalaman. Untuk luaran saya akan reveal soon 😍

    Jadiii apa yang penting kita tahu, kolagen tu bukan semata-mata untuk cantik sahaja 😊 Kolagen meliputi kesihatan kulit, otot, tendon dan tulang. Ohya satu lagi saya pesan, kalau pilih produk Kolagen kan baca dulu tahu dulu sebab kolagen ni selalunya saiz dia besar dan susah diserap dalam badan kita. Dan paling baik pilihlah kolagen yang berasal dari sumber semulajadi bukan sintetik 😊


    Itu sahaja sharing hari ni.


    Much love,
    Nija

    Continue Reading


    Kulit yang cantik memang orang perempuan suka. Tapi untuk kulit jadi cantik, asasnya satu iaitu kulit sihat. Kulit muka adalah aset yang menentukan first impression orang. Sebab itu keadaan kulit muka yang bermasalah sangat mudah dikesan oleh orang sekeliling.

    Keyakinan diri pasti tercalar kerana pandangan 'pelik' orang bila melihat muka yang berjerawat teruk siap bernanah lagi! Down, stress dan akibatnya orang yang tersayang pun terkena tempias.

    So kali ni saya share bagaimana seorang sumandak Sabah ni temui cara untuk dapat kulit yang sihat dan lebih cantik.

    Di bawah ni hasil sharing beliau sendiri tau (saya ubah hanya ejaan saja supaya ejaan penuh bagi mana-mana perkataan yang dieja singkat):

    ------------------------------------------

    Hello saya mau share kisah saya ...

    Memang dari dulu berjerawat teruk.. try macam-macam produk.. beli d farmasi segala .. ending dia, makin lagi menjadi 

    ✔️mengelupas
    ✔️pedih tak terkata macam koyak sudah saya punya kulit ni tau
    ✔️bernanah ada darah-darah lagi 

    Macam-macam lagi la... bermula la saya dipandang semacam... macam diorang geli nampak muka saya.. sepa yang tidak down masa tu kan.. saya memang down berabis tahap gaban beii 
    Sampai boyfriend saya jadi tempat saya kasi lepas kemarahan saya terus dia tidak berani mo cakap apa-apa pasal skin saya... 

    ✔️stress
    ✔️give up 

    Macam-macam perasaan saya masa tu... Tuhan ja la yang tau.. 

    Tahun lalu, kakak saya paksa makan vit c plus shaklee (lama sudah saya tau ni shaklee cuma belum pernah try) .. saya masuk member, beli vit c plus.. itu jer akak mampu... masa tu bulan 8,2016... alhamdullilah lepas 3bulan ada pula perubahan dia  punya excited masa tu.. jadi saya tambah lagi ESP sama GLA ... sampai sekarang saya makan 3 tu untuk kulit... ada juga yang lain tapi saya fokus 3 ni dulu la 

    Makan-makan sampai la skarang ni, tinggal parut jak ️ percaya ka? Ada gambar saya ni sebagai bukti... hehe 

     Set Kulit Jerawat


    Sekarang ni bukan nya tiada jerawat.. jerawat ada juga tapi tidaklah SETERUK macam dulu... jerawat naik sebiji dua masa mo period and lepas period 

    Ok sekian 

    Psst! Ai boleh selfie2 sudah dulukan tidak boleh... 

    Kalau saya boleh, kenapa tidak anda? Kan? 

    Disclaimer: vitamin shaklee bukan tujuan untuk merawat, menyembuhkan dan sewaktu dengannya. Ianya hanya untuk support kesihatan badan kita sahaja (lupa simpan dlm gambar).

    ------------------------------------------

    Penjagaan kesihatan kulit wajah ada dua cara; sama ada secara luaran mahupun dalaman. Dua cara ni tidak seharusnya dipilih salah satu tetapi dipraktikkan secara bersama.

    Penjagaan secara luaran semestinya menggunakan skincare. Bab skincare saya akan kupas next entri.
    Penjagaan secara dalaman pula melibatkan suplemen sebagai nutrisi kepada kulit wajah. Kenapa nutrisi? Sebab kulit sendiri terdiri daripada sel yang hidup. Sel pula ada keperluan untuk maintain sihat.

    Cara mudah faham, bagaimana tubuh badan kita perlukan makanan kerana makanan ada nutrisi (karbohidrat, protein dan sebagainya) begitu juga kulit perlukan nutrisi untuk menyokong kesihatan kulit.

    Gadis tadi mengamalkan 3 jenis suplemen: Sustained Release Vita C Plus, GLA Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).

    Bagaimana 3 suplemen ni membantu kulit yang bermasalah?

    Energizing Soy Protein (ESP)
    ESP merupakan protin yang dihasilkan dari kacang soya bukan GMO (non-GMO). Protin adalah binaan asas sel kulit. Bila binaan asas, semestinya protin sangat diperlukan oleh sel untuk hidup. Sel kulit ada kitaran hidup. Bila sel kulit bertukar ke sel kulit yang baru, kita mahukan sel kulit baru yang sihat. Keadaan kulit yang berjerawat dan bernanah serta mengelupas merosakkan sel kulit dan memerlukan masa untuk pemulihan. Proses pemulihan kulit yang berjerawat memerlukan protin. Info tambahan: protin juga bantu penghasilan kolagen. Kolagen bantu mengekalkan struktur kulit muka dan menganjalkan kulit serta menyokong pemulihan keradangan kulit.

    GLA Complex
    Diekstrak dari minyak borage yang mana kepekatannya jauh lebih pekat berbanding evening primrose oil. Membantu stabilkan hormon dalam badan. Jerawat yang timbul adalah satu tanda pengeluaran sebum berlebihan akibat daripada hormon yang tidak stabil. Sebab itu disarankan ambil GLA Complex untuk stabilkan hormon. Terdapat juga kajian yang menunjukkan GLA ni membantu pemulihan kulit berjerawat kerana fungsi nya sebagai anti keradangan.

    Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C membantu pemulihan kulit dengan merangsang fibroblast (sel pertahanan badan) untuk membahagi dan menggalakkan pergerakan fibroblast ke kawasan bermasalah (berjerawat). Vitamin C juga tingkatkan kapasiti fibroblast untuk repair luka akibat jerawat.
    Ohya vitamin C juga menyokong penghasilan kolagen. Dengan adanya lebih  (masih ikut keperluan badan) kolagen kerana pengambilan protin dan vitamin C, sistem imuniti akan menenangkan keradangan (inflamasi) akibat jerawat (jerawat kemerahan dan bengkak adalah tanda inflamasi).

    Saya juga pernah alami kulit yang berjerawat teruk dan terus terang saya ambil masa untuk pulihkan dan saya bergantung pada nutrisi sahaja. Bila kulit muka lebih sihat barulah saya mula berani guna skincare. Tetapi skincare yang saya pilih adalah daripada bahan botanikal sahaja.

    Kalau ada di antara anda yang perlukan nasihat berkenaan suplemen untuk kulit, boleh contact saya.

    Berminat dapatkan set yang sumandak ni ambil? Klik gambar di bawah:

     Order Sekarang Secara Online Set Rawat Jerawat Teruk



    Mahu lebih penjimatan? Saya sarankan mendaftar sebagai ahli kerana penjimatan sehingga 25% tentunya anda nikmati. Hubungi saya untuk daftar sekarang:



    okay sampai sini sahaja sharing saya. Semoga bermanfaat dan memberi senyuman bagi mereka yang buntu dengan masalah kulit.


    Saya sharing sebab sayang, bukan nak impress orang ❤️
    Nija 
    0138748191 | Pengguna Shaklee | Pengedar Sah Shaklee
    FB: Nowa Nija
    IG: @nowamommy / @nijabagitips

    Sumber rujukan:
    https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/22123240/

    Jau-Fei Chen (2015), Nutrition Immunity Longevity, E. Excel International Group, Selangor: 460pp.




    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top