Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact



    Musim raya maksudnya musim balik kampung. Bila balik kampung of course akan jumpa sanak saudara, yang jauh yang dekat semua berkumpul.

    Dalam pada kita bersilaturrahim, tidak terkecuali soalan bonus atau soalan cepumas terutama sekali dari makcik makcik yang TERLEBIH CARING kan hehe

    Sebenarnya sikap makcik makcik ni tidak semestinya maksud begitu pun. Contoh "buat apa sekarang?" makcik tu bukan bermaksud nak tahu kerja sekarang tu gaji berapa (walaupun ada juga yang serius menjurus ke arah kepochi), terkadang soalan macam tu sekadar pembuka bicara, nak buat suasana lebih selesa dan santai bersilaturrahim.

    Perasan tidak sikap terlebih caring para makcik ni ada peringkat?

    Saya bagi contoh situasi saya:

    Masa sekolah menengah dulu
    -Tingkatan berapa sekarang?
    -PMR dapat berapa A?
    -8A kenapa tidak masuk sekolah asrama penuh?
    -SPM dapat keputusan apa? Oh 4A ja, anak makcik dapat doplohempat A

    Masa matrik dulu 
    -Belajar apa sekarang?
    -Lepas matrik, sambung belajar mana?
    -Kenapa tunang awal? 
    -Kahwin bila?

    Masa di universiti pula
    -Ambil jurusan apa?
    -Habis nanti, sains marin boleh kerja apa?
    -eh dekat 2tahun dah kan kau jadi tunang orang, bila kahwin?
    -Agak berapa gaji Kalau kerja bidang sains marin?

    Masa di Universiti dan sudah kahwin
    -bila habis belajar?
    -awalkan kau kahwin?
    -bila ada baby? Anak si polan polan kahwin lambat 2bulan dari kau dah berisi tau!
    -nanti habis belajar, suami kau bagi kau kerja?

    Ada anak satu; Adam Noah 
    -buat apa sekarang?
    -macam mana pergi praktikal ada baby?
    -anak jenis senang jaga?
    -umur anak berapa?
    -bila tambah anak? Lelaki dah ada, cari lagi perempuan. CARI? Pfffttt

    Ada sepasang anak; Adam Noah & Naurah Ameena
    -anak dah berapa?
    -wahhh besar dah anak. Berapa umur?
    -yang adik ni umur berapa?
    -buat apa sekarang?
    -bila nak tambah anak?
    -kenapa nampak kurus?

    Nampak kan betapa soalan para makcik ni sekitar sekitar pekerjaan, status, anak? Paling senang faham: apa yang the makciks ni nampak tu yang dia tanya. So bila kita datang beraya belum bawa suami, dia tanya bila nak ada suami. Bila kita beraya takda anak, dia tanya bila anak tu muncul haha!

    Antara soalan yang paling sensitif bagi saya:
    1. Bila nak kahwin?
    2. Bila nak ada anak?
    3. Bila nak tambah anak?

    Bila kena tanya pasal kerja apa boleh lagi jawab yang tidak sampai rasa hati tergadai, tapi bila bab 3 di atas tu dibangkitkan memang menusuk jantung unless waktu makciks tu tanya:
    1. Kad kahwin tengah cetak 
    2. perut tengah membulat anak tengah tendang tendang kat dalam
    3. Perut again tengah membulat sambil ada anak kecil tengah bermain di sebelah

    Saya pernah tau dulu kata pada diri sendiri
    "Kalau aku tua nanti, aku takmau tanya saudara yang datang beraya tiga soalan tu" sebab 3 soalan tu very the kepochi haha! Harap-haraplah diriku ingat 😂

    Soalan Bila kahwin tu akan mengguris hati mereka yang baru putus tunang atau pasangan dia curang atau orang yang struggle untuk bangkit selepas dikecewakan.

    Soalan bila nak ada anak tu ya Rabbi sumpah saya dah rasa azab dia apa lagi bila kena banding dengan pasangan yang kahwin dekat dekat ja dengan kita. Lagi haru Kalau pasangan tu kita kenal rapat huhu

    Mungkin ada the makciks ni sangka pasangan zaman sekarang ni tidak mahu ada anak cepat. Mahu enjoy berdua dulu katanya. Tapi serious-lah ada ja pasangan yang mahu anak cepat. Kalau boleh bunting pelamin! Tapi dah Tuhan kata bukan masa yang sesuai kan. 

    The struggle is so real tau sebab pasangan yang mahu anak tapi belum ada rezeki at the same time di asak dengan soalan anak ni sebenarnya ikhtiar sungguh-sungguh tanpa kita tahu pun setiap titik peluh , wang ringgit dan jatuhnya air mata dalam usaha untuk ada baby tu.

    Apa kata kita doakan saja pasangan pasangan ni? Daripada kita tanya "Bila nak ada anak?" Baik kita kata "makcik doakan dapat baby cepat ya"

    Tambah anak tu pula hehe dengan ekonomi zaman sekarang ni janganlah desak tambah anak cepat. Mungkin pasangan tu sebenarnya dalam tempoh sesuaikan diri dengan status parents yang baru beberapa bulan mereka hadap. Mungkin saja anak mereka tu perlukan perhatian khusus which masa memang 100% pada anak nan satu tu.

    Mungkin juga pasangan tu tidak mahu anak yang baru nanti rasa tidak cukup serba serbi sebab sedangkan anak yang ada sekarang pun banyak keperluan yang terpaksa dicatu. Memang setiap anak tu ada rezeki masing-masing tapi sebagai ibu bapa kena usaha juga kan cari rezeki takkan goyang kaki tunggu duit untuk beli diaper susu anak turun dari langit kan?

    Ohya sebagai orang orang yang jadi mangsa soalan cepumas ni SILA BERTABAH dan nikmati ketupat rendang anda dengan senyuman hehe

    Don't worry toksah rasa down lama lama sebab mulut Kalau dah penat berhenti sendiri. Ingat Allah tu yang lagi tahu masa terbaik dan keadaan terbaik untuk kalian 😊

    Salam sharing sebab sayang, bukan impress orang:
    Nija
    Ex TTC-Ian, ex mangsa pertanyaan kenapa kahwin awal, bila nak ada anak dan bila nak tambah anak huhu
    Continue Reading


    Ada lagi beberapa hari lagi nak raya kan. Selain #misikurusraya, baju raya dan tudung raya, orang perempuan mesti ingin kelihatan cantik di pagi raya. Siap kena tegur  sanak saudara "cantiknya kau sekarang ni. Pakai apa?"

    Siapa yang hatinya tidak berbunga bila ditanya seperti itu adalah penipu hehe
    Orang perempuan ni suka bab bab cantik ni. Saya sendiri tidak terkecuali. So lagi berbaki beberapa hari ni apa yang kita boleh buat untuk jadi cantik di hari raya nanti?

    #nijabagitips 1:
    Banyakkan minum air
    Fakta: air kosong bagus elak penuaan awal pada kulit.
    Elak kedutan dan penuaan. Kulit kering, bersisik dan kurang air akan ebih terdedah pada penuaan (timbul garis halus dan kedutan). Air beri kelembapan.
    Bantu buka liang pori yang tersumbat.

    Membantu buah pinggang bekerja lebih baik. Bila dalaman bersih dari toksin,  akan di gambarkan pada luaran. Kulit akan berseri.

    Hilangkan kemerahan pada kulit

    #nijabagitips 2:
    Jangan makan makanan yang buat kulit bermasalah
    Contohnya makanan berminyak dan kekacang. Takut jerawat timbul huhu

    #nijabagitips 3:
    Buat facial
    Bagi yang dah biasa buat facial, Jangan lupa pergi facial dulu lagi 2-3 hari nak raya. Biar berseri wajah tu 😉
    Kalau yang tiada masa keluar pergi buat facial try-lah buat facial di rumah. Saya sendiri facial dari rumah saja. Baca yang bawah tu👇🏻

    #nijabagitips 4:
    Berhenti guna make up
    Pernah dengar tak "pengantin Jangan make-up sangat sebelum majlis nanti hilang seri" hah saya pernah tau ditegur macam tu sebelum majlis nikah dulu. Saya untuk raya pun bagi saya stop dulu guna makeup tebal supaya kulit lebih 'bernafas' dan sihat. Bagi tempoh bertenang dulu. Masa raya make up lah baru seri tu naik. Ohya tips ni tak terpakai bagi kerjaya makeup artis mahupun model ya hehe sebab kerjaya ni sememangnya makeup antara perlu untuk mereka.

    #nijabagitips 5:
    Ambil suplemen berasaskan antioksidan dan kolagen
    Orang suka makan vitamin C sebab apa? Sebab orang kata vitamin untuk cantik. Kenapa untuk cantik? Sebab vitamin C ni diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kolagen ni yang firm-kan lagi kulit. Hah vitamin C ni antioksidan. Antioksidan maksudnya bantu kurangkan radikal bebas. Radikal bebas ni jahat tau (http://mommynowa.blogspot.my/2017/03/jahatnya-radikal-bebas.html?m=1). Dia rosakkan sel kita. Tu yang boleh jadi penuaan sebelum usia tu. Selain vitamin C, mereka yang berumur 25tahun keatas dah boleh mula makan suplimen kolagen. Kenapa 25 tahun keatas? Sebab bermula umur 25tahun, peratusan penghasilan kolagen semakin mula menurun. Makin berusia makin turun peratusan tu.


    Macam Saya sendiri, saya lancarkan #misicantikraya bermula hari ke-21 berpuasa. Apa yang saya buat untuk pastikan misi ni berjaya:

    ✅Konsisten vitamin C dan vitamin E
    Saya bukan setakat telan vitamin C dan vitamin E, malah saya buat masker. Siang masker vitamin C, malam buat masker vitamin E. Brand vitamin C dan vitamin E yang saya makan? Shaklee. Brand lain saya tidak sure boleh buat masker atau tidak.

    ✅Minum banyak air
    Yang ini saya sangat yakin. Sebab dulu saya pernah try tau minum air kosong (suam) 3L sehari selama 2minggu. Hasilnya? Kulit moist dan glowing. Nampak lebih sihat dari sebelum ni sebab sebelum dapat effect cabaran 2 minggu tu, saya jenis kurang minum air. Sejak dapat effect super best tu, sampai sekarang saya jadi pencinta air kosong hehe!

    ✅Home-workout sejam sebelum berbuka
    Memandangkan saya jenis stay at home, jaga anak, run biz dan urus rumahtangga so masa untuk keluar pergi jogging atau gym tu memang sangat jaranglah ada. So alternatif lain saya buat home workout. Just simple workout. Saya suka tengok home workout kat dalam TV yang Kevin Zahri dan Nana host tu juga Saya suka tengok video home workout juga dalam Facebook. WAJIB buat: squat, plank, sit up, dumbell.
    Lepas workout tu pun kulit nampak glowing sebab aliran darah kita jadi lancar. Jantung pump darah masa kita workout. Bila darah smooth saja, tu yang kulit muka kemerahan dan glowing tuuu...Esehhh macam pakar lah sangat hehe saja share apa yang saya tahu sikit kan

    ✅Facial di rumah
    Ohya saya belum pernah lagi tau buat facial di spa. Dulu sebelum majlis kahwin pun tidak sempat spa atau facial bagai. Bila dah kahwin ni tuntutan untuk jaga penampilan diri lagi tinggi. Hehe
    So untuk persediaan raya kali ni, saya buat facial di rumah sahaja.
    Saya guna masker vitamins saya, scrub serbuk kopi Tenom, dan skincare natural saya iaitu Nutriwhite.

    Dalam set skincare Nutriwhite saya ada makeup remover, foaming cleanser, softener merangkap toner, essence dan moisturiser.

    Serbuk kopi Tenom tu pula saya beli di supermarket selalunya atau masa tamu hati Ahad di Gaya Street Kota Kinabalu pun ada jual kopi Tenom. Buat skrub best!

    ✅Jaga makan
    Saya kurangkan makanan manis, minuman manis, berlemak dan berminyak, setiap kali berbuka saya wajibkan ada sayur. Kekacang pun control juga walaupun kuih raya banyak yang ada kacang haha!

    Selain tu, saya wajibkan makan suplimen yang bantu detoks. Masa bulan ramadhan ni Jangan tak tahu badan kita tengah detoks tau! So bagi saya, saya perlukan suplimen untuk menyokong lagi proses detoks badan saya. WAJIB telan DTX Complex, Herblax, Alfalfa Complex.

    Nampak tak betapa gigihnya saya untuk jadi lebih slim lebih cantik raya nanti? Haha! Fitrah lah kan orang perempuan 😊

    Ada eh orang perempuan yang tidak suka cantik dan slim?

    Ok itu saja sharing kali ni. Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain teheee~

    Salam sharing sebab sayang,bukan impress orang❤️
    Nija
    Ibu anak dua yang suka pada kecantikan dan kekurusan eh?

    Continue Reading
    Sakitnya Rejection

    Dulu saya kena reject. Reject sebab saya ada anak.

    Ok macam ni. Lepas habis degree, saya dapat offer attend interview di satu department. Masa interview tu yakin jawab konon walaupun ada satu soalan tu tough ya Rabbi.

    Sampai sempat cakap dalam hati "alamak kenapa benda ni aku tiada buat research"

    Tapi berdasarkan riak muka penemuduga tu ok la. Tapi ada satu soalan yang saya dapat agak akan di tanya.

    "Ada anak kecil?"
    "Job ni kerap travel. Macam mana dengan anak?"

    Saya jawab sehabis baik.

    After 1 or 2 weeks dapat jawapan. Saya tidak dapat job tu. Saya redha.

    TAPI after months saya dapat tahu rupanya saya adalah antara top candidates. Tapi disebabkan saya ada anak...

    Then saya dapat lagi satu offer. Kali ni organisasi besar sebagai pegawai XX. Masa interview tu rasanya ada 5 orang interviewers. Berpangkat semuanya. Siap ada gelaran. Kecut perut 😂

    Saringan pertama lepas. Saringan kedua saya masuk bilik interview dengan ucapan tahniah sebab antara yang menonjol. Tapi kecundang lagi bila soal anak dibangkitkan!

    Terus terang soalan lain saya jawab confident. Tapi bila bab anak dijadikan isu...

    Paling frust bila kena cakap "awak bukan tak bagus tau. Awal sangat menonjol. Kami akui potensi awak. Cara awal jawab buat kami impress. Tapi macam mana Kalau awak kena pilih antara kerja dengan anak?"

    "Apa-apa pun tunggu je la keputusan ye"

    LONGLAI terus kaki ni melangkah keluar. 
    To be honest all women staff dalam organisasi ni tak beranak ke? Mau saja saya tanya.

    Tahu tidak saya jalan kaki jauh gila dalam keadaan panas terik sebab terlampau frust waktu tu 😂 melepaskan geram haha

    And of course dapat email tidak lama lepas tu DUKACITANYA.

    Padahal waktu tu saya tengah struggle to find money (ada benda yang urgent need money).
    Padahal my parents willing to jaga my anak for me. I have very supportive family. My brothers sisters. Husband jangan cakap lah memang always by my side gittew.

    Orang-orang yang reject saya dulu tu bukan tau saya punya nangis cemana. Sebab saya frust. Saya boleh terima Kalau saya di tolak sebab potensi saya tidak setanding expectation diorang. Tapi diorang kata potensi saya besar cuma disebabkan saya ada anak. 

    Sebab itu saya senang kerja dari rumah sekarang. Biarlah orang kata saya berkepit dengan anak. Sebab bila saya willing untuk berjauhan dari anak orang tidak appreciate pun. 

    Yes maybe pendapatan sekarang belum boleh lawan pendapatan job offer yang dua tu. But surely in 5 years time saya doa saya dapat jumpa orang-orang yang reject saya dan saya introduce diri saya sebagai orang yang pernah diorang reject dulu.

    Bila diorang tanya buat apa sekarang, I would proudly say "saya buat bisnes"
    "Banyak mana awak buat duit?"
    "More than gaji untuk position yang department/organisasi awak offer dulu together with yearly increment tau!"

    Saya share bukan minta dikasihani. Saya bukan minta dipuji ataupun mau fame. Saya share sebab saya mahu bagitau yang rejection dalam hidup ni banyak sebenarnya. Jadi kenapa kena give up bila sekarang ni kena reject? Sedangkan dulu kuat juga tahan rasa direject kan.

    Lain orang lain pengalaman hidup kan. But surely rejection akan buat kita kuat. Peristiwa ni buat saya kuat bila kena reject dalam biz.

    Come on, what doesn't kill you makes you stronger keennn 💪🏻

    Sharing sebab sayang bukan impress orang ❤️
    Nija

    #nijabagitips
    Continue Reading





    Bila banyak jenama minuman  kolagen dalam tong tu lahir (iklan tv dipenuhi macam-macam warna tong kan) lepas tu dalam bentuk sachet pula lahir, ada tidak yang macam saya fikir "apa bendalah kolagen ni?"

    Jom saya share sedikit pasal kolagen. Semoga bermanfaat.

    🍁Kolagen ni apa?
    Kolagen ni adalah protin terbanyak sekali dijumpai dalam tubuh badan kita manusia (protin kan banyak jenis).

    🍁Bahagian badan mana boleh jumpa kolagen?
    Tulang, otot, kulit dan tendon.

    🍁Fakta pasal Kolagen

    1) 20% dari berat badan seseorang adalah protin manakala 30% dari protin tadi adalah kolagen.

    2) Perkataan collagen itu berasal dari perkataan Greek "kolla" yang bermaksud gam.

    3) Kolagen memberikan kekuatan dan struktur pada kulit serta penting untuk menggantikan sel kulit mati.

    4) Penghasilan kolagen akan menurun seiring dengan usia dan akan berkurang bila terdedah dengan faktor persekitaran contohnya rokok.


    🍁Apa yang rosakkan Kolagen?

    1) Pengambilan gula berlebihan
    Gula berlebihan dalam darah + protin = AGEs (proses glycation).
    AGEs ni akan rosakkan protin yang lain dan Kolagen akan lemah dan cepat rapuh (kolagen ni ikutkan sangat kuat strukturnya).

    2) Merokok
    Kandungan rokok akan rosakkan kolagen & keanjalan kulit. Nikotin akan menyempitkan saluran darah which is kesannya akan menyebabkan kurang penghantaran nutrisi dan oksigen ke sel kulit.

    3) Cahaya Matahari
    Pancaran Ultraungu dari cahaya matahari menyebabkan kolagen akan rosak pada kadar yang lebih pantas, serat kolagen akan rosak dan menggalakkan lagi pengumpulan elastin yang abnormal (akan hasilkan enzim yang juga rosakkan kolagen).

    4) Penyakit Autoimmune
    Ada penyakit autoimmune yang mana kolagen menjadi target antibodi badan.


    🍁Kena makan apa untuk hasilkan Kolagen?

    Kena tahu yang kolagen ni protin yang terdiri daripada asid amino. 9 jenis asid amino ni penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. So kena dapatkan dari diet harian kita.

    Selain protin (asid amino), nutrisi lain yang menyokong penghasilan kolagen ialah:

    Proline: ada dalam putih telur, daging, keju, soya & sayur kubis

    Anthocyanidins: ada dalam blackberries, blueberries, cherries & raspberries

    Vitamin C

    Copper: ada dalam shellfish, kekacang, daging merah, drinking water

    Vitamin A

    🍁Cara Saya Memastikan hayat Kolagen dalam badan saya bertahan lama

    1. Elak terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Jika ada aktiviti di bawah cahaya matahari usually saya akan guna sunscreen/sunblock.

    2. Saya dalam proses kurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Saya perasan bila pengambilan gula berkurang, berat saya cepat turun dan kulit lebih sihat.

    3. Saya bukan perokok hehe

    4. Banyak minum air kosong. Try minum konsisten air (ikut keperluan badan ya setiap 25kg perlukan 1L air) akan nampak perubahan pada kulit.

    5. Ambil suplemen
    Mungkin ada yang cakap tidak perlu suplemen yang penting jaga makan. Tapi yakinkah tahukah kamu berapa jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh badan kamu? Masak makanan dengan suhu tinggi boleh kurangkan zat dan khasiat makanan tu tau. Dengan kurang minum air lagi. Dengan tidak makan sayur hijau lagi. Ish ish ish jangan ego. Saya pun dulu ego. Bab suplemen ni kena banyak membaca dan bertanya. Hampir setahun saya konsisten suplemen harian saya ni:



    ESP  - sumber protin non-GMO yang paling lengkap di pasaran (9 asid amino da dalam ESP). ESP juga bekalkan PROLINE kerana salah satu sumber Proline adalah soya!

    Collagen Powder - sumber kolagen sisik ikan merah yang berpartikel kecil untuk serapan optimum dan dikayakan lagi dengan bahan2 lain yg bantu boost lagi penghasilan kolagen dalam badan.

    Sustained Release Vita C Plus - vitamin C natural yang semestinya menyerap semuanya ke dalam badan tanpa ada pembaziran kerana teknologi Perlepasan Tertunda ( Sustained Release) melepaskan vitamin C dalam badan secara berperingkat ikut keperluan tubuh badan dalam satu2 masa.

    Carotomax - sumber beta karotin (vitamin A) yang semulajadi. Juga baik untuk mata dan bertindak sebagai anti oksidan yang baik.

    Itu untuk dalaman. Untuk luaran saya akan reveal soon 😍

    Jadiii apa yang penting kita tahu, kolagen tu bukan semata-mata untuk cantik sahaja 😊 Kolagen meliputi kesihatan kulit, otot, tendon dan tulang. Ohya satu lagi saya pesan, kalau pilih produk Kolagen kan baca dulu tahu dulu sebab kolagen ni selalunya saiz dia besar dan susah diserap dalam badan kita. Dan paling baik pilihlah kolagen yang berasal dari sumber semulajadi bukan sintetik 😊


    Itu sahaja sharing hari ni.


    Much love,
    Nija

    Continue Reading


    Bila mak cakap petang ni masak bubur ja lah. Tidak terfikir buat kuih untuk sungkai/iftar.

    Then teringat pula tahun lepas ada sekali tu nampak mak saya yang lagi satu buat bebola pulut. Bila saya tanya untuk apa, mak kata buat bubur.

    So demi teringat tu, tercetuslah idea gabungkan bebola pulut dengan kacang hijau dan pumpkin hehe!


    Lepas dah siap masak rasa patut update resepi kat dalam blog. Biar jadi kenangan. Mana tahu boleh bagi inspirasi pada orang lain untuk cuba kan.


    Bahan-Bahan:

    Bahan A (Untuk buat Bebola Pulut)
    2 cawan Tepung Pulut
    Pewarna 
    1 cawan air 
    2L air untuk merebus
    1L air untuk rendam 

    Bahan B
    1 cawan kacang hijau
    2L air untuk merebus

    Bahan C
    Labu Merah (ikut banyak mana yang korang mau)

    Bahan D (untuk kuah)
    1 kotak kecil santan
    1 sudu teh garam
    1 cawan Gula (boleh adjust ikut manis mana korang mau)
       Air untuk ditambahkan dengan air rebusan bahan B
    2 Helai Daun Pandan (disimpul)
    2 sudu Tepung Jagung (dilarutkan)

    Disclaimer: Sukatan bahan di atas ni anggaran. Saya lebih suka adjust sukatan sesuai dengan real tekstur, rasa dan rupa masa buat. Memasak ni once dah kerap dan pandai sukatan cuma guide tapi hasilnya bergantung pada rasa dan instinct kita yang sediakan gittew~

    Cara-cara:

    • Rendam dulu kacang hijau supaya bila direbus nanti cepat lembut dan kembang. Ketepikan.

    • Campurkan Tepung pulut dengan garam. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai dapat tekstur yang tidak melekit-lekit.

    • Bahagikan kepada dua bahagian (ikut berapa warna yang korang mahu). Satu bahagian masukkan sedikit pewarna merah untuk hasilkan warna pink. Satu bahagian letak warna hijau.

    #nijabagitips: gunakan pes sirap warna merah dan pes pandan untuk timbul bau juga warna senang untuk sekata.

    • Lepas tu bulatkan jadi macam dalam gambar. Sorry tidak konsisten saiz hehe. Saiz bebola tu bergantung pada besar mana yang korang mahu. Ada yang malas kunyah lama so go for saiz kecil. Kalau yang cakap tidak puas kunyah yang kecil then go for big size lah 😊

    • Hah lepas dah habis bulatkan tu rebuslah dalam air yang tengah mendidih.



    #nijabagitips: untuk tahu sama ada bebola tu dah masak atau belum tengok pada keadaan bebola tu. Kalau bebola tu timbul maksudnya dah masak. Selagi belum timbul atau timbul segan segan tu belum masaklah tu.


    • Lepas siap direbus, masukkan bebola tu dalam air untuk rendaman. Kena rendam sementara dihidang nanti. Kalau tidak melekat satu sama lain nanti. Ketepikan.

    • Proceed langkah seterusnya. Rebus kacang hijau bersama daun pandan. Biar naik bau wangi pandan. Rebus sampai setengah masak.

    • Lepas tu masukkan Labu merah. Biar keduanya empuk dan cukup lembut.

    • Tambahkan air ke dalam air rebusan yang ada kacang hijau dan Labu merah tadi. Masukkan gula, garam. Kacau rata.

    • Bila kuah mula mendidih, masukkan santan.

    • Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

    • Masa hidang, Jangan lupa masukkan bebola pulut tadi.




    Makan masa panas sangat nikmat. Nanti akan di-improve lagi di masa akan datang.

    Semoga bermanfaat 😊

    Sharing sebab sayang, bukan mau impress orang,
    Nija 
    Wahm yang belum expert masak
    Tapi impian jadi kebanggaan suami bab masak 😘
    Continue Reading


    Saya kawin Muda. Umur 21 dah jadi isteri hehe

    Sebelum AN dan NA, saya pernah keguguran dua kali. Satu 8minggu, satu lagi 12minggu (2013).

    Yang pertama tu tidak tahu sebab. Pendarahan tiba-tiba dan keluar sendiri tanpa perlu di cuci. Eh saya jumpa Dr juga ya untuk scan dan everything bukan stay at home and let the janin keluar tanpa pengetahuan Dr. Cumanya Dr nasihatkan balik rumah bila scan nampak baby still ada tapi pendarahan berlarutan. Saya sampai rumah rest dan berharap baby dapat survive. But then esoknya scan again baby tidak dapat selamat.

    Yang kedua sebab blighted ovum (kandungan membesar tidak sama dengan usia sebenar. Masa 10minggu rasanya, scan tunjukkan janin baru 5minggu dan stop sampai situ tiada progress membesar). Ingat lagi the proses bila saya kena buat ujian darah beberapa kali untuk pastikan baby punya progress. Scan banyak kali. Jumpa Dr untuk monitor baby dalam keadaan saya sibuk dengan fieldtrips dan kuliah lagi. Tapi siapa lah saya untuk menidakkan. Baby keluar juga terus bergegas ke hospital sebab tumpah darah banyak. Kena jarum untuk kecutkan rahim ya Allah berkali muntah atas katil hospital. Siap dengan menangis lagi mengenangkan baby yang dah keluar.

    2016 pregnant AN dalam keadaan sibuk siapkan tesis final year project. Masalah kulit yang sadis. Kulit muka hancur teruk sebab hormon. Stop segala minat makeup. Barang makeup habis masuk tong sampah. Down habis! No selfie. Kawan bawa selfie saya lebih suka berdiri di belakang supaya dapat tutup lah kulit yang bermasalah. 

    AN lahir, internship then bekerja. Workload selalu buat stress. Makan tidak teratur. Tambah buruk bila pregnant NA plus workload yang menggunung. Perghhh di ofis muntah mual. Bila sampai rumah flat habis sebab penat. AN? Tidak cukup masa bermanja.

    Tidak tahan. Terus ambil suplemen sebab yakin badan perlukan. Orang perempuan banyak sebab/keadaan kena ambil suplemen. Badan saya pernah alami keguguran berulang, mengandung, bersalin, menyusukan anak, mengandung lagi, menyusukan anak (setahun dah setakat 11 Jun 2017)

    Masa datang haid, mengandung, bersalin dan menyusukan anak kalsium adalah mineral yang hilang dari badan (cemana proses hilang? Jangan Tanya saya sebab saya bukan pakar untuk ulas). Sebab itu suplemen kalsium diperlukan. Itu baru satu contoh.

    Perasan tidak bila mengandung nurse akan bagi multivitamin juga mineral seperti iron tablet dan kalsium? Sebab apa? Sebab masa mengandung nutrisi dalam badan lagi banyak diperlukan untuk sokong perkembangan dan tumbesaran baby. Jadi nampak kan peranan suplemen ikut keadaan dan keperluan?

    Tu yang saya cakap suplemen dan vitamin ni adalah keperluan. Apa lagi bila melibatkan keadaan tertentu seperti mengandung dan ikhtiar hamil (ttc). Ikhtiar hamil memang kritikal lah sebab kena pastikan badan bersedia untuk terima baby dan kena sediakan keadaan yang selesa dan cukup nutrisi untuk baby nanti. 

    Walaupun keperluan, still vitamin dan suplemen ni bukan pengganti makanan kita. Masih perlu kita makan nasi. Makan ikan. Makan buah sayuran. It is just suplemen dan vitamin ni sebagai extra untuk cukupkan nutrisi yang kita tidak dapat/kurang dapat dari everyday meal kita.

    Sebab itu bila ada yang datang tanya pada saya pasal vitamin Shaklee, 1st thing yang saya akan tanya (selain basic pasal nama etc) ialah untuk apa makan vitamin? Atas keperluan apa? Apa masalah sampai cari vitamin?

    Dulu saya takut orang salah faham tau. Risau orang kata saya suka menyibuk hehe. Iyalah dianggap menyibuk sebab semua benda korek nak tahu.

    Tapi sebenarnya penting untuk kita tahu atas keperluan apa. Kalau sakit ubat jawapnya. Suplemen ni untuk tingkatkan kualiti kesihatan kita. Bukan merawat atau mengubati.

    So apa keperluan saya makan vitamin:
    1. Sejarah keguguran dulu
    2. Pernah mengandung
    3. Pernah bersalin
    4. Sedang menyusukan anak
    5. Perlu nutrisi lengkap untuk lebih proaktif memandangkan saya WAHM-urus anak rumahtangga dan run biz
    6. Juga dalam usaha turunkan berat badan dan dapat normal BMI. Penat dah overweight ni. Obese pun dah pernah.

    Walaupun keperluan banyak tapi saya tetap percaya untuk hidup lebih sihat dan berkualit tiga benda ni kena seiring:
    Makanan yang sihat
    Exercise kena buat
    Suplemen dengan bijak 

     

    So apa keperluan anda ambil vitamin dan suplemen?

    Supplement wisely|Pilih yang terbaik

    Nija
    Salam sharing sebab sayang bukan mau impress orang ❤️

    Continue Reading


    Musim demam denggi memang buat kita tidak senang duduk apatah lagi kawasan perumahan kita tu antara tempat yang terdedah pada risiko pembiakan nyamuk aedes kan. Saya ada terbaca satu sharing seorang kawan di facebook betapa nyamuk ni makhluk yang kecil tetapi boleh kacau bilaukan manusia yang saiznya berganda kali besar dari nyamuk.

    Bila fikir betullah kan. Nyamuk boleh bawa macam-macam jangkitan: Denggi, malaria, zika. 

    credit: Website Infosihat


    Apa demam denggi ni sebenarnya?
    Demam denggi ni penyakit jangkitan virus. Virus yang merebak dari nyamuk Aedes aegypti. Kalau nyamuk ni ada jangkitan virus aedes dan mengigit manusia, kesannya akan terjadi demam denggi.

    Tanda atau simptom demam denggi?
    Selalunya selepas 5-6 hari selepas gigitan nyamuk aedes tanda berikut akan di alami:
    • Demam panas
    • Sakit Kepala
    • Sakit Tulang Belakang
    • Sakit Bahagian Sendi
    • Loya dan muntah-muntah
    • Sakit di bahagian biji mata
    • Ruam akan kelihatan


    Apa kesan demam denggi?
    Selain tanda di atas yang menyebabkan ketidakselesaan pada kesihatan, wajib kita ketahui juga bahawa demam denggi ni ada dua jenis: demam denggi biasa dan demam denggi berdarah. Demam denggi berdarah boleh membawa maut. Selain tanda di atas, demam denggi berdarah juga ada tanda lain iaitu:
    • mudah lebam
    • Pendarahan pada bahagian bawah kulit, hidung atau gusi
    • kesan yang lebih teruk lagi pendarahan seluruh badan yang boleh bawa maut

    Cara merawat demam denggi?
    Kalau diikutkan, rawatan khas denggi belum ada. Tetapi jika ada tanda dijangkiti, kena segera ke hospital untuk dipantau dan diketahui status denggi yang dihadapi sama ada demam denggi biasa atau berdarah. Ubat demam akan diberikan dan digalakkan minum banyak air.

    Cara mencegah demam denggi?
    Tiga poin penting untuk langkah pencegahan: pastikan pembiakan nyamuk tiada, guna semburan serangga untuk bunuh nyamuk dan pastikan diri tidak terlalu terdedah pada nyamuk.


    Selalu saya dengar orang sarankan benda ni untuk pemulihan dari demam denggi:
    1. Sup ketam  sebagai penawar denggi
    2. Bagi minum minuman isotonik
    3. Sup daun betik
    Kenapa sup ketam baik untuk denggi?
    Sup ketam dikatakan baik untuk denggi kerana membantu menaikkan platelet darah. 
    Minuman isotonik pula?
    Dikatakan dapat memberikan tenaga. Iyalah kan bila kena demam denggi badan akan terjejas dan badan akan lemah.
    Sup daun betik?
    Juga dikatakan bantu tingkatkan platelet.

    Tapi sebenarnya berbalik pada cara merawat demam denggi di atas tadi - denggi tiada rawatan khusus.

    Ikhitar alternatif tidak salah tetapi perlu mendapat rawatan dan pemantauan dalam hospital juga. Macam Pn Mezra ni, walaupun ikhtiar cara alternatif namun tetap juga warded untuk pemantauan hospital. Please jangan ikhtiar alternatif tapi duduk di rumah bila sudah confirm demam denggi.


    Di sini saya kongsikan cerita kawan Pn. Mezra yang terpaksa berjauhan dari anak-anak selama 6 hari kerana demam denggi. Menariknya ialah proses pemulihan dari platelet rendah-kemudian meningkat-kena radang hati pula-sembuh dan boleh balik lebih AWAL dari kawan-kawan satu wad yang juga kena demam denggi!

    Jom baca sharing dari Pn Mezra ni:

    ------------------------------------------

    Demam Denggi Dan Suplemen

    Disini saya kongsikan pengalaman sendiri kena demam denggi, saya ambil set demam denggi shaklee. Iaitu Vivix, Nutriferon, Perfomance Drink, Garlic, DTX, Vitamin C dan Omega dengan dosage rahsia.

    Malam hari kedua masuk wad, platlet dah naik dari 65 ke 89 malam tu, seterusnya naik dan naik lagi. Pagi hari ketiga, doc bagitau dah bebas denggi, platlet pun dah cantik 200keatas. Syukur, Alhamdullilah.

    Masalah cirit-birit, sakit sendi dan darah pekat semakin baik dengan set ni tau. Kesan demam denggi tu, saya kena radang hati. Jadi, saya teruskan pengambilan anti-radang iaitu Vivix, omega dan DTX. Hasilnya, petang esok tu saya dibenarkan balik rumah.

    Kesihatan semakin baik dengan suplemen shaklee, setelah lama berkampung dihospital ya.

    Alhamdullilah saya keluar wad awal dari kawan-kawan yang kena demam denggi yang sama-sama masuk wad dan ada yang dari mereka awal 3-4hari dari saya belum dischrge pun lagi.

    Highly recommended set demam denggi Shaklee untuk mereka yang kena demam denggi. Memang terbaik! Dengan izinNya jua segalanya dipermudahkan. Ikhtiar yang berbaloi!

    #WhyIShaklee
    #mzstories

    -Mezra Rausip-

     Set Demam Denggi


    ------------------------------------------
    Sebenarnya kan minuman isotonik tidak digalakkan sangat sebab kandungan gula yang tinggi. Bayangkan kalau pesakit tu ada kencing manis? Sah sah lah kan minuman yang tinggi gula is not recommended.

    Tetapi kalau mahu juga ikhtiar minuman isotonik, boleh gantikan dengan Perfomance Drink Shaklee. Juga minuman isotonik tetapi kandungan gula yang rendah. Tinggi ion dan elak badan kekurangan cecair juga elak dehidrasi.

    Nutriferon yang diambil oleh Pn Mezra pula bantu tingkatkan sistem imuniti dab membantu tingkatkan sel darah putih untuk melawan virus. Nutriferon ni adalah interferon semulajadi. Interferon ni macam alarm yang trigger sistem pertahanan supaya alert pada serangan virus. Nutriferon ni dipatenkan khas untuk Shaklee.

    Vitamin C pula umum mengetahui baik untuk tingkatkan sistem imuniti, kesihatan gusi juga.

    Bawang putih memang dikenali sebagai antibiotik semulajadi. Sebab itu Garlic Complex juga pn Mezra ambil untuk bantu badan melawan virus aedes.

    Bila keradangan hati berlaku, Pn Mezra ambil sebagai tambahan Vivix, Omega dan DTX. Vivix dan Omega Guard (mengandungi resveratrol dan omega-3 sebagai antikeradangan) manakala DTX adalah suplemen yang baik untuk kesihatan hati.


    Kalau anda atau orang tersayang diserang demam denggi dan mahu ikhtiar secara semulajadi dengan suplemen yang dijamin selamat dan berkesan boleh hubungi saya. Janji saya, customer saya akan dapat konsultasi Cara makan dan tips kesihatan secara EKSKLUSIF dan PERCUMA.

    atau boleh hubungi saya secara terus untuk mengetahui produk Shaklee yang lain atau mahukan penjimatan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee (penjimatan sehingga 25% bagi ahli berdaftar Shaklee):


    Sekian sharing kali ni. Semoga bermanfaat dan pesan saya kesihatan itu besar nilainya bila sakit mula singgah sebab itu pentingnya penjagaan kesihatan itu harus bermula dari sekarang!

    Salam sharing sebab sayang, bukan impress korang :)

    Nija
    Pengedar Sah Shaklee
    Pengguna Tegar Shaklee
    0138748191



    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top